Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 17 April 2011

ANALISIS PLIHAN RAYA SARAWAK 2011 :TAHNIAH BARISAN NASIONAL











Penulis Smart Generation mengucapkan syabas dan Tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kerana telah berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak untuk kali yang ke-10 pada tahun 2011 ini.Walaupun mendapat 2/3 majoriti namun Kerajaan Barisan Nasional telah kehilangan 8 kerusi
Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.
DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).
Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.Walaupun gagal untuk menafikan BN Sarawak majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya negeri semalam, tetapi Pakatan Rakyat berpuashati kerana undi popular BN telah merosot lapan peratus.

PERDANA MENTERI LEGA DAN BERSYUKUR RAKYAT TERUS SOKONG BN :
Barisan Nasional berpotensi besar untuk menang Pada Pilihan Raya Sarawak pada kali ini,Namun sebelum pengundian terdapat ura-ura bahawa akan belaku kejutan dan Barisan Nasional akan tumbang.Perkara itu di lihat sebagai Peperangan Sikologi untuk menarik undi dan juga salah satu taktikal terakhir Pakatan Rakyat untuk memastikan kemenangan mereka.Namun Barisan Nasional tidak harus berasa selesa dengan kedudukan ini yang mana semua kerusi di kawasan bandar telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan mereka boleh dikatakan hilang sokongan masyarakat cina dan iban di sarawak.Perkara ini harus di kaji dan dilakukan perubahan supaya momentum perubahan ini tidak berterusan yang mana akibatnya nanti Barisan Nasional Sarawak akan tumbang jika tidak menangani perkara ini.Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak atas kemenangan yang diraih BN dalam pilihan raya negeri itu.Najib juga percaya, kemenangan dengan pertambahan majoriti itu juga akan dapat "menjadi jambatan" untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13."Majoriti bertambah ini adalah kerana tindakan kita menyelesaikan apa jua masalah yang jadi rungutan mereka sebelum ini," katanya lagi yang jelas kelihatan begitu lega selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kemenangan BN pada malam ini.
SPR mengumumkan kemenangan mudah kepada BN yang memperoleh 48 kerusi daripada keseluruhan 71 kerusi di negeri yang dianggap sebagai simpanan tetap parti itu."Walaupun kita berdepan dengan tentangan hebat kali ini, tapi jelas sekali bahawa keyakinan rakyat terhadap BN masih tinggi lagi."Dengan ini maka apa yang perlu kita lakukan ialah untuk menyampaikan ucapan berbanyak terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana mereka telah mengekalkan sokongan dan keyakinan berterusan kepada BN."Bagi pihak kerajaan pusat saya dan timbalan perdana menteri akan memastikan bahawa semua janji-janji pilihan raya kepada rakyat Sarawak akan kita tunaikan," katanya lagi di Kuala Lumpur dalam sidang video dengan ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Dalam pada itu, Abdul Taib pula berkata, negeri itu tidak akan bermasalah untuk meneruskan kerjasama dengan kerajaan pusat, dengan kemenangan yang diraih BN pada hari ini.
Dalam sidang video berkenaan, pengerusi BN Sarawak itu juga menyatakan ikrarnya untuk meneruskan khidmat kepada warga negeri itu"Kita telah tunaikan dengan kemenangan, kerajaan BN (telahpun) kembali memerintan Sarawak."Kita berdoa pada masa akan datang kita dapat melaksanakan janji-janji kita, sesetengahnya telah ditunaikan. Yang belum sempat, kita akan penuhi (selepas ini)," katanya di Kuching, Sarawak.

DEMOKRASI TERBUKA DAN MEDIA INTERNET SUKARKAN KEMENANGAN:

Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka.Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama.Malah, katanya, menang dengan majoriti mudah pun sudah amat melegakan.Tetapi di Sarawak, katanya, BN telah menang dengan lebih daripada majoriti dua pertiga seperti yang dijangkakan pihaknya.Najib berkata, dalam kontek demokrasi berparlimen dan mengambil kira kayu ukur global, maka beliau menyifatkan kemenangan BN di Sarawak itu sebagai luar biasa dan pencapaian yang sangat memberangsangkan.Perdana menteri juga berkata, kemenangan yang sangat meyakinkan itu juga menunjukkan bahawa pakatan pembangkang gagal mencetuskan tsunami politik di negeri itu.Perdana Menteri berkata apa yang diuar-uarkan oleh pakatan itu, sama ada melalui ceramah ataupun media alternatif atau yang cuba disebarkan mereka melalui SMS dan sebagainya, pengundi pada umumnya tidak menerima cara yang dilakukan oleh parti pembangkang yang cuba hendak mencetuskan tsunami politik.
"Kesudahannya pengundi di Sarawak berfikir secara rasional, bukan secara emosi, bahawasanya masa depan mereka akan hanya terbela dan terjamin dengan sokongan kepada BN, dan parti pembangkang bukan alternatif yang lebih baik."Ini satu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kepada kemenangan besar yang dicapai BN," katanya yang juga pengerusi BN dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn malam tadi.Dalam pilihan raya Sarawak semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala pakatan pembangkang menang 15, dan satu dimenangi calon Bebas.Daripada 15 kerusi yang dimenangi pembangkang, 12 diperoleh oleh DAP manakala PKR menang tiga daripada 49 kerusi yang itandinginya. 

TAIB JANJI UNTUK UNDUR PERTENGAHAN PENGGAL

 Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengangkat sumpah jawatan ketua menteri malam tadi mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan penggal ini".Katanya, beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk membentuk barisan kepimpinan
baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak."Saya disediakan untuk berundur 10 tahun lepas tetapi soal kesinambungan dasar-dasar, memastikan walau apa pun yang telah kami capai (supaya) momentum pembangunan sarawak, tidak akan terjejas kerana perubahan kepimpinan."Buat masa ini, saya telah memutuskan untuk mengumumkan saya akan berundur sekitar pertengahan separuh penggal," katanya.Persaraan Taib menjadi topik hangat dalam pilihan raya negeri yang berakhir semalam dengan BN memenangi 55 daripada 71 kerusi, dengan sentimen anti-Taib pula membantu DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ia ditandinginya.

Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi BN kehilangan lapan kerusi. Dalam sesi lalu, BN mempunyai 63 kerusi, DAP (6) dan PKR (1).PKR juga berjaya menambah dua lagi kerusi menjadi tiga. Kedua-dua parti itu juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Kejayaan terbesar DAP ialah menumbangkan presiden SUPP, yang juga timbalan ketua menteri, Tan Sri George Chan di kerusi Piasau.PAS bagaimanapun gagal di lima kerusi yang ditandinginya semalam. Bagaimanapun, kepimpinan parti itu menyifatkan jumlah undi yang diterima calonnya di kawasan majoriti Melayu-Melanau adalah menggalakkan, dan menunjukkan parti Islam diterima rakyat negeri itu.Sementara itu Bernama melaporkan, Taib berterima kasih kepada rakyat Sarawak kerana terus menyokong BN dan memberi mandat kepada parti itu membentuk kerajaan.

Menurutnya, kemenangan BN pada pilihan raya negeri hari ini membuktikan rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan budaya politik negatif yang cuba dibawa pakatan parti pembangkang dari luar.Katanya rakyat Sarawak tidak dapat menerima cara politik yang mengapi-apikan mereka, menimbulkan syak wasangka, perkauman dan cuba menimbulkan rasa takut. "Saya akan buat Kertas Putih supaya budaya ini tidak berlaku di Sarawak dan kalau yang dah masuk, kita pastikan tidak berterusan. Ini tidak menguntungkan rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya.Taib berkata pembangkang menyatakan bermacam-macam perkara untuk menang pilihan raya tetapi rakyat Sarawak masih percayakan BN dan perasaan bersangka baik terhadap BN masih ada di kalangan kebanyakan rakyat."Ini semua propaganda... propaganda (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Dulu dia dakwa tsunami pilihan raya 2008... tetapi dia tak menang pun. Di Sarawak dia cakap menang dan dah lantik ketua menteri," katanya.Taib berkata langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke seluruh pelosok Sarawak untuk berjumpa rakyat dan mendengar masalah mereka membawa kesan positif."Rakyat nampak kerajaan pusat beri perhatian lebih kepada Sarawak. PM pun tahu Sarawak perlu mempunyai dasar mengejar kemajuan untuk melaksanakan program NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) luar bandar yang meliputi kemudahan air, elektrik dan jalan," katanya. Ketua Menteri itu juga meyakinkan rakyat Sarawak bahawa kerajaan pusat berdiri di belakang Sarawak khususnya menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) untuk sama-sama membangunkan negeri dan membina lebih banyak infrastrukur. Taib berkata keputusan pilihan raya hari ini adalah sesuatu yang diduga berdasarkan keadaan semasa tetapi apa yang penting BN tetap terus membentuk kerajaan untuk terus memajukan Sarawak.
Mengenai masyarakat Cina yang jelas lebih berpihak kepada DAP, beliau berkata mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk kekal dengan DAP atau akan terpinggir.

FAKTOR KEKALAHAN PARTI PAS

Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.
Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Kelemahan jentera

Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti.
Kempen lambatKempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.
Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.

Terlalu yakin

Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN.Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.

BN terlalu kuat buat PAS

Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi.Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.
 
Kesetiaan Melayu
 
Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian - seorang Dayak - dilihat menakutkan masyarakat Melayu.


1 ulasan:

Abu Idris berkata...

Jalan Perubahan Tanpa Pilihanraya Demokrasi Sekular Warisan Penjajah Kafir Laknatullah Lord Reid ke Jalan Perubahan Khilafah Ala Minhaj An Nubuwwah.

Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse