Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 23 April 2011

POLIS TIDAK LAGI SEMBUNYI SEMASA OPS TRAFIK...????





Bagus....Satu Perubahan yang baik untuk Polis Trafik di Malaysia....

Tidak menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi.....

Masyarakat Malaysia ni..akan rasa takut kalau nampak polis kat depan mata.....Terus ikut undang-undang kalau dah nampak polis.....
Kalau Polis menyorok ketika membuat Penguatkuasaan..memanglah ramai yang akan melakukan kesalahan.....

Bukankah mencegah itu adalah yang terbaik..Oleh sebab itu..kehadiran Polis memastikan Proses pencegahan itu belaku.....


Penulis Smart Generation berharap Pihak Polis akan terus memastikan Keselamatan dan Keamanan Masyarakat di Negara ini terus terpelihara..Rakyat akan memandang tinggi Kredibilit Pegawai Polis jika Pihak Polis di Malaysia menjalankan Amanah dan Tnaggungjawab mereka dengan jujur....


Berikut merupakan berita mengenai perkara ini :-

Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar," katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam hari ini.

NONEKhalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.

"Jangan terkejut bila kena saman...kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang," katanya.

Selain daripada peningkatan kehadiran polis bagi meningkatkan disiplin pemandu, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan mereka, katanya.

Mengenai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

white collar crime investment crime 141005"Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterism dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini," katanya.

Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.

Liputan media terhadap isu negatif yang melibatkan golongan belia seperti rempit, buang bayi, pergaulan bebas, penagihan dadah dan pil-pil khayal semakin menguatkan perasaan kurang senang masyarakat terhadap belia kita pada hari ini tetapi persepsi negatif ini perlu diperbetulkan, katanya.

- Bernama


1 ulasan:

Pirate berkata...

yeap! perubahan yg sgt bagus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut