Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 11 April 2011

HIDANGAN IKAN PATIN RM 13,000 MAHAL TU.....


WAH..WAH....WAH......

Ikan patin berharga RM 13,000 setelah di masak di Temerloh.....

Mahalnya......memang untuglah tokey kedai patin ni......Puluh ribu boleh dapat satu hari jual ikan patin....
 
memang betul-betul mencekik darah ni..... Kalau aku orang kaya pun...fikir berapa kali nak makan ikan patin ni...

Semoga kita sebagai pengguna tidak terperangkap dengan tokey-tokey restoren ikan patin yang kat temerloh ni....kena tanya harga dulu...jangan makan dulu........


Berikut merupakan berita mengenai perkara ini :-



Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.

NONEMenurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

NONEBernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

24 ulasan:

nolsaeho berkata...

Ehm..sebenarnya perkara sedemikian berulang kali terjadi. Kalau anda ke Jerantut...anda akan temui tanda spt berikut; ikan patin sungai seketul RM......bla bengitu juga patin sangkar RM 5/= seketul. Maka anda ada pilihan. Kalau teringin sgt nak makan patin liar atau sungai..pergilah ke Kuala Tahan atau kg Bantal. Mmg berbaloi makan ikan berkenaan...

Jamie berkata...

silapnya tokei kedai tuh x bgatau dlu ikn patin tuh ori dri sungai yg harganya mahal berbanding patin sangkar

MamaYatie berkata...

akibat tak letak tanda harga & akibat tak bertanya kan harga..

HazIQAH iKkI hAZiq berkata...

nasib bekle 50 0rg makan...

macam2..ikan patin mahalnye..agak2 r smpai rm 13000 ...ramai mudah tertipu kerna ikan patin hahaha...sedap ke???tk pernah mkn...

Tanpa Nama berkata...

tak perlu tanya-tanya lah..
kalo kos mkn 1 org dh mencapai RM260 sorang, ini sudah gila...
tak masuk akal la makanan kampung trmasuk minum sampai RM260 sorang...

peduli apa patin sungai ker, kolam ker, sangkar ker, longkang ker, lombong ker, takung najis ker... yg sebenarnya PENIAGA TAMAK!!!!
disana kebyakannya sama ja.. tamak..tamak..tamak..

Tanpa Nama berkata...

logik la kalo da 50 org mkn. ingat patin sungai harge cam ayam ke? tp silap la peniaga 2 x letak hrge. customer pon x ty.. so nk uat cne.

Tanpa Nama berkata...

memang cekik darah betoila...kalo 50 org mkn pun xkan 260 hinggit sorang...kalo rm35 seketoi pun dah brapa ketoi sorg dpt mkn..memang tamakla peniaga tu..baik mkn kat kedai makcik2 kat tepi sungai temerloh tu jer ..

Tanpa Nama berkata...

buat busuk nama kedai org temerloh jer..lps ni kurangla org singgah nak mkn ikan patin..

Tanpa Nama berkata...

betui kata hang Anonymous 13/4 2:03AM

org2 negeri lain dh mula buat persepsi yg kedai makan ditemerloh suma mahal2.. suma cekik darah..
last2 yg rugi ialah peniaga lain...


p/s - aku penah pegi temerloh 4x... dh 8 kedai aku singgah utk makan, semuanya mahal2... 5 kedai cekik darah... ntah la.. atau mungkin jugak kedai makan kt tmpt aku (utara) yg murah sgt kot???? sb tu aku rasa kat sana terlalu mahal???

Miss R berkata...

ikan patin mmg sedap, yummy..

peniaga yg jujur, ptut ltak tanda harga tu kn.. fikir2kan lah..

Tanpa Nama berkata...

kalau aku la yang kena bayar sampai 13k baik aku wat report kat jabatan penguna ada 50 org boleh jadi saksi ,peniaga x letak tanda harga pastu tah betul tak tak yg dia masak tu ikan patin sungai.

p/s : peniaga2 kat termerloh kena la fikir memang ikan tu popular kat sana tapi kena ingat ikan tu punca rezeki jangan la tamak kang langsung x de ikan patin kat situ tau la hehehehe.

Tanpa Nama berkata...

Kat Temerloh, setahu aku ada satu kedai, patin sungai masak tempoyak RM70 seketul. Kedai tu pelanggan dia biasanya yang pakai kereta mewah. Kadang2 dari KL turun temerloh semata mata nak lunch kt situ. Takde RM100-RM200 dlm tangan, jangan mimpi la nak makan kat situ. Nampak macam kedai terpencil yg tak laku je, tapi sebenarnya tempat VVIP. Orang biasa tak singgah punya.

Lagipun yang kena RM13000.00 tu YB(adun tak silap aku), sebab tu mampu bayar. Mungkin dia tak pernah singgah kedai tu sebelum ni.

Patin sangkar Temerloh lebih mahal dari patin tempat lain. Sebab tu harga seketul boleh pergi RM8. Sedap ke tidak aku tak pandai menilainya. Masa aku makan kat kedai Pak Usop, pelik gak tengok orang ramai lepak minum air je. Tauke bukak periuk, ramai2 terus beratur beli patin masak tempoyak. Ada yang makan kat situ, ada yang tapau. Kalau group chinese datang, biasa diaorang cantum meja, confirm semangkuk sorang.

Itu baru patin sangkar, patin sungai lagi sedap.

Kebanyakan kedai makan di bandar Temerloh mahal, itu aku setuju. Temerloh adalah salah satu daerah yang harga barangnya lebih mahal dari tempat lain di pahang.
Tapi ada jugak tempat yang murah, contoh, kedai kat traffic light depan Hoshas.

Tanpa Nama berkata...

Tokey kedai nk kaya cepat ni...tu yg sampai rm 13000 ....

Tanpa Nama berkata...

Mintak maaf cakap, tauke kedai tu memang dah kaya.
Inilah perangai sebahagian besar orang melayu, nak sedap tapi nak murah. Baru RM260 sorang dah bising. Orang cina 5 orang makan RM3k tak bising pun. Ada yang 5 orang makan RM8k.So, RM13k(50 orang)kira noob la.

Korang pikir la, dah YB belanja makan, sure makan secukup rasa.

Benda ni saja dihebohkan untuk memburukkan nama kedai masakan patin temerloh. Kepada wartawan,jangan jadi katak bawah tempurung, kaji dulu dakwaan sebelum buat kecoh.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya akhbar tu salah melaporkan..angka sebenar ialah 350 orang..not 50.dan bukan hidangan ikan patin semata-mata..malah ada juga udang galah..udang galah pon mahal harganya dan ada gred juga.

HASLINDA berkata...

JUMLAH SEBENARNYA 130-150 ORANG JE.RM13000 TU PON X BETUL'JUMLAH SEBENARNYA RM6K ITU SEMUA TERMASUK UDANG GALAH,PATIN MUNCUNG,IKAN KERAI,JELAWAT,ROKOK 5KARTON,AIR TIN,SEMUA LAUK YANG DAH DIMASAK KAT DISPLAY RAK TU DAN TAPAU LAUK2 BWK BALIK LG...MAKLUM LA ORG BESAR NAK BELANJA,APA LG ANAK BUAH SEMUA PON MENGHABISKAN LA APA YANG ADA...DAH KENYANG MENCEKIK,BWK BLIK LG NAK BISING2 WAT CERITA NGERI KAT WARTAWAN.WARTAWAN PON XDE CERITA NAK TULIS X SIASAT DLU TERUS KUARKN STATMENT KT SEMUA PAPER...BILA BENDA TU X BETUL WAT PULAK CERITA LAIN ESOKNYA KT SEMUA FRONT PAGE PAPER...SAPE LG NK PERCAYA,ORNG SEMUA DAH MEMBURUKN KEDAI TU TANPA USUL PERIKSA...SAPE NK JAWAB TU???KAUORNG SEMUA TANGGUNG LA DOSA WAT FITNAH KT KEDAI TU.....SEKIAN TERIMA KASIH

Tanpa Nama berkata...

aikkk da xde org komen da....lain kali baca paper betul2 jgn terus percaya je..ni dunia akhir zaman...

Tanpa Nama berkata...

xpyh la baca paper..ngarut..nk tau pi sendiri temerloh tu...ada otak xpakai...jgn pecaya bulat2 kontroversi...standard la berniaga, nk untung,tp pikir gakla semua tu dtg dr Allah...

Tanpa Nama berkata...

ha ha yang dengar buta tuli tu jadi bodo lah. sbb tu jgn percaya sgt surat khabar. masa pru 12 dulu hari2 surat khabar kata BN senang menang. Last2 apa jadinya. Orang surat kabar ini bukan ad tanggung jawab sbb tahap surat kabar kita ni kadang 2 orang guna sental najis diponggong di andas awam. Kita org pejabat kalu salah statement, tgk lah apa akan jadi. so orng surat kabar ni kira yang melapor sensasi ni kira kelas sapu ponggonglah. Tgk akibat reputasi surat kabar, berapa ramai org berdosa menuduh kedai tamak haloba, wal hal lain lak ceritanya. eh kata mana kedai ni?, nak ajak kawan yang kaya belanja

Tanpa Nama berkata...

duduk dalam kandang senang. ikan tu mahal, tapi 13k makan 50 tu tak betoi bodo. Baca berita pembetulan. Yg dimakan tu bukan pati saja, udang galah dan macam2 lagi ikan sungai. IKAN SUNGAI HIDUP LIAR BUKAN SENAG DICARI< SEBAB TU MAHAL< RASA PUN BEZA. Mungkin lidah lu rasa sama saja antara telor ayam dengan tahi ayam, sbb tu lah janggalnya pendapat deme. Janganlah dengar terus menyalak, mcm mana nak dijadikan pemberi pendapat yang baik. Kalu tak faham toksoh menyalak lain kali

Tanpa Nama berkata...

lain kali masok restoran jgn perasaan sgt. Tgk dan anya harge, lepas tu tepok lah dada. Kalu tanya tauke resoran tu apsal mahalnya patin sungai, mungkin dia sponsor bot supaya tangkap sendiri ..haaa rasa peritnya. silap2 kat sg pahang tu pemancing lak dimakan boyo

Tanpa Nama berkata...

eh eh apa isyarat dan kod rahsia pekida sebab saya perasaan bila pegi mana mana ada satu group yang bersifat kesamaan sepeti sebut "buka baju", pegang rokok, cara hulur rokok, susun kotak rokok atas meja. aku pun tak tahu sebab dulu aku tenyeh satu mamat tu dok perli2 aku masa aku tengah minum2 di ampang

Tanpa Nama berkata...

betul, saya pun pernah wartawan tanya pasal data pilihanraya. saya kta tak boleh sbb classified , dia kata dia wartawan , kena beri juga. Lepas tu saya pusing arah dia dan kentut kuat2 dan saya gigit sudu sebagai tanda tak minat berbicara. tgk aksi bodo dia marah dan frust ... so belajarlah, dgn wartawan ni kalu nak membusukkan orang, guna lah dia, pakai sondol ajer, bukan beretika sgt pun..

Tanpa Nama berkata...

Tauke kata Macam2 mereka makan,. Kedai semua produk ikan sunagi liar. Lembu pun yang lembu disembelih og islam (kira local orilah). Udang , ikan kuau,tenggiri, kelah temelian, belida, patin muncung, patin bidara semua depa balun. Kos bahan mentah RM8000, upah masak dan services RM 2000, Rokok dan air yang tak terhinggaga banyaknya habis dicharge RM2000 Kira baki tu untung dan upah iklan sikit2 lah. makan free, mana ada sgt org fikir susah orng yg berbelanja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut