Berikut merupakan kenyataan Akhbar mengenai situasi Pilihan Raya Kampus di Universiti Malaya:-
Pilihan Raya Kampus UM Kecoh, Promahasiswa Pecah Pintu Kompleks Perdanasiswa
KUALA LUMPUR: Pilihan raya kampus di Universiti Malaya (UM) memperlihatkan wajah buruknya pada Khamis apabila kumpulan Promahasiswa bertindak kasar dengan menyerbu dan memecah masuk ke Kompleks Perdanasiswa.
Insiden tersebut berlaku pada tengah hari selepas kumpulan berkenaan dilarang menemui Prof Datuk Dr Rohana Yusof, iaitu Timbalan Naib Canselor UM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) oleh pengawal keselamatan universiti.
Selepas berlakunya perbalahan dan peristiwa menjerit-jerit, pergelutan pun terjadi di antara kumpulan berkenaan dengan kakitangan dan pengawal keselamatan universiti apabila mereka cuba meloloskan diri ke dalam kompleks tersebut.
Kumpulan Promahasiswa itu yang berjumlah sekitar 100 lebih orang pelajar tidak dapat menahan kesabaran dan rasa marah mereka ketika sedang menanti keputusan pihak pentadbiran ke atas nasib tujuh calon mereka yang digugurkan kelayakan bertanding.
Sejurus sebelum kejadian jelik itu, pihak pentadbiran universiti bersetuju untuk bertemu dengan wakil kumpulan berkenaan tetapi syor tersebut telah ditolak sebaliknya mereka mendesak agar Rohana turun bertemu dengan mereka.
Ketika berita ini ditulis, empat daripada tujuh calon yang tidak dibenarkan bertanding pada peringkat awal – tiga daripadanya adalah wakil Promahasiswa dan seorang wakil bebas - telah diberikan kebenaran untuk bertanding semula.
Bagaimanapun nasib tiga lagi masih belum diketahui.
Mereka yang digugurkan kelayakan bertanding adalah disebabkan antara lain gagal menghadirkan diri pada taklimat wajib pra-pilihan raya dan juga kerana kegagalan mengemukakan borang pencalonan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Sementara itu Pemimpin Penggerak Mahasiswa UM, Mohd Asri Zulkifli, 22, menyifatkan kejadian tengah hari itu sebagai memalukan malah mereka patut menerima tawaran pihak universiti untuk bertemu dengan wakil mereka.
“Tak perlulah nak menunjukkan kekuatan dengan memecah pintu kompleks berkenaan kerana sebagai pelajar universiti kita yang patut menunjukkan teladan yang baik bukan memperlihatkan budaya merusuh seperti itu," katanya.-mstar
KUALA LUMPUR: The run up to campus elections at Universiti Malaya (UM) turned ugly on Thursday when pro-Mahasiswa students turned violent, smashing a door at the varsity’s Perdanasiswa complex.
The incident took place in the afternoon after the students were prevented from meeting Prof Datuk Dr Rohana Yusof, UM’s deputy vice-chancellor (student affairs and alumni) by the varsity’s security personnel.
After a shouting match, a scuffle broke out as the students tried to force their way into the complex, damaging the door in the process.
The pro-Mahasiswa students, numbering about 150, were angered as they waited to hear the fate of seven disqualified candidates.
The university administration later offered to meet a pro-Mahasiswa representative but the students rejected the offer, demanding Prof Rohana come down to meet them.
“We don’t want to damage anything but things got heated up and they gave us no choice,” said Kelvin Tee, 21, a second-year student.
“We have been waiting patiently since 10am. There is no reason why we can’t meet her to voice our concerns.”
Of the seven, four candidates – three pro-Mahasiswa students and an independent – were eventually given the right to contest while the fate of the other three remains uncertain.
They were disqualified on various grounds, which included being absent from a compulsory one-day pre-election briefing and the late submission of their candidacy.
The candidates who appealed successfully had proof that they were present at the briefing although they forgot to register themselves and another produced a medical certificate for leaving halfway.
The campaign period for campus elections begins Thursday at Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia and Universiti Teknologi Malaysia. Elections will be held from Feb 21 to Feb 24.
A close contest is currently going on for UM’s 43 seats.
Traditionally, Penggerak Mahasiswa candidates favour the university administrators while the pro-Mahasiswa front opposes it.-the star
Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) mengusung 'mayat' ketika berkumpul di hadapan bangunan pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana membantah penolakan pencalonan empat calon pro-M dalam pilihan raya kampus universiti tersebut.
Mereka 'membaringkan' empat 'mayat' tersebut di Gazebo yang terletak di hadapan bangunan pejabat TNC HEP kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.
Mereka juga menggoncang pintu pejabat tersebut, menyebabkan engselnya tercabut.
Bagaimanapun, sekumpulan pegawai keselamatan menghalang mereka daripada masuk ke dalam pejabat tersebut.
Seorang daripada calon tersebut ditolak kerana tidak menghadiri sepenuhnya kursus mengenai pilihan raya kampus anjuran HEP sesi taklimat yang diadakan hari Sabtu lalu.
Manakala dua lagi kerana tidak menghadiri kursus tersebut kerana terpaksa menghadiri program wajib jabatan masing-masing.
Seorang lagi calon pro-M ditolak kerana lewat menghantar borang pencalonan atas terpaksa menghadiri urusan keluarga.
Mereka yang ditolak itu meliputi satu kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.
Manakala dua lagi kerana tidak menghadiri kursus tersebut kerana terpaksa menghadiri program wajib jabatan masing-masing.
Seorang lagi calon pro-M ditolak kerana lewat menghantar borang pencalonan atas terpaksa menghadiri urusan keluarga.
Mereka yang ditolak itu meliputi satu kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.
Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan di UM yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah.
Dalam satu sidang media, jurucakap Pro-M Mohd Sabri Jamaluddin menjelaskan dua calon mereka tidak hadir Sabtu lalu kerana terpaksa menghadiri program lain.
"Mereka mendapat surat dari ketua jabatan untuk diserahkan kepada TNC HEP tetapi ditolak sekeras-kerasnya," kata Mohd Sabri.Beliau juga memberitahu terdapat seorang lagi calon menghadiri dua daripada empat slot kursus tersebut dan terpaksa pulang awal kerana menghadapi masalah alahan.
Surat cuti sakit turut di majukan tetapi ditolak oleh TNC HEP.
Manakala soerang lagi, lewat menghantar borang pencalonan kerana pulang ke kampung untuk menyelesaikan masalah harta pusaka keluarganya.
Calon terbabit menghantar borang pencalonan pada hari berikutnya - Sabtu - semasa taklimat kepada calon-calon yang bertanding.
Sementara pengerusi Pro-M UM Farid Jalpah memberitahu Malaysiakini, terdapat dua calon bebas yang cenderung kepada pro-M, turut ditolak kertas pencalonan mereka.
Setakat ini, Farid tidak dapat memastikan sebab kertas pencalonan mereka ditolak.
Menurut Farid, beliau telah menemui Naib Canselor UM Prof Ghauth Jasmon untuk mendapat penjelasan mengenainya memandangkan calon-calon terbabit telah mengemukakan bukti ketidakhadiran mereka.
Katanya, pertemuan dengan Ghauth di pejabatnya selama 30 minit itu bermula jam 10.45 pagi. Naib canselor itu akan memberikan keputusan mengenai bantahan mereka itu.
Farid juga turut menemui pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr David, yang menyatakan "tidak ada masalah" untuk menerima pencalonan pro-M.
Farid juga turut menemui pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr David, yang menyatakan "tidak ada masalah" untuk menerima pencalonan pro-M.
Pagi tadi, kira-kira 120 penyokong kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), termasuk calon, berarak dari padang di hadapan fakulti kejuruteraan menuju ke kompleks perdana siswa untuk penamaan calon.
Mereka akan bertanding untuk merebut 43 kerusi, termasuk dua kerusi siswazah dalam pilihan raya kampus kali ini.
Mereka bergerak kira-kira jam 8.50 pagi, sambil melaungkan 'bangkit mahaiswa', 'hidup mahasiswa' dan 'bantah e voting'.
Pelajar yang menyertai perarakan itu juga membawa dua kain rentang besar yang tertulis "university muted".
Mereka bergerak kira-kira jam 8.50 pagi, sambil melaungkan 'bangkit mahaiswa', 'hidup mahasiswa' dan 'bantah e voting'.
Pelajar yang menyertai perarakan itu juga membawa dua kain rentang besar yang tertulis "university muted".
Selain UM, empat lagi universiti mengadakan penamaan calon masing-masing hari ini, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.-mkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan