Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 8 April 2011

KEMATIAN DI PEJABAT SPRM.....SAMPAI BILA...????????

salam kepada semua....

Mengupas isu-isu yang belaku mengenai kes bunuh diri di Pejabat SPRM......Sememangnya akan timbul banyak pandangan dan persoalan mengenai perkara ini.Sudah tentu pelbagai spekulasi yang di buat mengenai kes Kematian Seorang Pegawai Kastam tempoh hari ketika dalam soal siasat bersama SPRM. Namun seperti yang kita ketahui bahawa kematian itu merupakan suatu takdir..tetapi membunuh diri itu bukan takdir kepada kita,tetapi kita mengambil hak Allah untuk menentukan kehidupan kita....

Pihak SPRM seharusnya menilai peerkara ini dengan sedalam-dalamnya...Adakah proses siasatan yang dijalankan itu melibatkan penderaan emosi dan fizikal sehingga suspek atau tertuduh terpaksa mengaku kesalahan mereka walaupun tidak melakukannya akibat daripada desakan yang hebat daripada pegawai penyiasat SPRM itu sendiri...


Pisang tidak sepatutnya berbuah dua kali...Namun tidak semuanya begitu...Kes Kematian yang dikatakan membunuh diri di Pejabat SPRM sebelum ini pernah terjadi dan menjadi isu tergempar negara pada suatu ketika dan melibatkan banyak pihak dan siasatan sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Di Raja untuk menyelesaikan isu ini.Tan Beng Hock merupakan mangsa pertama yang mana persoalan mengenainya sehingga kini masih belum terjawab...Ahmad sarbani merupakan mangsa kedua....Juga dipercayai bunuh diri di Pejabat SPRM...Adakah selepas ini akan ada lagi kes seperti ini...????


Penulis Smart Generation mengharapkan pihak kerajaan memandang serius isu yang yang telah belaku ini kerana perkara ini melibatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat.Walaupun mereka semua ini di sabitkan dengan kesalahan rasuah,tetapi belum tentu mereka semua benar-benar melakukan rasuah tersebut.Mungkin ada yang teraniaya atau dianiaya oleh pihak-pihak tertentu....


Usaha untuk menjalankan siasatan ke tingkat bawah bangunan SPRM mungkin salah satu cara untuk mengelakkan perkara ini.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan supaya semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu diselesaikan di aras bawah bangunan SPRM berkuatkuasa serta merta.Di harapkan selepas ini tidak akan ada lagi kes kematian di Pejabat SPRM ini....



Berikut merupakan rentetan dan berita mengenai kematian Pegawai Kastam di Pejabat SPRM:-


Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.
NONESalah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.
Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.
Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.
NONESumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.
SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.




Kecederaan yang dialami penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed adalah konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah.

NONE“Dari kecederaan di tubuhnya, kami berpendapat ia konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi tetapi kita mesti menunggu laporan ujian makmal sebelum membuat sebarang kesimpulan.
"Kini ujian makmal sedang dilakukan dan keputusannya akan diketahui dalam masa seminggu," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kontigen polis Kuala Lumpur hari ini, Zulkifli berkata beberapa sampel telah diambil dari si mati dalam bedah siasat yang memakan masa lebih sehari.

Ahmad Sarbani, 56, dijumpai mati di gelanggang badminton selepas jatuh dari tingkat tiga di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, pagi Rabu lalu.

Beliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lalin yang dinamakan Operasi 3B p-ada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.

Beliau dilepaskan dengan jaminan pada 2 April lalu selepas didakwa di mahkamah.

NONEAllahyarham dikebumikan di pusat pengkebumian Islam Kota Damansara pada jam 6.30 petang semalam.

“Setakat ini, kenyataan enam pegawai SPRM telah dirakamkan,” kata Zulkifli, sambil menambah ia mungkin juga di ambil daripada dua pegawai suruhanjaya berkenaan yang telah digantung tugas.

“Kami sedang menyiasat semua aspek kes itu... kami tidak mahu mendahului hasil penemuan sekarang ini,” katanya.

Rakaman sistem litar tertutup televisyen (CCTV) juga telah dirampas bagi membantu siasatan, kata Zulkifli.

NONEPengarah siasatan SPRM Mustafar Ali, mendakwa Ahmad Sarbani kembali ke bangunan SPRM sekitar jam 8.26 pagi pada 6 April tanpa sebarang temu janji dan memohon berjumpa dengan pegawai penyiasat.

Sebelum itu, Allahyaraham telah memberikan kenyataan beliau kepada SPRM dan dilepaskan pada Sabtu lalu sekitar jam 12.30 tengahari.

Mustafar berkata seorang pegawai mengiringi pegawai kanan Kastam itu ke sebuah bilik di pejabat itu sebelum meninggalkannya untuk mengambil sebuah fail tetapi mendapati Ahmad Sarbani telah tiada sekembalinya.


Ketibaan jenazah Ahmad Sarbani Mohamed petang ini disambut dengan perasaan sayu dan hiba oleh kira-kira 400 orang yang memenuhi Surau Ar-Rahman, Kelana Jaya untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
NONEAda di kalangan mereka yang mengalirkan air mata, malah wanita yang dikenalpasti sebagai ibu kepada Allahyarham turut pengsan untuk beberapa ketika apabila melihat wajah Ahmad Sarbani.
Jenazah yang telah dikafankan itu dibawa daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan tiba dengan kenderaan jenazah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada kira-kira jam 5.10 petang ini.
Sebaik tiba, jenazah Allahyarham diletakkan di hadapan mimbar surau berkenaan dan wajahnya dibuka untuk ditatap buat kali terakhir.
Jenazah itu kemudiannya disembahyangkan oleh jemaah yang turut mengadakan majis tahlil dan bacaan surah Yassin serta solat hajat sebelum itu.
NONEJenazah berkenaan kini dibawa ke tanah perkuburan Islam di Kota Damansara dan semalam disemadikan pada kira-kira jam 6.30 petang.
Difahamkan, satu bedah siasat juga telah dijalankan ke atas jenazah Allahyarham di HUKM dan satu analisis juga dibuat ke atas keputusan bedah siasat berkenaan.
Jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan turut disembahyangkan di HUKM.
Ahmad Sarbani ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam.

Ahmad Sarbani yang merupakan pembantu pengarah di pejabat JKDM Selangor berada di pejabat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
NONETerdahulu, imam bagi solat hajat yang dijalankan sebelum itu mengumumkan bahawa solat sunat berkenaan bertujuan untuk mendapatkan petunjuk Allah bagi menyerlahkan kebenaran dan menyelesaikan kes berkenaan.
Malaysiakini turut menemui beberapa orang rakan Allahyarham ketika kunjungan di kediaman Allahyarham di Kelana Jaya.
Ada di antara mereka yang datang dari Kampung Lambor Kanan, Parit, Perak, untuk menziarahi keluarga Allahyarham.
Ada juga di kalangan mereka yang menyatakan rasa terkejut dan tidak percaya bahawa kawan sekampung mereka itu telah meninggal dunia.

NONESalah seorang daripada mereka berkata Ahmad Sarbani adalah seorang rakan yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.

"Kami boleh cakap mengenai peribadinya sahaja. Mengenai kes ini, kami tak tahu," sampuk seorang rakannya yang lain.

Sementara itu, seorang guru agama kepada anak bongsu Allahyarham turut menyatakan rasa sedihnya atas pemergian Ahmad Sarbani.
Said Mahmud berkata beliau juga seperti tidak percaya bahawa pegawai kastam itu telah meninggal dunia.

1 ulasan:

slimutputis berkata...

same2 kite doakan semoga siasatan kes ini akn berjalan dgn lancar dan segala kebenaran & kejahatan mane2 yg terlibat akan terbongkar jua suatu hari nnti..insyaAllah

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse