salam kepada semua...
Pada Hari ini Wakil Mahasiswa telah di panggil untuk melihat sendiri Hard Disk yang akan digunakan dalam sistem E-Voting ini untuk digunakan dalam sistem E-Voting yang akan dijalankan pada Pilihan Raya Kampus UM pada tahun ini buat kali kedua.Kami di bawa sendiri ke Bilik Bakat di Canseleri untuk melihat sendiri Hard Disk yang masih belum digunakan untuk memastikan tiada sebarang keraguan mengenai Hard Disk ini.
Hard Disk ini akan di hantar ke semua Lokasi Pengundian pada 18/2/2011 pada jam 9.15 pagi.Wakil daripada Mahasiswa juga turut di jemput hadir untuk melihat sendiri Proses penghantaran Hard Disk ini ke setiap tempat pengundian yang akan di jalankan pada Pilihan Raya Kampus kali ini.Pada kali ini sebanyak 18 tempat Pengundian akan di buka untuk memastikan mahasiswa menunaikan tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang akan berkhidmat dalam Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun ini.
saya Mohd Asri B Zulkifli selaku wakil dari kumpulan Penggerak Mahasiswa dan Mohd Sabri Jamaluddin wakil daripada Pro-Mahasiswa melihat sendiri Kotak Hard Disk yang akan di gunakan di setiap kawasan pengundian.Saya mengharapkan semoga Pihak Jawatankuasa Pemilihan MPMUM kali ini akan memastikan supaya tidak ada sebarang masalah dalam pelaksanaan sistem E-Voting pada tahun ini.
Berikut merupakan maklumat lengkap mengenai Hard Disk ini :-
Senarai hard-disk dalam bilik bakat
Warna box | Jenis Processor | Bilangan(unit) |
Hijau - KK1 - KK3 - KK4 - KK5 - KK7 - KK7(KHAS) - APM | HP7800 HP8000 HP7800 HP7800 HP8000 HP8000 HP4550 | 10 10 10 10 10 3 14 |
Merah - Fakulti Sains - Medic - Linguistik - Ekonomi | HP6005 lenovo lenovo HP6005 | 12 10 12 10 |
Biru - KK2 - KK8 - KK9 - KK10 - KK11 - KK12 - FAB - FAB | HP7800 HP7800 HP8000 HP8000 HP8000 HP8000 HP6005 HP7800 | 10 10 10 10 10 10 5 5 |
``SELAMAT BERKEMPEN PADA SEMUA CALON-CALON YANG AKAN BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA PADA TAHUN INI ``
Tiada ulasan:
Catat Ulasan