Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 13 Februari 2011

PRO-MAHASISWA JANGAN MALUKAN NAMA BAIK UNIVERSITI MALAYA....!!!!!!!

salam kepada semua...






1.Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya untuk pembentukan kabinet MPMUM akan bermula dengan Proses Penamaan Calon pada 17 Februari 2011 dan Proses pegundian akan dijalankan pada 21 Februari 2011.Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya merupakan medan sebenar bagi seluruh mahasiswa Universiti Malaya bagi memilih pemimpin dikalangan Mahasiswa yang mampu membawa suara dan kebajikan Mahasiswa untuk direalisasikan menggunakan platform MPMUM(Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya).


2.Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya pada tahun ini dihangatkan lagi dengan penggunaan Sistem Pengundian berkomputer dalam setiap Proses pemilihan yang dijalankan iaitu menggunakan sistem (4E).E-penamaan,E-pencalonan,E-bantah dan E-undi.Pada sesi Pilihan Raya Kampus tahun lepas Universiti Malaya buat julung kalinya telah menggunakan sistem E-Voting dalam Proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya ini.Namun,seperti biasa sistem ini mendapat tentangan yang hebat daripada kumpulan Pro-Mahasiswa yang mempertikaikan ketelusan sistem E-Voting ini walaupun pada tahun lepas sistem ini memang telah dibuktikan telus oleh satu Badan Bebas yang telah di bawa oleh Pihak Pro-Mahasiswa sendiri.Kelihatan bantahan terhadap sistem E-Voting tahun ini tidak serancak bantahan yang dilakukan oleh pihak Pro-Mahasiswa pada tahun lepas oleh kumpulan BANTAH.


3.Pilihan Raya Kampus pada kali ini juga mempunyai kelainan apabila syarat wajib untuk menjadi calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kampus adalah wajib hadir dan mendengar Taklimat Kursus Penerangan Perlembagaan dan Sesi Bersama Pengerusi, Lembaga Pengarah Unviersiti (LPU) dan Naib Canselor, Universiti Malaya.Kursus tersebut diadakan bagi menerangkan persiapan dan persediaan yang perlu dilakukan oleh bakal-bakal calon MPP kali ini supaya lebih jelas akan peranan yang seharusnya dimainkan sebagai pemimpin mahasiswa universiti.Kumpulan bakal-bakal calon yang hadir dalam program ini terdiri daripada bakal calon pro mahasiswa(PRO M),bakal calon penggerak mahasiswa(GERAK) dan bebas.


4.Namun yang menjadi pertikaian mengenai Taklimat ini apabila Bengkel Calon yang dijadualkan pada 11-13 Februari sebelum ini ditukarkan kepada sesi Taklimat dan keputusan rasmi mengenai perkara ini hanya diberitahu pada 11 Februari 2011 oleh pihak Pengurusan Universiti.Perkara ini menimbulkan kekesalan oleh Pihak Penggerak Mahasiswa apabila telah bersedia untuk menghantar bakal-bakal calon mereka ke Bengkel ini.Pihak Pengurusan Universiti harus bersikap tegas dengan setiap keputusan yang telah di buat dan memaklumkan kepada seluruh Mahasiswa lebih awal supaya tidak timbul sebarang masalah pada saat-saat akhir.Perkara ini benar-benar menyusahkan mahasiswa yang sudah bersedia sejak awal lagi.Penggerak Mahasiswa walaubagaimanapun tetap akur dengan keputusan pihak pengurusan Universiti ini untuk hanya mewajibkan Taklimat sehari pada 12 Februari bertempat di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya.Semua bakal-bakal calon Penggerak Mahasiswa telah menghadiri Taklimat sehari ini.


5.Sebelum bermulannya Pilihan Raya Kampus ini nama baik Universiti Malaya telah di cemarkan oleh pihak Pro-Mahasiswa apabila timbul kekecohan apabila pihak Pro-Mahasiswa mengadakan sidang media di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya yang mahu membantah sistem 4E yang bakal dilaksanakan pada Pilahan Raya Kampus pada kali ini.Sidang Media di Perkarangan Gazebo Kompleks Perdanasiswa kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.Kumpulan pelajar berkenaan bagaimanapun cuba meneruskan sidang media dalam keadaan bising.Selain itu insiden yang lebih teruk berlaku apabila kumpulan ini tidak menghiraukan arahan daripada Ketua Pengarah Keselamatan untuk menghentikan sidang Media tersebut.Perkara ini menyebabkan berlaku pegelutan antara kumpulan Pro-Mahasiswa dengan Pegawai Keselamatan Universiti Malaya.Insiden mengenai perkara ini telah dilaporkan dalam Portal Malaysiakini dan Media internet yang Pro-Pembangkang dan menyebabkan Nama baik Universiti Malaya terus tercemar akibat perbuatan daripada pihak Pro-Mahasiswa.Boleh lihat sini..http://www.malaysiakini.com/news/155789



6.Saya menyeru buat semua rakan-rakan tidak kira daripada Kumpulan Pro-Mahasiswa atau Penggerak Mahasiswa untuk memastikan Kampus ini bebas daripada pengaruh Politik Luar dan tidak ada sebarang insiden dan Provokasi daripada kedua-dua belah pihak untuk memastikan Kampus Universiti Malaya ini terus kekal dihormati oleh Masyarakat dan Negara.Pastikan nama baik Universiti Malaya terus dipertahankan sabagai satu Intitusi Intelektual dan melahirkan ramai tokoh-tokoh Akademik kepada Negara.Dalam Pidato yang telah saya sampaikan kepada semua bakal-bakal Calon daripada Kumpulan Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa saya menyeru kepada semua Bakal Calon untuk terus mempertahankan Kabinat MPMUM sebagai satu Kabinet untuk seluruh Mahasiswa Universiti Malaya.Tidak perlu diwujudkan Kabinet MPMUM Pro-Mahasiswa atau Penggerak Mahasiswa tetapi Kabinat MPMUM ini adalah milik seluruh Mahasiswa secara bersama.Pastikan kebajikan Mahasiswa Universiti Malaya terus terbela dan suara Mahasiswa dapat didengari oleh Pihak Pentadbiran Universiti Malaya.


``SELAMAT BERJUANG KEPADA SELURUH BAKAL-BAKAL CALON PADA PILIHAN RAYA KAMPUS PADA TAHUN 2011 INI...!!!!!!!``






3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAAN PERPADUAN..BINA REALPOLITIK SENDIRI..JADIKAN UM PERINTIS..tengok pe nak jadi??setujukah anda??

Tanpa Nama berkata...

harimau mengaum..harimau malaya mengembek..

Tanpa Nama berkata...

saudara pandai bercakap.. tp jgn kita memandang sebelah mata... saudara lhat keslahan 1 pihk.. tp saudara sembunyikan kesalahan pihak 1 lagi... saudara, manusia ni memang hipokrit.. kalau salah orang kita nmpk... saudara kita boleh tipu mata orang yang celik tapi buta.. bukan buta tapi cekit... 1 jari telunjuk menunding pada seseorang tapi kita harus igt 4 lagijari adalah ke arah kita.. jgn sesekali menunding jari kepada orang.. kerana ia akan mencerminkan siapa kita yang sebenar nye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut