Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 28 April 2011

PERDANA MENTERI CHINA WEN JIABOA KE UNIVERSITI MALAYA :SATU PENGHARGAAN BUAT WARGA UNIVERSITI MALAYA


salam kepada semua....

Pada 27 April 2011 Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah melawat ke Universiti Malaya sempena lawatan dua hari beliau ke Malaysia.Universiti Malaya merupakan tempat pertama beliau lawati sejurus tiba di Malaysia. Kehadiran Jiabao dan pegawainya disambut lebih 2,000 pelajar, pensyarah, pakar akademik, kakitangan UM dan orang awam sambil mengibar bendera China dan Malaysia.
Dalam lawatan itu, Perdana Menteri China menerima Gambus sebagai cenderamata daripada UM dan turut menyempurnakan upacara menanam pokok kapur yang menjadi tanda hubungan kukuh UM dengan rakyat China.Jiabao berkata, beliau mengagumi usaha UM menubuhkan Institut Pengajian China dan Institut Kong Zi (IPCIKZ).

Penulis Smart Generation merasa sungguh bertuah kerana menjadi salah seorang Mahasiswa yang terpilih untuk menanam Pokok Bersama Perdana Menteri China ini di Universiti Malaya.Walaupun hujan,tetapi Perdana Menteri China ini tetap menyodok tanah sebagai simbolik penanaman pokok kapur sebagai tanda kenangan dan ingatan kedatangan beliau ke Universiti Malaya.Sejurus selepas itu Penulis Smart Generation berjabat tangan dengan beliau dan mengucapkan terima Kasih.Sememangnya kehadiran Perdana Menteri China di Universiti Malaya akan menjadi kenangan buat penulis kerana dapat bertemu dengan Pemimpin Nombor satu Negara China ini...

Ini adalah Pokok Kapur yang telah di tanam oleh Beliau :-


 Berikut merupakan Gambar kedatangan beliau ke Universiti Malaya:-















Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse