salam kepada semua...
Benarkah dakwaan ini ....????....Kesilapan Tatabahasa Cina di Papan Utama sempena menyambut Perdana Menteri China Wen Jiaboa..Walaupun perkara ini di anggap remeh..Namun boleh memalukan Kerajaan Malaysia kerana tetamu yang hadir ini adalah Delegasi daripada Negara China dan Perdana Menteri China sendiri.Tidak seharusnya kerajaan Malaysia melakukan kesilapan kecil seperti ini yang akan membawa nama buruk kerajaan sendiri.Seharusnya pemantauan dan protokol yang serius harus diberikan bagi memastikan Negara kita terus dihormati oleh pihak luar.Walaupun nampak kecil..Tetapi kunjungan Perdana Menteri China ini terlebih dahulu ke Universiti Malaya untuk merasmikan pusat bahasa cina di Universiti Malaya...Di harapkan pihak kerajaan menitik beratkan mengenai perkara ini walaupun nampak kecil....
Berikut merupakan berita mengenai perkara ini :-
Perkataan berkenaan adalah terjemahan langsung daripada perkataan Melayu yang berbunyi: "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia"
Namun terjemahan dalam bahasa Cina itu mempunyai kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dan memalukan.
Terjemahan langsung itu berbunyi: "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi”.
Latar belakang yang memalukan di podium hadapan Pejabat Perdana Menteri itu didirikan bagi upacara sambutan rasmi perdana menteri China itu.
Ia juga memaparkan bendera China dan Malaysia dengan gambar Tembok Besar Cina dan Menara Berkembar Petronas berserta gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersalaman dengan Wen.
Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.
Pada sidang media bersama selepas itu, Najib berkata Malaysia dan China bersetuju bekerjasama lebih rapat khususnya dalam bidang pengajian tinggi, pelancongan dan perubatan tradisional Cina.
Ia dicapai hasil rundingan antara kedua-dua pemimpin berkenaan hari ini.
"Perbincangan sangat produktif serta berhasil, dan kita mencapai persetujuan meluas selaras dengan pelan tindakan bersama mengenai kerjasama strategik yang ditandatangani pada 2009," kata Najib.
Wen berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bagi membalas kunjungan Najib ke China dua tahun lalu.Ia dicapai hasil rundingan antara kedua-dua pemimpin berkenaan hari ini.
"Perbincangan sangat produktif serta berhasil, dan kita mencapai persetujuan meluas selaras dengan pelan tindakan bersama mengenai kerjasama strategik yang ditandatangani pada 2009," kata Najib.
Ia adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-China pada 2005.
5 ulasan:
Perkara yang sangat-sangat memalukan. Ia hanya menunjukan sikap yang tidak bertanggungjawab. Kenapa pegawai atasan tidak mengambilberat untuk mempastikan bahasa yang digunakan adalah betul? Tindakan tatatertib keras hendaklah diambil atas semua pegawai yang terlibat.
memang memalukan...salah siapa?
Salah siapa? Salah pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab lah!
1 malaysia??
siapa cetak? siapa semak?
Catat Ulasan