Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 22 Februari 2011

TAHNIAH PRO-MAHASISWA UM :TUGAS BERAT MENANTI ANDA,TUNAIKAN SEGALA HASRAT DAN HARAPAN MAHASISWA



salam kepada semua...



Saya mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya kerana telah berjaya memenangi Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya.Kami daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa menerima kekalahan ini secara terbuka dan berlapang dada kerana ini merupakan takdir dan ketentuan oleh yang Maha Berkuasa kepada kami walaupun kami telah mencurahkan keringat dan pengorbanan kami ke landasan ini.Sekarang Pro-Mahasiswa telah berada di tampuk kerajaan di Universiti,Laksanakanlah dan penuhilah segala janji-janji dan manifesto anda semua untuk seluruh mahasiswa.Saya mengharapkan semoga Pro-Mahasiswa dapat membawa perubahan dan pembaharuan kepada Universiti Malaya terutama dalam memastikan kebajikan mahasiswa di Universiti Malaya terus terpelihara dan terbela.



Harapan seluruh Mahasiswa adalah untuk memastikan Kampus Universiti Malaya ini akan terus kekal sebagai yang Perdana di Negara ini dan mahu menjadi antara yang terbaik di dunia.Pro-Mahasiswa harus menggunakan segala peluang yang ada ini untuk terus berkhidmat kepada seluruh mahasiswa tanpa mengira perbezaan ideologi.Saya mengharapkan kerajaan Pro-Mahasiswa UM dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam Kabinet MPMUM seperti yang telah dijanjikan.



Berikut merupakan berita rasmi mengenai kemenangan Pro-Mahasiswa :-


Pilihan Raya MPP: Pro-Mahasiswa Rampas UM


PETALING JAYA: Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) menang besar pada pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) sesi 2010/2011 selepas menumpaskan seteru utama, Penggerak Mahasiswa UM yang diadakan pada Isnin.

UM merupakan institusi pengajian tinggi awam yang sentiasa menjadi perhatian setiap kali pilihan raya kampus diadakan.

Dengan memenangi 23 kerusi fakulti dan membolot semua sembilan kerusi umum yang dipertandingkan telah menjadikan kumpulan Penggerak Mahasiswa UM hilang penguasaan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi ini di kampus berkenaan.

Sebanyak 41 kerusi dipertandingkan dengan 32 fakulti dan sembilan umum pada pilihan raya kali ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Naib Canselor UM, Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor kira-kira pukul 5 petang tadi.

Jurucakap Pro-M, Mohd Sabri Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, kemenangan itu adalah diluar jangkaan dan berharap akan ada perubahan dari segi senario politik kampus selepas ini.

Dalam pada itu juga, beliau memberitahu, calon pilihan raya Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu lalu turut menang pada pemilihan di peringkat fakulti universiti itu.
Baru-baru ini kecoh apabila Pro-M bertindak kasar dengan menyerbu dan memecah masuk ke Kompleks Perdanasiswa untuk berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor UM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr Rohana Yusof selepas tiga daripadanya adalah wakil Promahasiswa tidak dibenarkan bertanding pada peringkat awal dan membantah penggunaan sistem e-undi pada pilihan raya pada tahun ini.

Kekecohan itu berlanjutan apabila calon Pro-M, Masturah seorang pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam dilaporkan hilang pada petang Sabtu ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu.

 Malaysiakini:-

Selepas kemenangan calon-calon Pro-Mahasiswa diumumkan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Ghauth Jasmon, kira-kira 200 penyokong kumpulan itu berhimpun di luar Dewan Semarak Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) untuk meraikan kemenangan mereka.

Kumpulan pro-M itu berhimpun sambil mengucapkan syukur kepada Allah yang disifatkan memberi "kemenangan kepada pihak yang benar dan mengalahkan pihak yang batil".

Ia di ketuai oleh seorang aktivis kumpulan itu Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini.

Ucapan beliau kemudiannya diselangi dengan takbir.

Dalam pilihan raya kali ini, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Ia terdiri daripada sembilan kerusi umum dan 14 kerusi fakulti.

Manakala Penggerak Mahasiswa menang 16 kerusi fakulti dan bebas menang dua kerusi.

Selepas itu Pengerusi Pro-M Farid Jalpah mengarahkan agar penyokong pro-M bergerak mengiringi calon ke Dewan Tunku Canselor (DTC) untuk meraikan kemenangan.

Walaupun tewas, kumpulan lawan mereka Penggerak Mahasiswa (dahulu dikenali Pro-Aspirasi) dilihat menunjukkan kematangannya dengan menenangkan kira-kira 100 penyokongnya yang turut berkumpul.

Pengerusi PENGGERAK, Mohd Asri Zulkifli berucap meminta penyokongnya menerima kekalahan tersebut dan terus berusaha dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga mengingatkan agar calon PENGGERAK yang menang dapat memberi kerjasama dalam kabinet yang akan dibentuk kelak oleh pasukan pro-M.

Ucapan beliau itu diselangi dengan ucapan "Hidup Mahasiswa" dan " Hidup Gerak" beberapa kali.

Sementera itu, kira-kira 100 penyokong Penggerak Mahasiswa yang turut berada di luar perkarangan itu.







Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse