Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 27 April 2011

Pameran Solo Prof Madya Dr. Abdul Jalil Othman ALAM SAMUDERA













salam kepada semua...


Penulis Smart Generation mengucapkan syabas dan Tahniah kepada Ayahnda Prof Madya Dr Abdul Jalil Othman kerana telah berjaya mengadakan Pameran Solo Lukisan beliau yang di beri nama Alam Samudera.Beliau adalah seorang pensyarah di Jabatan Pendidikan  Bahasa dan Literasi ,Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Minat beliau dalam bidang seni lukis bermula sejak beliau di bangku sekolah lagi sehinggalah sekarang.Beliau meminati bidang lukisan berbentuk abstrak.Sebanyak 63 buah lukisan hasil karya unggul beliau telah dihasilkan untuk pameran solo beliau di Muzium Seni Asia,Universiti Malaya yang akan berakhir pada 20 mei ini.Lukisan beliau kebanyakannya menggunakan canvas dan media acrylic.


Pameran solo beliau telah dirasmikan oleh D.Y.T.M RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA DR NAZRIN SHAH pada hari semalam iaitu 26 April 2011.Sejurus selepas itu,Tuanku berkenan untuk melihat sendiri setiap hasil karya yang telah beliau hasilkan.Tahniah dan Syabas sekali lagi Penulis ucapkan kepada Ayahnda Prof Madya Dr Abd Jalil Othman.


Berikut merupakan Nukilan Apresiasi Seni Beliau....:


Desirmu umpama syurga
Mmembisik lembut di jiwaku
Nadi mu isyarat jiwa
Melahirkan ilham seniku
Aku insan yang terdampar
Melakarkan rahsiamu
Tanpa jemu membongkar
Alam dan Samuderamu
Kedamaian di lautanmu
Dengan segala khazanah ikan-ikan mu
Menjadi sumber ilham seniku
Untukku bawa hidup
Seribu tahun akan datang

Kau kasih isyarat jiwa
Di dadamu mengalir gelora darah biru
Membuat aku lebih insaf
Akan kebesaranmu tuhan
Dalam mencari sebuah ketenangan
Aku bagaikan pejuang
Yang tiba-tiba menyelami rahsia di dadamu
Dalam mencari cinta sebenar
Dari sejuta wajah yang ada..

Seribu tahun geloramu
Tak kan mungkin hilang
Dari matamu
Aku sebenarnya
Sudah lama tenggelam
di lautan kasih mu...


A.Jalil Othman,Universiti Malaya..




1 ulasan:

Unknown berkata...

wah,,pameran,,cam best

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse