Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 19 Februari 2011

MENJAWAB DAN MEMBETULKAN FAKTA TUDUHAN PRESIDEN PMIUM KEPADA SAYA..




saya pun mengharapkan ahmad syazwan supaya berjuang atas dasar idealisme dan bukan bonekanisme...saya mahu membetulkan fakta yang dikeluarkan oleh saudara selaku presiden pmium....kalau penjelasan fakta ini pun kurang tepat..mahasiswa boleh menilai anda bagaimana...

1.Saya sendiri bertanya kepada saudara sabri jamaluddin benarkah TNC HEP ada memanggil wakil pelajar untuk berjumpa dengan beliau sewaktu belaku rusuhan pada 17 hb lalu...dan beliau menyatakan kepada saya mmg ada TNC HEPA memanggil wakil pelajar untuk berjumpa,setelah berkali-kali pihak pro-Mahasiswa menelefon Prof Dr Rohana untuk bertemu dengan beliau.


2.kenyataan saya memang benar,kerana kenyataan dikeluarkan sendiri oleh jurucakap Pro-Mahasiswa iaitu Sabri Jamaluddin yang menyatakan kepada saya bahawa sememangnya Prof Dr Rohana tidak akan pernah bersetuju dengan permintaan daripada Pro-Mahasiswa dan kerana itulah..Pro-Mahasiswa mahu TNC HEPA turun berjumpa dengan mereka..


3.Saya  mengenali saudara Nazri Yunus dan pernah bertemu dengan beliau ketika saya memegang jawatan ketua pekaderan di Nilam Puri dahulu.Namun saya mahu nyatakan bahawa saya hanya mendapat maklumat kehadiran mereka sewaktu penamaan calon pada 17hb lalu..bukan saya menuduh membuta tuli...Saya juga mengetahui bahawa chegubard mmg Pengerusi SAMM,kerana saya sentiasa mengikuti blog chegubard dan mengikuti perkembangan semasa mengenai Chegubard kerana saya begitu kagum dengan prinsip beliau mempertahankan keadilan dan membawa suara orang muda.Saya tegaskan di sini bahawa saya memang menolak unsur-unsur politik luar yang masuk ke dalam kampus dan biarlah mahasiswa sahaja yang menentukan dan mencorakkan masa depan pilihan raya kampus um pada kali ini..



saya harap saudara syazwan jelas dan faham dengan penjelasan saya ini.Saya juga tidak mahu saudara di anggap sebagai pemimpin boneka dan saya mengharapkan kita bersama-sama membawa kebajikan mahasiswa di UM.Penggerak Mahasiswa lebih suka menggunakan cara diplomasi dan perbincangan dalam membincangkan masalah...

SEMOGA KITA SAMA-SAMA DAPAT MENOLAK PARTI POLITIK LUAR YANG MASUK KE DALAM KAMPUS UM INI....



Berikut merupakan penjelasan daripada Presiden PMIUM yang telah saya jawab dalam artikel di atas...:-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pilihanraya kampus Universiti Malaya sememangnya sentiasa panas dengan suasana kempen dan isu yang timbul. Semuanya ini adalah permainan dan aksi biasa dalam suatu padang demokrasi. Namun malangnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Asri Zulkifli dalam sidang media semalam yang jelas menunjukkan kecetekan fakta dan ketandusan idea beliau dalam pilihanraya kampus kali ini.

Justeru, ada beberapa pembetulan fakta yang perlu dibuat :

1. Tidak ada jemputan lansung dari pihak TNC HEP untuk berjumpa dengan wakil mahasiswa semasa himpunan di gazebo. Hanya saudara Ahmad Syazwan (Presiden PMIUM) yang menerima mesej dari wakil Naib Canselor mengatakan NC telah MENGARAHKAN TNC HEP untuk berjumpa dengan mahasiswa. Namun TNC HEP hanya mahu berjumpa seorang sahaja daripada kami. Jelas bahawa TNC tidak mehu berjumpa dengan mahasiswa.

2. Kami menafikan kenyataan bahawa pihak pentadbiran tidak akan bersetuju dengan apapun yang Pro Mahasiswa bawa.Sebenarnya, hanya TNC HEP sahaja yang lansung tidak boleh menerima pandangan kami, sebaliknya banyak perkara yang Pro-M bawa terus kepada Naib Canselor, diterima. ( contohnya pembatalan bengkel calon dan penukaran Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan, rujuk : http://malaysiakini.com/news/155760

3. Asri mendakwa ada ahli politik yang masuk ke UM pada hari penamaan calon dan mendakwa boleh memecahbelahkan mahasiswa yang ada. Ahli politik tersebut ialah saudara Nazri Yunus ( mantan Presiden PMIUM) dan Cikgu Bad (SMM). Kami menafikan penglibatan dan ternyata Asri tidak mengenali mereka ini. Saudara Nazri merupakan pelajar Master dan memang selalu ada di UM. Cikgu bad bukan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), tetapi Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan tidak ada bukti dikemukan bahawa dia telah masuk kekampus UM pada hari berkenaan.

Pro Mahasiswa kesal dengan kesalahan maklumat dan fakta yang diberikan oleh seorang pemimpin utama Penggerak Mahasiswa. Jika beliau menuduh Pro-m suka 'judge' tanpa usul periksa, saya rasa mahasiswa sudah boleh menilai dia pula bagaimana.

Dalam usaha Pro Mahasiswa tegas membela demokrasi dan keadilan mahasiswa, pihak penggerak hanya memerhati sahaja apa yang berlaku. Golongan mahasiswa tidak boleh akur dan tunduk dengan sistem yang korup, mesti bangkit lawan kezaliman.

Berjuanglah atas idealisme, bukan 'boneka'nisme....

video penuh sidang media tersebut boleh dilihat disini: http://www.malaysiakini.tv/video/21062/um-deputy-vc-meets-pro-m-students.html


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse