salam kepada semua..
“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu” (Surah at Taubah, ayat 128)
Bila menjelang sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda Muhammad al Amin S.A.W kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan. Sungguhpun begitu, mengingati Rasulullah SAW pastinya tidak sekadar khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu itu haruslah dingati setiap waktu. Adalah dianjurkan kepada kita agar sentiasa berselawat keatas Baginda S.A.W sesuai dengan ayat 56 Surah al Ahzaab, “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada nya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.
Penulis Smart Generation mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam di atas muka bumi ini.Semoga diri kita sentiasa mengambil pengajaran daripada segala peristiwa yang telah dilalui oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan dakwah kepada kita sehingga islam ini tersebar ke seluruh pelusuk dunia.Pengorbanan dan perjalanan yang di lalui oleh baginda dalam menjadi utusan Allah harus dijadikan iktibar dan pengajaran.Semoga umat islam akan terus bangkit mendepani segala cabaran dalam era teknologi yang begitu hebat ini untuk terus mempertahankan agama islam ini yang sentiasa cuba di lemahkan oleh musuh-musuh islam.
``MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KEPADA RASULLULAH S.A.W PADA SETIAP HARI KEHIDUPAN KITA SEMOGA KEHIDUPAN KITA TERUS DI RAHMATI DAN MENDAPAT KEREDHAAN DARIPADA ALLAH S.W.T``
Tiada ulasan:
Catat Ulasan