Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 15 April 2011

Pameran Solo Prof Madya Dr Abdul Jalil Othman :Alam Samudera


salam kepada semua...


Marilah beramai-ramai hadir ke Majlis Perasmian Pameran Solo Prof Madya Dr Abd Jalil Othman pada 26 April 2011 (Selasa) jam 8.30 malam di Muzium Seni Asia,Universiti Malaya (Berpakaian Batik)


Majlis Perasmian ini akan disempurnakan oleh D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr . Nazrin Shah,Tuanku Pro-Canselor Universiti Malaya.


Penulis Smart Generation mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Prof Madya Dr Abd Jalil Othman kerana telah berjaya untuk mengadakan Pameran Solo hasil karya beliau yang di beri nama ``ALAM SAMUDERA``...untuk pengetahuan semua Prof Madya Dr. Abdul Jalil Othman ini merupakan Mantan Pengetua Kolej Kediaman Ungku Aziz Universiti Malaya.

Sememangnya beliau merupakan seorang insan yang berjiwa seni dan berwibawa dalam setiap perkara yang dilakukan oleh beliau.Segala semangat dan motivasi yang ada dalam diri beliau wajar dicontohi oleh kita semua kerana kejayaan beliau pada hari ini bukanlah suatu perjalanan yang mudah.Beliau telah menempuhi pelbagai kesusahan dalam perjalanan kehidupan beliau sehingga mencapai kejayaan pada hari ini....


Sebagai salah seorang anak didik beliau ketika di Kolej Kediaman Ungku Aziz,Beliau banyak memberikan motivasi dan galakan kepada saya serta pelbagai nasihat yang sangat berguna untuk dijadikan bekalan dalam kehidupan.Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada beliau kerana telah berjaya menghasilkan karya yang menjadi impian beliau selama ini..


Gambar penulis dengan salah satu  hasil karya beliau :-



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse