salam kepada semua....
Penggerak Mahasiswa ditubuhkan pada 21 Disember 2008 merupakan satu gerakan mahasiswa di Universiti Malaya yang membawa ideologi menegakkan kebajikan mahasiswa tanpa mengira agama,bangsa atau warna kulit.Penggerak Mahasiswa bukan merupakan entiti Politik di Kampus tetapi adalah satu gerakan yang melahirkan pejuang-pejuang kebajikan Mahasiswa secara berterusan untuk membawa Mahasiswa berfikir secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu itu sama ada di dalam atau luar kampus.Penggerak Mahasiswa tidak menjadi Pro atau Penyokong kepada mana-mana pihak sama ada di dalam atau luar Universiti tetapi Penggerak Mahasiswa adalah satu gerakan yang bersifat bebas dan terbuka bagi mahasiswa menilai sendiri segala isu yang berlaku di sekeliling mereka.
4 TERAS UTAMA PERJUANGAN PENGGERAK MAHASISWA:-
1.AGAMA
2. ILMU
3.PERPADUAN
4.KEBAJIKAN
AGAMA:-
Penggerak Mahasiswa menyakini nilai-nilai murni agama perlu ada dalam diri setiap diri mahasiswa tanpa menggugat kepercayaan lain-lain fahaman dan sentiasa menghormati kepelbagaian agama yang berada di Kampus Universiti Malaya.Penggerak Mahasiswa juga meletakkan bahawa Kepercayaan Kepada Tuhan seperti yang termaktub dalam Rukun Negara kita akan terus dipertahankan.
ILMU;-
Nilai-nilai intelektual sentiasa menjadi pegangan dan diterapkan agar mahasiswa mampu berfikir secara kritis dan rasional dalam menilai dan membicarakan sesuatu isu tanpa mengikut kehendak emosi.Sebagai Kampus yang melahirkan ramai tokoh-tokoh Akademik kepada Negara,Penggerak Mahasiswa akan terus mempertahankan nilai-nilai keintelektualan dan ilmu agar terus kekal mekar di Universiti tercinta ini...
PERPADUAN:-
Prinsip perpaduan antara kaum yang telah terbina sejak sekian lama akan terus dipelihara dan tidak di cemari oleh anasir-anasir luar yang hendak mengugat kestabilan kaum dan perpaduan di kalangan Mahasiswa.Universiti Malaya merupakan Universiti yang mempunyai mahasiswa berbilang kaum dan agama,oleh sebab itu Penggerak Mahasiswa sentiasa komited bagi memastikan kesejahteraan dan perpaduan kaum di Kampus Universiti Malaya ini terus dipertahankan...
KEBAJIKAN:-
Kebajikan Mahasiswa akan terus dipertahankan dan sentiasa di perjuangkan oleh Penggerak Mahasiswa melalui cara yang rasional dan diplomasi.Penggerak Mahasiswa sebagai satu gerakan pelajar di Kampus Universiti Malaya ini melahirkan ramai pemimpin-pemimpin Mahasiswa yang sentiasa komited dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan Mahasiswa dan menjadi orang tengah antara Mahasiswa dengan Pihak Pentadbiran Universiti bagi memastikan suara Mahasiswa sentiasa di dengar oleh pihak pentadbiran Universiti .Penggerak Mahasiswa bukan semata-mata melaungkan slogan kebajikan untuk Mahasiswa,tetapi Penggerak Mahasiswa akan memastikan bahawa laungan kebajikan itu benar-benar dapat dipenuhi dan dilaksanakan kepada seluruh Mahasiswa di Kampus Universiti Malaya ini.
PENGGERAK MAHASISWA AKAN SENTIASA BERSAMA-SAMA MAHASISWA MEMASTIKAN NAMA BAIK UNIVERSITI MALAYA AKAN TERUS DIPERTAHANKAN DAN DIPELIHARA SEBAGAI SEBUAH INTITUSI INTELEKTUAL DI NEGARA INI...
PENGGERAK MAHASISWA MAHU MEMASTIKAN ANASIR DAN IDEOLOGI POLITIK LUAR TIDAK DI BAWA MASUK KE DALAM KAMPUS TERCINTA INI DEMI MEMASTIKAN MAHASISWA BEBAS MENILAI DAN MENYATAKAN PANDANGAN DAN PENDAPAT MEREKA MENGENAI POLITIK LUAR....
PENGGERAK MAHASISWA AKAN TERUS MENJAGA NAMA BAIK UNIVERSITI MALAYA DAN MEMASTIKAN UNIVERSITI MALAYA AKAN TERUS MENJADI UNIVERSITI PERDANA DI NEGARA INI DAN UNIVERSITI YANG DIHORMATI DI SELURUH DUNIA...
PENGGERAK MAHASISWA TIDAK MELAHIRKAN AHLI POLITIK......
PENGGERAK MAHASISWA MELAHIRKAN PEJUANG MAHASISWA.....
``DARIPADA MAHASISWA,KEPADA MAHASISWA ,UNTUK MAHASISWA``
Tiada ulasan:
Catat Ulasan