salam.
kepada semua pembaca sekalian...
hari ini sememangnya hari yang sangat sibuk bagi saya,hari yang betul2 memerlukan kesabaran.
tapi mungkin itu semua ujian yang perlu saya hadapi untuk hari ini.
bermula dari pagi tadi,sewaktu saya menunggu bas shuttle um semasa hendak ke kuliah.bas terlalu penuh dan padat serta saya tidak dapat untuk masuk lagi,terpaksalah menunggu bas yang berikutnya.dalam um ni menjadi masalah bas shuttle yang mengangkut setiap pelajar um setiap hari untuk ke kuliah.dari segi sistemnya memang cekap,dengan susunan perjalanan jadual bas,tetapi pelaksanaanya....hendak salahkan siapa?pemandu atau pentadbiran?keliru asri....saya betul2 agak kecewa jika jadual perjalanan bas yang diaturkan itu tidak dilaksanakan dengan baik.ini bukan sahaja mendatangkan masalah kepada pelajar kampus malahan juga boleh menjejaskan kehadiran serta ketidaktepatan masa pelajar untuk menghadiri kuliah..walaupin kita tahu...``sediakan payung sebelum hujan``iaitu mengambil inisiatif lain iaitu ke kuliah lebih awal...tetapi jika sudah keluar awal daripada bilik...tetapi bas yang ditunggu tidak juga kunjung tiba...itu yang menjadi persoalannya.diharap perkara ini tidak akan berterusan.
selepas daripada makmal pertama saya di fakulti sains.saya keluar kampus atas urusan untuk menjadi ejen etiqa takaful...sememangnya banyak dugaan yang saya terpaksa saya lalui...kesian juga saya pada kak fadzhilah iaitu ejen takaful yang membawa saya menyertai menjadi ejen takaful.sememangnya dia sangat penyabar orangnya.kami telah pergi ke maybank bangsar untuk membuka akaun maybank,kerana sebagai ejen takaful,saya perlu ada akaun maybank untuk urusan kewangan,masalahnya saya tidak ada buku akaun.kalau ikutkan nak bukak buku akaun maybank kena bayar dalam seratus lebih..tp...saya boleh rm10 je sebab dapat surat sebagai ejen etiqa...tapi malangnya hari ini.ketika dah tiba di kaunter,pegawai di situ minta kad matriks um plak untuk membuktikan saya tinggal di kawasan kl.hmm...banyak betul karenah...terpaksalah berpatah balik ke um.sabar jelah....selepas itu datang kembali untuk membuka akaun...kami terpaksa cepat sebab bank tutup 4.30 petang.jam ketika itu sudah pukul 4 ptg....memang kena rushing lah....
ketika datang semula ke maybank bangsar,mujur kami sempat masuk..kali ini satu lagi masalah timbul iaitu kad pengenalan saya tak boleh di baca,chips rosak....hmm....mcm2 halangan...terpaksalah batalkan...kena tukar mykad dulu baru boleh buka buku akaun.sabar je lagi....
selepas itu kak fadzhilah bawa saya ke pejabbat diadi masjid jamek untuk isi borang sebagai ejen takaful..sememangnya say berminat untuk menjadi ejen takaful ini.selain dapat membantu orang tetapi juga mendapat pengalaman dan ramai kenalan baru...
dekat pukul 7 petang saya samapi ke kolej....malam ini ada malam semarak seni kuaz...saya kena sampaikan puisi....saya terpaksa cepat bersiap untuk berlatih supaya tidak lupa akan isi....alhamdullilah saya dapat sampaikan puisi dengan lancar dan baik walaupun secara peribafi saya rasa saya mampu buat lebih lagi..saya akan mewakili kolej ungku aziz dalam manifestasi puisi festival kesenian universiti malaya.
pada pukul 1.30 pagi saya siap menulis tentang perjalanan hari ini....saje nak bercerita...hehe...
ok...salam semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan