pilihan raya kecil kuala terengganu tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi.proses penamaan calon juga berjalan dengan lancar.sekarang sudah tentulah parti-parti yang bertanding memperhebatkan jentera kempen dari rumah ke rumah untuk memancing undi.pilihan raya kali ini ini juga menjadi penentu kepada kedua-dua buah parti yang mana barisan nasional memerlukan kemenangan untuk mendapatkan momentum perubahan setelah kekalahan teruk pada pru ke 12,manakala pakatan rakyat harus membuktikan bahawa parti ini akan terus mendapat sokongan untuk perubahan kuasa.
kemenangan dan kekalahan menjadi penentu,tetapi pilihan raya kali ini di lihat lebih matang dan sihat di kalangan dua buah parti yang bertanding.kita mengharapkan supaya pilihan raya di negara kita akan berlangsung dengan penuh ketulusan dan demokratik tanpa ada sebarang penipuan dan penindasan oleh pihak yang berkuasa.berikan rakyat pilihan untuk memilih pemimpin mereka yang sebenar.
bagi saya,apa yang menjadi hak rakyat harus dikembalikan.pemimpin yang sebenar harus melihat bahawa diri mereka adalah hamba kepada rakyat,iaitu mengorbankan diri mereka untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat.jangan hanya ketika pilihan raya sahaja mahu turun padang dan menjanjikan macam-macam perkara,tetapi mereka semua harus tahu bahawa rakyat ini dalah tanggungjawab mereka.mereka berada di atas itupun kerana pilihan rakyat.
saya sedih kalau melihat masih ada rakyat di negara kita yang masih hidup dalam kesempitan hidup dan penindasan,seolah-olah hak mereka ini tidak pernah di bela.
pilihan raya kuala terengganu ini di lihat akan menjadi platform untuk parti yang bertanding untuk menilai dan melakukan penyelidikan teperinci mengenai permasalahan rakyat dan jangan hanya ketika pilihan raya sahaja permasalahan ini di anggap serius,tetapi selepas itu diam tidak berbunyi mengenai permasalahan itu.
saya yakin warga kuala terengganu akan melihat dengan tepat siapa yang benar-benar layak untuk memimpin,dan parti yang menang akan terus membela nasib rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan