Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 8 April 2011

BUDAK SEKOLAH MALAYSIA HEBAT...!!!!!!!!










Aduh....Budak-budak sekolah Zaman sekarang ini...tak perlulah nak belagak samseng dekat sekolah....Kalau nak jadi samseng sangat tak yah sekolah lah..meyusahkan mak bapak sahaja hantar sekolah habiskan duit suruh pergi belajar dan menuntut ilmu....Bukan nak suruh kau jadi hero samseng kat sekolah.....

Tapi itulah masalahnya....Ramai sangat nak tunjuk hebat dan kekuatan... Umur baru setahun jagung dah mahu berlagak samseng...Kalau jadi samseng kat sekolah tak ke mana adik-adik.....Kita memang jadi terkenal....tapi terkenal dengan perbuatan jahat kita itu....Nanti bila kau dah dewasa...kau dah berumah tangga..kau dah ada anak...Bila anak ko jadi samseng macam kau..malahan lebih samseng lagi..apa perasaan ko...????...tak kan lah ko nak menyokong anak ko jadi samseng jugak.....

Kepada semua gangster-gangster atau samseng-samseng dekat sekolah..kalau korang jadi gangster dan samseng dalam pelajaran..wa respek sama lu......lu orang memang power...!!!!....Kalau betul-betul nak jadi samseng atau gangster.....biarlah kau bertarung dalam pelajaran ko tu...lagi baik daripada ko merosakkan harta benda awam..buat kerja tak berpaedah....pukul anak orang sana-sini...cubalah hidup tu tak menyusahkan orang lain..barulah hati ini akan tenang.....Harap korang semua ni insaflah....kalau nak jadi lanun,gangster atau samseng....tak perlu pergi sekolah pun tak pe...


Kenapa aku mengarut kat sini pasal budak sekolah ni...?????



Ini sebab dia.......Korang semua nilai sendirilah :-


Gengster budak sekolah


WAN NUR AZRI menahan sakit akibat dibelasah lebih 20 samseng budak sekolah di Kuala Terengganu semalam


KUALA TERENGGANU - Perasaan mahu membalas dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah agama dekat sini menyerbu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang untuk memukul seorang pelajar tingkatan lima.
Serangan ala gengster pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila kesemua pelajar terbabit menceroboh sekolah mangsa lalu pergi ke kelas Wan Nur Azri Wan Mohamad, 17, selepas waktu rehat sebelum membelasahnya di belakang bangunan makmal.
Difahamkan, kumpulan pelajar tersebut datang ke sekolah berkenaan dengan menaiki kenderaan dari sekolah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi Wan Nur Azri apabila kesemua suspek bertempiaran melarikan diri selepas perkara itu dimaklumkan kepada guru SMKA Durian Guling.
Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, memberitahu, dia dan suaminya bergegas ke sekolah sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya.

Guru retak batang hidung ditumbuk pelajar

KANGAR - Seorang guru cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, guru tersebut, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu.
Ketika kejadian, Mariati yang mengajar subjek Sejarah terserempak dengan pelajar terbabit yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain. 

"Saya panggil pelajar itu dan mahu membawanya ke bilik guru untuk mendapatkan penjelasan mengenai pergaduhan itu."Bagaimanapun dalam perjalanan ke bilik itu, tiba-tiba dia menumbuk hidung saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.Akibat tumbukan tersebut, hidung Mariati berlumuran darah dan dia kemudian bergegas ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HTF.


1 ulasan:

Kitou berkata...

I was here..and nice blog..

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse