Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 30 Januari 2009

kerjaya bersama angkatan tentera di dataran merdeka

salam kepada semua pembaca blog ini.

hari ini saya telah pergi ke hari kerjaya bersama angkatan tentera bertempat di dataran merdeka kuala lumpur...wah...sungguh menarik sekali...saya berkesempatan untuk menyaksikan pelbagai acara yang telah di persembahkan oleh wira2 negara kita iaitu angkatan tentera ini.majlis perasmian tadi telah di sempurnakan oleh perdana menteri malaysia iaitu Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.
antara acara yang menarik ialah persembahan angkatan tentera bersama anjing tempur mereka,juga kawad senyap daripada tentera laut dan juga aksi pertahanan diri oleh rejimen askar melayu diraja....memang menarik....
banyak kelebihan jika memasuki angkatan tentera ini...saya sebenarnya sangat berminat nak menyertai angkatan tentera ini...tetapi hasrat terhalang.....
apapun moga negara kita terus aman dan makmur.....moga angkatan tentera kita akan terus bersemangat untuk berkorban demi negara....


bersama abang2 tentera di belakang kereta perisai.....


bergaya dengan senapang.....



berat betul senjata nih.......


bersama komando laut....ganas betul mereka...

Khamis, 29 Januari 2009

suami dan isteri

salam.
sewaktu makan malam tadi saya berborak dengan seorang kakak senior,
dia menceritakan mengenai kisah pak cik dan mak cik nya.
kebetulan hari itu dia tidur dirumah pak cik dan mak ciknya.
bila bangun sahaja pagi dia dengar pak cik dan mak ciknya bergaduh.

menurut ceritanya bukan itu kali pertama pak cik dan mak ciknya bergaduh,
sejak dua tahun lepas lagi memang macam itu selalu.bila di tanya kenapa?
barulah dapat tahu bahawa pergaduhan mereka disebabkan oleh kehadiran orang yang ketiga.
suami mak ciknya telah bercinta dengan janda anak empat...ingatkan anak dara lagi.sedangkan mereka berdua sudah mempunyai dua orang anak,yang umurnya dalam lingkungan 20 an.

memang ini ke kehidupan?saya tertanya-tanya.....kisah ini menyentuh juga hati saya.
bagaimana seorang suami yang sudah mempunyai isteri dan anak masih ada perasaan kepada perempuan lain,janda pula itu.memang rumit kalau difikirkan tentang perasaan ini.

mungkin ini adalah fitrah kehidupan,orang lelaki boleh berkahwin melebihi 1 orang wanita manakala sebaliknya bagi wanita.islam memang membenarkan poligami ini tetap ibagi lelaki yang beanr-benar layak sahaja.bukan sesuka hati.kalau nak rumah tangga yang bahagia suami isteri perlu saling faham memahami antara satu sama lain.

pergaduhan satu lumrah biasa dalam rumah tangga.mungkin sebagai pengikat kasih sayang.kadang-kadang memang perlu marah jika ada kesalahan yang dibuat.tetapi perlu adfa batasannya.

saya harap perkara seperti itu tidak belaku ke atas diri saya.kadang bila difikirkan mengenai diri saya ini agak menyedihkan juga.tetapi saya tidak mahu ceritakan lagi.saya harap semua suami menyanyangi isteri mereka dengan penuh kasih sayang.bukan senang nak jadi suami mithali ini.moga hidup kita sentiasa diberkati.

FASILITATOR

salam.
hari ini saya pergi mencari tajaan sekitar kawasan kuala lumpur untuk 3 program kelab fasilitator ungku aziz universiti malaya iaitu VIOVA,GIGGA,dan XPLORA yang bakal diadakan tidak lama lagi.

program fasilitator akan diadakan di sekitar sekolah kawasan kuala lumpur dan di luar kuala lumpur.program VIOVA `09 akan diadakan di SMK VICTORIA KUALA LUMPUR,manakala program XPLORA pula akan diadakan di SMK TEKNIK GOMBAK.sementara itu program GIGGA akan diadakan di SEK MEN AGAMA DATO KELANA PETRA MAAMOR AMPANGAN.di sekolah agama ini penggarahnya adalah amirrul affzan annuar.

selain itu kelab fasilitator ungku aziz universiti malaya akan membuat program di sekolah rendah di sekitar petaling jaya iaitu program FUYOOH yang akan diadakan dalam bulan februari ini.

pada semester lepas kelab fasilitator ungku aziz berjaya mengadakan program MASK`08 yang diadakan di SEK MEN SAINS ALAM SHAH iaitu diantara sekolah yang terbaik di malaysia.

pengalaman saya dalam bidang fasilitator bukan setakat ini saja,antara program fasilitator yang telah saya sertai ialah PROCAST yang diadakan di SMK AGAMA TOK BACHOK KELANTAN.

ketika di kolej kediaman ke 12 UM atau lebih dikenali sebagai kolej kediaman raja dr nazrin shah,saya berpengalaman sebagai ketua fasilitator untuk dua buah sekolah iaitu SEK BERASRAMA PENUH INTEGRASI SABAK BERNAM dan SEK MEN KEB UNGKU AZIZ.ketika ini program ini dinamakan sebagai KEMBARA GEMILANG iaitu kami memotivasikan sebanyak 64 buah sekolah di sekitar sabak bernam.

saya juga menjadi ketua fasilitaor untuk program KICK `08 yang diadakan di kolej kediaman raja dr nazrin shah universiti malaya yang disertai oleh para pemimpin sekolah daripada SMK CHERAS JAYA.



menjadi fasilitator ini menambahkan lagi keyakinan saya di samping membantu para pelajar sekolah untuk menambahkan keyakinan diri mereka.fasilitator adalah sebagai pemudah cara yang membantu para pelajar menyelesaikan masalah pada tahap yang kritikal dengan penuh kreatif dan kritis.

Rabu, 28 Januari 2009

40 orang terkaya di malaysia

Nuffnang Ads


Tan Sri Robert Kuok terus mengekalkan kedudukannya mendahului individu terkaya Malaysia dalam senarai orang terkaya terbaru oleh Forbes Asia. Menurut Forbes Asia, Kuok, 84, yang memiliki banyak perniagaan, termasuk hartanah di Hong Kong dan kepentingan media dan paling ketara ialah syarikat gergasi minyak sawit Wilmar, telah berjaya meningkatkan nilai bersih asetnya daripada AS$2.4 bilion tahun lepas kepada mencecah AS$10 bilion.

Robert KuokMasih kekal di tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menerajui syarikat telekomunikasi, Maxis. Tetapi kekayaannya menurun kepada AS$7.2 bilion, iaitu kurang AS$200 juta daripada tahun lepas.

Individu ketiga terkaya dalam senarai ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI Corporation, Tan Sri Lee Shin Cheng yang menduduki tempat keempat tahun lepas tetapi dengan melonjaknya prestasi gergasi perladangan kelapa sawit dari segi nilai, kekayaannya telah meningkat daripada AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion.

Puan Sri Lee Kim Hua, balu kepada jutawan perjudian terkenal Tan Sri Lim Goh Tong yang berada di tempat ketiga tahun lepas tetapi meninggal dunia pada Oktober. Beliau dan keluarganya bernilai AS$3.4 bilion dan menduduki tempat kelima. Kim Hua adalah antara tiga wanita di dalam senarai bersama-sama dengan pengerusi Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew di tempat ke-24 (AS$245 juta), dan anakanda perempuan Sultan Perak, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 (AS$150 juta).

Syed Mokhtar Al-BukharyTan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, jutawan Melayu paling kaya, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersih asetnya berkurangan sebanyak AS$200 juta kepada AS$1.8 bilion. Bumiputra lain yang tersenarai ialah Tan Sri Azman Hashim (AS$700 juta), Datuk Mokhzani Mahathir (AS$285 juta), Datuk Kamarudin Meranun (AS$280 juta) dan Ahmayuddin Ahmad (AS$155 juta).

Turut tersenarai ialah Datuk Nazir Tun Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB dan anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Nazir adalah orang terbaru yang disenaraikan dan berada di tempat ke-40 sebagai individu terakhir terkaya Malaysia dalam senarai 40 senarai terkaya Forbes Asia dengan nilai bersih AS$100 juta.

Kekayaan secara kolektif kesemua 40 individu terkaya ialah AS$46 bilion, meningkat AS$3 bilion daripada tahun lepas.

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2008 menurut Forbes Asia:

  1. Robert Kuok AS$ 10 billion, 84, berkahwin, 8 orang anak.
    Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International

  2. Ananda Krishnan AS$ 7.2 billion, 70, berkahwin, 3 orang anak.
    Maxis Comminications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks

  3. Lee Shin Cheng AS$ 5.5 billion, 69, berkahwin, 6 orang anak.
    IOI Group

  4. Teh Hong Piow AS$ 3.5 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.
    Public Bank

  5. Lee Kim Hua & family AS$ 3.4 billion, 79, janda, 6 orang anak.
    Genting Group

  6. Quek Leng Chan AS$ 2.4 billion, 67, berkahwin, 3 orang anak.
    Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group

  7. Yeoh Tiong Lay and family AS$ 2.1 billion, 78, duda, 7 orang anak.
    YTL Corporation

  8. Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.8 billion, 56, berkahwin, 5 orang anak.
    Malaysia Mining Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia

  9. Vincent Tan AS$ 1.3 billion, 56, berkahwin, 11 orang anak.
    Berjaya Group

  10. Tiong Hiew King AS$ 1.1 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.
    Rimbunan Hijau Group, Tri-M Technologies

  11. Azman Hashim AS$ 700 juta, 68, berkahwin, 5 orang anak.
    AMCorp Group, Ambank

  12. William H. J. Cheng AS$ 660 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.
    Lion Group

  13. Lee Swee Eng AS$ 495 juta, 52, berkahwin.
    KNM Group

  14. Ong Beng Seng AS$ 470 juta, 63, berkahwin, 2 orang anak.
    Hotel Properties Ltd, Natsteel

  15. Lim Kok Thay AS$ 345 juta, 56, berkahwin, 3 orang anak.
    Genting Group, Star Cruises. Alliance Global

  16. Vinod Sekhar AS$ 320 juta, 40, berkahwin, 2 orang anak.
    Petra Group, Green Rubber Global

  17. Lee Oi Hian AS$ 300 juta, 57, berkahwin, 4 orang anak.
    Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn

  18. Yaw Teck Seng AS$ 295 juta, 70, berkahwin.
    Samling Group

  19. Anthony Fernandes AS$ 290 juta, 44, berkahwin.
    AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X

  20. Mokhzani Mahathir AS$ 285 juta, 47, berkahwin, 5 orang anak.
    Kencana

  21. Kamarudin Meranun AS$ 280 juta, 47, berkahwin, 5 orang anak.
    AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X

  22. Jeffrey Cheah AS$ 275 juta, 63, berkahwin, 3 orang anak.
    Sunway Group

  23. Lee Hau Hian AS$ 250 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.
    Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong

  24. Chong Chook Yew AS$ 245 juta, 86, janda, 4 orang anak.
    Selangor Properties

  25. Yaw Chee Ming AS$ 240 juta, 49, berkahwin.
    Samling Group

  26. G. Gnanalingam AS$ 230 juta, 63, berkahwin, 3 orang anak.
    Westports

  27. Lim Wee Chai AS$ 200 juta, 50, berkahwin, 2 orang anak.
    Top Glove

  28. Kua Sian Kooi AS$ 195 juta, 55, berkahwin, 4 orang anak.
    Kurnia Asia

  29. Lau Cho Kun AS$ 185 juta, 72, berkahwin.
    Gek Poh Holding, Malaysian Mosaics, Hap Seng

  30. Abdul Hamed Sepawi AS$ 180 juta, 58, berkahwin, 2 orang anak.
    Ta Ann

  31. David Law Tien Seng AS$ 165 juta.
    Midwest, Sinosteel, T.S.Law Holding

  32. Tiah Thee Kian AS$ 163 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.
    TA Enterprise

  33. Liew Kee Sin AS$ 160 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.
    SP Setia

  34. Ahmayuddin Ahmad AS$ 155 juta, 51, berkahwin, 4 orang anak.
    Westports, Pelikan

  35. Eleena Azlan Shah AS$ 150 juta, 48, berkahwin.
    Gamuda

  36. Lin Yun Ling AS$ 145 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.
    Gamuda

  37. Ong Leong Huat AS$ 130 juta, 64, berkahwin, 4 orang anak.
    OSK Group

  38. Lim Thian Kiat USD 115 juta, 50, bercerai.
    Former head of conglomerate Multi-Purpose

  39. Khoo Kay Peng USD 110 juta, 69.
    MUI, Laura Ashley

  40. Nazir Razak USD 100 juta, 41, berkahwin.
    CIMB, Bumiputra Commerce Holdings


Sumber : Forbes Asi

orang terkaya di dunia

Orang Terkaya di Dunia (2008)!

Warren Buffet dan Bill Gates

Akhirnya dominasi Bill Gates
memudar juga. Setelah 13 tahun berturut-turut digelar sebagai orang terkaya
di
dunia, pendiri Microsoft itu tergeser juga dari tahtanya.

Tahun ini,
orang terkaya sejagat adalah Warren Buffett, seorang peniaga dan usahawan
yang
ketajaman pikirannya amat luar biasa sehingga ia diibaratkan sebagai
perpaduan
antara fisikawan Einstein, seniman Picasso dan raja kaya raya pencipta koin
emas
Croesus, dalam satu tubuh.

Dalam wawancara dengan CNBC ditemukan beberapa
aspek menarik dari hidupnya :

• Ia membeli saham pertamanya pada umur 11
tahun dan ia sekarang menyesal karena tidak memulainya dari masih muda.


Ia membeli sebuah kebun yang kecil pada umur 14 tahun dengan wang tabungan
yang
didapatinya dari hasil mengirimkan surat kabar.

• Ia masih hidup di
sebuah rumah dengan 3 kamar berukuran kecil di pusat kota Ohama, yang ia
beli
setelah ia menikah 50 tahun yang lalu. Ia berkata bahwa ia mempunyai segala
yang
ia perlukan dalam rumah itu. Meskipun rumah itu tidak ada pagarnya.

• Ia
selalu mengemudikan keretal Cadillac tua-nya seorang diri jika hendak
berjalan-jalan
dan ia tidak mempunyai seorang hamba atau orang gaji.

• Ia tidak
pernah berjalan dengan pesawat jet pribadi, walaupun ia memiliki perusahaan

pembuat pesawat jet terbesar di dunia.

• Berkshire Hathaway, perusahaan
miliknya, memiliki 63 anak perusahaan. Ia hanya menuliskan satu pucuk surat
setiap tahunnya kepada para CEO dalam perusahaannya, menyampaikan target
yang
harus diraih untuk tahun itu. Ia tidak pernah mengadakan rapat atau
menelepon
mereka secara biasa.

• Ia hanya memberikan 2 peraturan kepada para
CEOnya. Peraturan nombor satu adalah : Jangan pernah sekalipun menghabiskan
wang
para pemilik saham. Peraturan nombor dua : Jangan melupakan peraturan nombor
satu.

• Ia tidak bersosialisasi dengan masyarakat kalangan kelas atas.
Waktu luangnya di rumah ia habiskan dengan menonton televisen sambil makan
pop
corn.

• Bill Gates, orang terkaya di dunia bertemu dengannya untuk
pertama kalinya 5 tahun yang lalu. Bill Gates fikir ia tidak memiliki
keperluan
yang sangat penting dengan Warren Buffet, maka ia mengatur pertemuan itu
hanya
selama 30 minit. Tetapi ketika ia bertemu dengannya, pertemuan itu
berlangsung
selama 10 jam dan Bill Gates tertarik untuk belajar banyak dari Warren
Buffet.

• Warren Buffet tidak pernah membawa handphone dan di meja
kerjanya tidak ada komputer.

Kedermawanan Warren Buffet
Tahun 2004
lalu, setelah isterinya meninggal, Buffet merasa hidupnya kosong. ia mengaku
terkejut dengan kematian isterinya yang saat itu berusia 72 tahun. Ia hampir
tidak
percaya ketika Tuhan memanggil isterinya. Sejak saat itu ia terus berfikir,
bagaimana ia dapat hidup dengan bahagia dan tenteram selama sisa
hidupnya.
Setelah berbulan-bulan merenung, Buffet membuat keputusan yang
sangat mengejutkan semua orang, yaitu menyumbangkan hampir 85% harta yang ia

miliki.

Istrinya memang sempat memberikan amanat agar ia mau berbagi
kekayaannya kepada orang yang memerlukannya. Buffet sama sekali tidak pernah
ingin
mewariskan kekayaannya kepada anak-anaknya. Ia ingin anak-anaknya berjaya
dengan
usaha sendiri dan bukan menggunakan kekayaan orang tua mereka.

Pada
tanggal 26 Jun 2006, Warren Buffet sebagai orang nomor dua terkaya saat itu

menyumbangkan 85% kekayaannya (30,7 milliar US Dollar) kepada yayasan amal,
dan
salah satunya adalah yayasan Bill and Melinda Gates Foundation yang dimiliki

oleh Bill Gates (orang terkaya no 1 saat itu dengan kekayaan 50 milliar US
Dollar).

Ia berharap tindakannya itu mengilhami orang kaya yang
bergemilang harta untuk mengikuti dia. “Harapan kecil saya, bahwa yang
saya
lakukan ini mendorong orang yang sangat kaya lainnya untuk mengembangkan
sikap
cinta terhadap sesama dan suka menderma”, katanya.

Saat ini (tahun 2008),
2 tahun sejak ia menyumbangkan sebagian besar hartanya, Warren Buffet
menjadi
orang terkaya di dunia dengan kekayaan 62 milliar US Dollar, mengalahkan
Bill
Gates yang kekayaannya 'hanya' 58 milliar US Dollar.

Berikut ini adalah
nasihat Warren Buffet untuk orang-orang yang masih muda: Hindarilah kartu
kredit
dan berinvestasilah untuk diri Anda sendiri dan ingat :

1. wang tidak
menciptakan orang tetapi oranglah yang menciptakan wang.

2. Hiduplah
secara sederhana.

3. Jangan lakukan apa yang orang lain katakan,
dengarkanlah mereka, namun lakukan apa yang menurut Anda baik.

4. Jangan
memaksakan diri untuk memiliki barang-barang mewah, pakailah apa yang
sekiranya nyaman bagi Anda.

5. Jangan memboroskan uang Anda untuk hal-hal
yang tidak diperlukan; gunakanlah uang untuk membantu mereka yang
kekurangan.

6. Biar bagaimana pun orang lain tetap tidak dapat mengatur
hidup Anda sendiri. Andalah yang mengendalikan hidup Anda sepenuhnya.

kemahiran berfikir


KEMAHIRAN BERFIKIR


Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.


KONSEP BERFIKIR


  • Edward de Bono ( 1976 )
    - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

  • Dewey ( 1910 ) menegaskan :
    - Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

  • Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.


Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.


PROSES BERFIKIR

· Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

  1. Operasi Kognitif
    - adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
  2. Operasi Meta kognitif
    - merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.


PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR


  • Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
  • Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
  • Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
  • Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
  • Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
  • Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.



TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR


v Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry.
- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.






v Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner.
- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;


  1. Kecerdasan linguistik
  2. Kecerdasan logical-matematik
  3. Kecerdasan visual-Spatial
  4. Kecerdasan muzik
  5. Kecerdasan tubuh kinestetik
  6. Kecerdasan interpersonal
  7. Kecerdasan intrapersonal

Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.


v Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali.
- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.


v Teori Konstruktivisme
- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.






ALAT BERFIKIR


- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.


JENIS-JENIS PEMIKIRAN


  • Pemikiran Konvergen


    - Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
    Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.


    Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.
    Jawapan Tunggal
    Masalah Tertutup








  • Pemikiran Divergen.


    - Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.





  • Pemikiran Reflektif

    - Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
    Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.






  • Pemikiran Kritis dan Kreatif


    Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif
    Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ad

rahsia cinta

Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir
tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantukamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu
dengan orang yang tepat tersebut.


Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orangpertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulaimenghormati diri sendiri, kita patut
bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka,kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku
hormati dalam diri mereka?".


Kekuatan untuk memberi
Untuk mencari cinta sejati,kamu mestimencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti
bersama - sama melihat ke satu tujuan.Untuk mencintai seseorang seutuhnya,kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamuingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih
dahulu..

Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.
Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang
sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..


Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan
percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan
dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"

Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi
dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?

Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati.
Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan
hubungan yang kuat.

Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup.
Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik
fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling
tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat
indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.
Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikirdengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya...

rahsia bentuk wajah

BUJUR SIRIH....
Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong..
Keperibadiannya:-
Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego...

BULAT....
Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam..
Keperibadiannya:-
Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati...

BERSEGI...
Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi...
Keperibadiannya:-
Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan,Agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A...

SEGI TIGA...
Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain...
Keperibadiannya:-
Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurg gemar memikirkan soal kesihatan diri...

rahsia bentuk kuku mencerminkan perwatakan

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...



1. Kuku yang baik, rapi dan indah :



Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.



2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :



Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.



3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :



Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.



4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :



Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.



5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :



Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.



6. Bentuk kuku langsing :



Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.



7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :



Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.



8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :



Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.



9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :



Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.



10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :



Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.



11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :



Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.



12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :



Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.



13. Bentuk kuku seperti kikir :



Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.



14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :



Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

rahsia warna kegemaran lelaki

Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.


Merah
Melambangkan tenaga fizikal..Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.


Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.


Oren
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.


Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.


Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.


Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .


Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.


Coklat
Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .

rahsia psikologi warna

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

rahsia warna kesukaan wanita


Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

rahsia personaliti dari kiraan tarikh lahir

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

rahsia tarikh lahir lelaki berdasarkan bintang

LEO 9 (24 JULAI - 23 OGOS)
Orangnya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayanginya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego...(jejaka leo memang gitu).
Tips utk memikat: sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik bilang mak.

VIRGO ( 24 OGOS - 23 SEPTEMBER )
Orangnya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng.. kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming".. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

LIBRA ( 24 SEPTEMBER - 23 OKTOBER )
Orangnya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal.
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself!
WARNING: So bila nak date.. pakai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.

SCORPIO ( 24 OKTOBER - 23 NOVEMBER )
Orangnya: action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di telefon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuannya dgn org lain.
WARNING: Buat pilihan yg betul bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasi warning).

SAGITARIUS ( 23 NOVEMBER - 21 DISEMBER )
Orangnya: Fu.. yoh.. siapa dpt memang untung... Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan2.. sort of adventurous.
Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? canoeing ke? anything asal kan jgn membosan kan...
WARNING: Jgn "u plan.. i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

CAPRICORN ( 22 DISEMBER - 20 JANUARI )
Orangnya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluahkan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda.
Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jgn give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal!
WARNING: Macam layang2 putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jgn mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti...

AQUARIUS ( 21 JANUARI - 19 FEBRUARI )
Orangnya: Pijak semut tak mati..
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u.
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org.. so sbelum dia tinggalkan kita.. kita blah dulu..huhu..

PISCES ( 20 FEBRUARI - 20 MAC )
Orangnya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy..
Tips utk memikat: Kasi jer belacan...
WARNING: Diorang tak suka macam belacan!

ARIES ( 21 MAC - 20 APRIL )
Orangnya: Anak mak! smart mamat intelligent.
Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya..
WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, jgnlah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.

TAURUS ( 21 APRIL - 21 MEI )
Orangnya: Mencabar. Garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri...
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan...

GEMINI ( 22 MEI - 21 JUN )
Orangnya: Gemuk?! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasannya.
Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya.. kalau dah tak tahan dgn mereka.. blah aje jgn banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

CANCER ( 22 JUN - 23 JULAI )
Orangnya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya... nanti habis duit dikebas.
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi..sindri mau ingat ler..

rahsia tarikh lahir mengikut haribulan

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

rahsia wanita berdasarkan 4 unsur

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah.

tips untuk anda!

ASSALAMUALAIKUM

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
> ~ InsyaAllah,Allah
> > lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa,
> depends on apa yg kita
> > hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all
> of our wish & InsyaAllah,
> > kita akan work towards it (ada semangat) di
> keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~
> ikut Sunnah &dapat
> > pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit
> C dari buah2an yg
> > dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang
> akan diperolehi adalah approaching
> > 0%.Jangan minum air semasa sedang makan
> (breakfast, lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selepa makan.
>Untuk minum, bagi teguk yg pertama
> > sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru
> telan.Teguk kedua &
> > seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada
> enzyme yg boleh membunuh kuman > dlm
> pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air
> tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah
> (Rasullullah makan sblm
> > maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa
> maghrib), sbb,bagi yg tgh
> > study (or anak2), otak akan berfungsi excellently
> (senang absorb ilmu) around 2
> > hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around
> 10:30pm baru start study and
> > most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12
> tgh malam saja,jadi, tak
> > byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan
> pukul 6:30(org Cina take
> > dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm
> kekenyangan (yg mana
> > boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
Tatacara di bilik air, Selepas buang air kecil,
> berdehem 3x (teran sikit)
> > boleh elak drpd dapat batu karang Semasa buang air
> besar,mengiring
> > sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring
> ke kiri, perut akan tekan bladder
> > and senang buang air besar

Tatacara didik anak, Antara tips untuk dpt anak
> bijak/genius, ajar anak
> > (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung
> (yg terletak sblh
> > kiri)akan lebih"lapang"/"lega" dan mudah berdegup
> (perjalanan darah okay)
> > and otak anak akan develop excellently.Bagi anak2
> yg dah azalinya active
> > or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju
> warna orange ~ sbb warna ini
> > boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk
> anak (ie. akan lebih
> > nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri, Amalkan apa2 yg baik
> (juga amalan2 baru)
> > selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw)
> bersabda, sst amalan yg
> > diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan
> menjadi tabiat and kalau
> > tak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg
> -ve ~emosi2 ini akan
> > membenarkan otak release excessive adrenaline,
> cortisone & toxine yg mana
> > boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah
> cepat nampak tua(tua
> > sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-
> >
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
> > TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
> > CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi
apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri &
> family. Usia Dunia sudah
> > terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's
> good if we can remind
> > each other because in Rasulullah's last sermon,
> baginda pun did
> > mention that all those who listen to him (on that
> day) shall pass on his
> > words to others, and those to others again; and
> may the last ones understand
> > his words better that those who listen to him
directly...Yang baik datang dari
> > Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do
> impart this knowledge & you'll
> > lose nothing.
> >
> > Wallahualam.

Selasa, 27 Januari 2009

Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah


1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,
dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,
banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung.

3) RAMBUT KERINTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,
berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,
dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,
sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini…. usaha
kasik kusut rambut korang….)

10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,
berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri.

11)TIADA RAMBUT-
(Botak) ..kesiannya!!!

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU
KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutannnnnnnnnnnn nnnnnn… .. Huahuahuahuahua……..
_._,_.___

anda bagaimana?

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

  1. Pemimpin
  2. Lembut
  3. Kemas (Cerewet)
  4. Rajin
  5. Boleh berbincang
  6. Angin
  7. Patuh
  8. Bisnes
  9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2.. Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8.. Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1.. hasilnya..

2: Lembut

8: Bisnes

1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..


asri lahir pada 10 12 1988...

bila asri cuba pada kotak pertama adalah 1

kotak kedua adalah 3.

jadi asri ialah:

1-pemempin

3-kemas(cerewet)

rahsia tulisan

Dr Fadzilah Kamsah
Kenal pribadi melalui Graphology (Kajian)
Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang ilmu

Pertama
Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua
Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga

Kecondongan
i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam oarng perempuan datang bulan (maaf)

Keempat
Kerapatan
i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima
Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam
Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan
Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup


wah!tak sangka ye.tulisan pun mempengaruhi hidup dan peribadi seseorang.
ini adalah kajian oleh pakar motivasi dr fadhilah kamsah.
asri tulisan macam mana ye?
asri menulis menggunakan tangan kiri...
dalam erti kata lain kidal lah kan,,,
maybe condong ke kanan......
apa pun kepada sesiapa yang membaca ruangan ini
fikirkan lah mengenai tulisan anda...

Isnin, 26 Januari 2009

motivasi untuk diri

salam.
sememangnya hidup ini sentiasa dikelilingi dengan pelbagai suka dan duka.perasaan sedih,gembira,ketawa,kecewa,dan macam-macam lagi perasaan yang sering menyelubungi hidup dan diri kita sebagai manusia biasa.kadang-kadang semua perasaan ini akan lebih mematangkan hidup kita.bukan hanya sekadar perasaan kosong tetapi perasaan yang akan memberikan pelbagai maksud dan warna kehidupan.
cuba kita fikirkan hari-hari kita yang berlalu.perasaan apa yang sering menyelubungi diri kita?adakah anda gembira sepanjang hari?sedih?kecewa?masam?marah?dan pelbagai masalah lagi.
hidup ini kadang-kadang memberikan kita ruang dan waktu untuk kita berfikir dan mengenang kembali setiap detik dan perkara yang telah kita lalui.
saya yakin dan pasti hari-hari yang anda lalui tidak semestinya sentiasa gembira,tidak selalunya indah.pelbagai masalah yang kita lalui dan saya pasti ada masalah yang kita dapat hadapi dengan mudah dan ada masalah yang tidak dapat kita selesaikan,tetapi itulah keupayaan manusia.
sedikit ruang dan peluang yang kita lalui akan membuatkan kita gembira.hidup yang dijalani dengan penuh kegemb iraan akan menghasilkan pelbagai perkara yang positif tetap ihidup yang dijalani dengan tekanan sememangnya akan membuatkan diri kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang tertekan.
apabila anda mengukirkan senyuman yang ikhlas pada diri anda,sememangnya senyuman itu bukan palsu.semua orang akan menganggap bahawa anda sangat manis dan mungkin ada yang cemburu melihat senyuman anda.
belajarlah bagaimana untuk sentiasa membuatkan diri anda sentiasa tenang,gembira dan terkawal.sememangnya anda boleh lakukan!

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse