Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 10 April 2011

ISU DI KOLEJ KEDIAMAN KETIGA:JUSTICE FOR KURSHIAH 15.....!!!!!!!

 ANTARA 15 ORANG YANG PERNAH MEMBANTU KOLEJ KEDIAMAN KETIGA:-

salam kepada semua...


1.Saya mewakili Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya mahu membuat penjelasan berkenaan 15 orang Warga Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya yang dikenakan tindakan di buang kolej kerana menghina dan menuduh Pihak Pentadbiran Kolej  Kediaman Ke Tiga dengan pertuduhan di dalam laman facebook.Antaranya adalah komplot mereka untuk menggagalkan projek-projek kolej,Pihak pengurusan telah menggunakan wang kolej untuk tujuan yang salah dan beberapa isu lagi.Kesemua 15 orang warga kolej kediaman ke tiga ini diberikan masa selama 2 minggu untuk mengosongkan bilik dan keluar daripada kolej kediaman ke tiga iaitu pada 15 April ini.

2.Saya telah menerima maklumat ini daripada Presiden Kolej Kediaman Ketiga sendiri dan beberapa orang rakan mengenai dengan isu yang berlaku ini.Saya telah menemui Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya iaitu Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini dan meminta pertimbangan yang sewajarnya daripada Pihak Pentadbiran Universiti sendiri pada 8 April yang lalu.

3.Prof Datuk Dr Rohana meminta kepada semua 15 orang pelajar yang telah dikenakan tindakan ini berjumpa dengan Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman  Ketiga  untuk menyelesaikan perkara ini dengan pihak Pentadbiran dan memohon maaf dengan perkara yang telah mereka lakukan.Namun,perkara sebaliknya belaku apabila perjumpaan yang sepatutnya berlangsung di batalkan kerana kelewatan beberapa orang para pelajar ini menghadiri perjumpaan mereka dengan pihak pentadbiran.

4.Saya telah meminta kepada Prof Datuk Dr Rohana untuk menangguhkan pembuangan kolej kepada semua 15 orang pelajar ini sehingga akhir semester ini kerana sekarang ini sudah hampir kepada minggu ulangkaji dan peperiksaan.Namun,Prof Datuk Dr Rohana telah memberikan syarat supaya setiap individu daripada 15 orang itu hendaklah berjumpa sendiri dengan Dr Faizah iaitu Pengetua Kolej Kediaman Ke Tiga untuk memohon maaf dengan tuduhan dan fitnah yang mereka lakukan kepada Pihak Pentadbiran Kolej.Setelah itu Prof Dr Rohana akan mempertimbangkan untuk menempatkan ke semua mereka di beberapa Kolej-Kolej Kediaman yang masih mempunyai kekosongan.

5.Perkara ini akan menjadi rumit dan besar apabila tidak ada persefahaman antara kedua belah pihak sama ada pentadbiran atau pelajar sendiri.Mungkin apa yang dilakukan oleh Pihak Pentadbiran untuk memberikan pengajaran kepada mereka,namun tindakan membuang kolej dalam masa yang terdekat ini adalah agak keterlaluan.Berilah peluang kepada mereka sehingga tamat semester ini yang akan berakhir tidak lama lagi.


6.Saya meminta supaya Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke Tiga dan 15 orang Pelajar ini supaya dapat menyelesaikan isu ini secara keluarga.Jika kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah dan tetap tidak mahu memohon maaf antara satu sama lain,maka isu ini akan berterusan dan akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada warga Kolej Kediaman yang lain.Isu yang berlaku di sini adalah Hak Mahasiswa Kolej Kediaman untuk menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati mereka dengan Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman yang baru.Namun,sebagai mahasiswa kita harus bijak dalam menyatakan rasa tidak puas hati kita dengan pentadbiran dan menegur dengan cara yang berhikmah.Namun,apabila kutukan dan cacian yang dikeluarkan maka perkara ini akan menjadi lebih teruk.

7.Saya berharap Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke Tiga dan 15 orang Pelajar ini dapat mencari penyelesaian pada 11 April ini yang mana sekali lagi mereka akan mengadakan pertemuan.Pihak Pentadbiran harus mengakui kesilapan mereka dan menjelaskan perkara sebenar kepada setiap pertuduhan yang telah di lemparkan oleh Warga Kolej Kediaman Ke Tiga itu sendiri.Mahasiswa yang terlibat ini juga harus memohon maaf jika teguran dan kritikan itu terlalu kasar sehingga menyakitkan hati orang lain terutama jika tuduhan yang di lemparkan itu berbaur fitnah dan tidak mempunyai bukti yang kukuh.

8.Jika Pihak Pentadbiran masih berdegil dan tidak mahu bertolak ansur dalam isu ini ,maka perkara ini akan menjadi bertambah besar dan memberikan kesan kepada warga kolej kediaman yang lain.Warga Kolej Kediaman sepatutnya diberikan ruang dan hak untuk menyatakan pandangan dan pendapat mereka mengenai hak mereka, kerana kami seluruh warga Kolej Kediaman tidak menginap di Kolej Kediaman secara percuma malahan terpaksa membayar yuran untuk setiap aktiviti kolej yang di masukkan dalam Yuran JIK/JTK di setiap Kolej Kediaman.Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke Tiga seharusnya memberikan peluang kepada pelajar ini untuk membela diri mereka sebelum dikenakan sebarang tindakan.Jika tidak imej Pentadbiran Kolej Kediaman Ke Tiga akan terus tercalar dan memberikan impak yang negatif daripada seluruh Mahasiswa di setiap Kolej Kediaman.

9.Saya juga menyeru kepada 15 orang rakan-rakan saya daripada Warga Kolej Kediaman Ke Tiga ini untuk berfikiran terbuka dan memohon maaf kepada Pihak Pentadbiran dengan apa yang telah anda semua lakukan.Walaupun teguran dan kritikan yang anda lakukan itu untuk mendapatkan kebenaran,namun cara yang digunakan untuk membuat kritkan dan teguran itu menyebabkan isu ini menjadi bertambat rumit.Saya yakin bahawa keberanian yang anda semua tunjukkan ini adalah mewakili seluruh Mahasiswa di Kolej Kediaman Ke Tiga yang mahu melahirkan rasa tidak puas hati dengan layanan Pentadbiran Kolej Kediaman.Syabas saya ucapkan kerana anda semua berani menyatakan kebenaran walaupun anda semua dikalangan orang yang paling banyak membantu Pihak Pentadbiran Kolej sebelum ini.Ingatlah bahawa anda tidak keseorangan,seluruh Mahasiswa akan terus menyokong anda jika anda di Zalimi.

10.Semoga isu ini dapat di selesaikan dengan segera baik daripada Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke Tiga sendiri dan juga 15 orang Mahasiswa yang terlibat ini.Jika hak mereka terus di zalimi maka Pihak Pentadbiran akan berdepan dengan kecaman daripada seluruh Mahasiswa.Saya mewakili seluruh Presiden Kolej-Kolej Kediaman (SPKUM) akan terus membantu dalam menyelesaikan perkara ini .Jika Pihak Pentadbiran tidak dapat menyelesaikan perkara ini,maka akan bermula satu lagi titik sejarah buat Mahasiswa di Kolej Kediaman yang akan mempertahankan 15 orang Warga Kurshiah ini.



``JUSTICE FOR KURSHIAH 15``

``SELURUH MAHASISWA BERSAMA ANDA ``

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini masanya untuk pasukan penggerak mahasiswa membantu untuk menangani masalah GILE KUASA pihak pentadbiran hahhahahahhaha.... serang jer pejabat TNC n master kolej ke-3 ... ikhlas dari pae craig..

matahatijiwa berkata...

kite bakor je pihak pentadbiran 3rd..dulu mase pentadbiran yang lame pegang,suara student sentiasa di dengar.tp kali ni bila student bersuara,student kena balik..mane pergi hak mahasiswa utk bersuara?

Tanpa Nama berkata...

ada ke pi buang LIMA BELAS org sekaligus..
apa ingat kolej bapak dia ker..
UM nak hukum sorang mhsiswa pon da bagai nak ribut taufan..
da minggu 14 da nih..bala..bala..

Tanpa Nama berkata...

menitik air mata baca.

Tanpa Nama berkata...

alahai kolej ku~~~
those picture is just a memory

Tanpa Nama berkata...

Zalim sungguh pentadbiran yg baru nih...masa pentadbiran yg lama,ada masalah je semua duduk satu meja cari penyelesaian, penyelia n pengetua pn merendah diri..mdengar pndapat dr pelajar..tp skrg? haprak..buat naya kt pelajar 3rd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut