Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 6 Februari 2011

IKHWANUL MUSLIMIN SEDIA BERUNDING DEMI KEPENTINGAN RAKYAT MESIR....!!!!!!



salam kepada semua..


GERAKAN ISLAM TERSOHOR DI DUNIA INI IAITU IKHWANUL MUSLIMIN YANG DITAKUTI OLEH YAHUDI ISRAEL DAN AMERIKA MELALUI PENGERUSINYA MENYATAKAN KESEDIAAN UNTUK BERUNDING DENGAN KERAJAAN BAGI MENAMATKAN PERGOLAKAN KONFLIK POLITIK DI NEGARA ITU YANG SEMAKIN BERLARUTAN.....
GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN KINI MERUPAKAN PARTI POLITIK PEMBANGKANG DI MESIR......


IKHWAN MENYAMBUT BAIK DIALOG YANG KONSTRUKTIF BERSAMA KUMPULAN PEMBANGKANG MESIR.....DENGAN MENGHORMATI SEMUA MAZHAB,MENUNTUT KESAMARATAAN SELURUH PIHAK DAN TUNTUTAN MEREKA AKAN DIPATUHI TANPA SYARAT.....


DIFAHAMKAN..BARAT IAITU AMERIKA KINI BOLEH MENERIMA IKHWANUL MUSLIMIN SEBAGAI SALAH SATU PARTI POLITIK DALAM ARUS PERDANA POLITIK DI MESIR....



DIHARAPKAN SUPAYA PERTUBUHAN IKHWANUL MUSLIMIN TIDAK AKAN TERMAKAN DENGAN SEGALA TAKTIK DAN KONSPIRASI DARIPADA BARAT YANG MULA MENGIKTIRAF PERTUBUHAN ITU....



AHLI-AHLI IKHWANUL MUSLIMIN SEHARUSNYA MENGETAHUI PERANCANGAN TERANCANG ISRAEL DAN AMERIKA DALAM MENGGUNAKAN KESEMPATAN YANG BERLAKU DI MESIR SEKARANG UNTUK MELEMAHKAN GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN INI......





Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-




Ikhwanul Muslimin menyatakan kesediaan untuk menyertai perundingan dengan kerajaan dalam usaha menamatkan pergolakan politik negara itu yang berlarutan hampir dua minggu.

Pertubuhan itu melahirkan pendirian itu ketika kepimpinan negara itu, diketuai Naib Presidennya Omar Suleiman, memulakan siri perundingan dengan pelbagai pihak sejak dua hari lalu.

Kumpulan Islam itu memberitahu Reuters, perundingan akan bermula hari ini dan mereka akan menilai sejauh mana kerajaan bersedia untuk “menerima tuntutan rakyat” — yang mahukan perubahan kepimpinan dengan Presiden Hosni Mubarak berundur.

Ikhwanul Muslimin, yang ditubuhkan pada 1928 dan pernah diharamkan oleh kerajaan tetapi memperluaskan pengaruhnya dalam pilihan raya negara itu sehingga mencetuskan kebimbangan rejim Hosni.

Tahun lalu Ikhwan berpendirian, tidak akan menyertai sebarang perundingan dengan rejim, telah mengubah pendiriannya ketika menghadapi krisis kini.

Manakala Hosni Mubarak masih menolak desakan penunjuk perasaan agar beliau berundur sekarang.

Kata Hosni, beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya buat penggal keenam pada pemilihan presiden September ini tetapi penunjuk perasaan mahukan pendirian sebaliknya dengan meninggalkan jawatan itu segera.

“Kami sudah memutuskan untuk menyertai satu pusingan dialog untuk menilai keseriusan pegawai kerajaan ke arah memenuhi permintaan rakyat dan kesediaan mereka memberikan respons kepada tuntutan itu,” kata seorang jurucakap Ikhwanul Muslimin kepada agensi berita Reuters.

Ikhwanul Muslimin yang dilihat paling berpengaruh dan mempunyai struktur lebih tersusun sebagai barisan pembangkang, tetap kekal sebagai pertubuhan yang dilarang secara rasmi dalam arus perdana politik negara itu.

Ia berhadapan dengan tekanan kerajaan pada 1980-an dan terus berusaha untuk menyertai politik arus perdana.

Pada 1984, ia membentuk pakatan dengan parti Wafd dan kemudian berganding dengan parti Buruh dan Liberal tiga tahun kemudian untuk menjadi pembangkang utama.

Pada 2000 Ikhwanul memenangi 17 kerusi Parlimen dan lima tahun kemudian 20 peratus kerusi yang ditawarkan.

Hosni, yang memegang jawatan presiden sejak 1981, mempersalahkan Ikhwanul Muslimin berhubung kebangkitan rakyat yang disaksikan sekarang di mana tunjuk perasaan masuk hari yang ke-13.

Ikhwanul Muslimin pula menafikan dakwaan bahawa ia mahu mewujudkan negara Islam di Mesir.

Pengerusi Ikhwanul Muslimin Dr Mohamed Badie (gambar) telah menyatakan protes yang  bermula pada 25 Januari telah menanamkan rasa kebanggaan yang luar biasa di kalangan rakyat Mesir.

Katanya, dunia menjadi saksi bangkitnya orang Mesir menyuarakan rasa mereka tanpa rasa takut menentang kezaliman rejim diktator selama 30 tahun.

Beliau melalui laman ikhwanweb menyambut dan menyokong dialog yang konstruktif bersama seluruh pembangkang Mesir.

Dengan menghormati semua mazhab, menuntut kesamarataan bahawa kepada semua pihak, ikhwan akan menghormati tanpa syarat tuntutan mereka mestilah dipenuhi.

Beliau menyatakan, sejak penubuhannya, Ikhwan telah bekerja untuk mencapai reformasi menyeluruh di semua bidang pembangunan politik, ekonomi dan sosial dan berusaha untuk mengembalikan kedaulatan rakyat dan hak-hak melalui strategi damai.

Oleh kerana itu, Ikhwan menyambut dialog terbuka dengan syarat bahawa itu adalah benar-benar demi kepentingan terbaik negara dan sesuai dengan kehendak massa.

Difahamkan Barat khususnya Amerika Syarikat juga sudah mula menunjukkan kesediaan menerima Ikhwanul Muslimin dalam arus perdana politik Mesir

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse