Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 6 Februari 2011

PRESIDEN MESIR HOSNI MUBARAK PALING KAYA MENGALAHKAN MANUSIA TERKAYA DI DUNIA..!!!!!!

salam kepada semua..





WAH..WAH..WAH..WAH.......
SEMAKIN BANYAK KEBENARAN DI DEDAHKAN APABILA KRISIS MESIR INI BERLAKU....


PRESIDEN MESIR..HOSNI MUBARAK MERUPAKAN MANUSIA PALING KAYA DI DUNIA...?????


MEMPUNYAI KEKAYAAN LEBIH RM 213 BILION LEBIH KAYA DARIPADA MANUSIA TERKAYA DI DUNIA...????



HASIL PEMERINTAHAN SELAMA 30 TAHUN.....BOLEH MENGUMPUL DUIT SEBANYAK INI...?????




RAKYAT MESIR HIDUP MERANA DALAM KEADAAN EKONOMI MESIR YANG TIDAK MENENTU.....



TETAPI PEMIMPIN MEREKA HIDUP BERMEWAHAN DAN MERUPAKAN MANUSIA YANG TERKAYA DI DUNIA.....!!!!!!!




MEMANG PATUT HOSNI MUBARAK INI DI SUNGKURKAN DARIPADA TAKHTA KERAJAAN.....!!!!!!!


RAKYAT MESIR HARUS BIJAK.....JANGAN PERCAYA DENGAN JANJI AMERIKA DAN ISRAEL UNTUK MEMBANTU RAKYAT MESIR...!!!!!!

RAKYAT MESIR HARUS BANGUN MELAWAN SENDIRI.....!!!!!...DEMI MEMPERTAHANKAN NEGARA ISLAM MESIR...!!!!!!!



SEMOGA ALLAH MEMBANTU UMAT ISLAM DI MESIR DAN DIJAUHKAN DARIPADA KONSPIRASI ISRAEL DAN AMERIKA...!!!!!!!!!




SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.


KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.
Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.
Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.
Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.
Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.
Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.


Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.
Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.
Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.
ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.


Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).
Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).
Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.
"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.
Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.
Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

5 ulasan:

delarocha berkata...

kaya

zeefahdhom berkata...

bakpe la tokey blog ni suke tulis semua huruf besar?? heran aku... pastu boh tanda !!!!!!!! banyak2, isk2..

Tanpa Nama berkata...

kecoh lah lu asri.
kalau ko ada telor,ko tulis pasal kerajaan malaysia plak la

Tanpa Nama berkata...

ko tulis la dulu dlm blog ko.
tgk telor ko dlm uncang tu ada 1 ke 2 atau x de lgsung. hahah ada hati nk suro orang. ko yg kecoh lebih sebenarnye..

pgembara berkata...

asri.. syria sekarang pon bergolak jugak kebangkitan rakyatnya.. tlg tulis blog pasal sryia pulak. media kerajaan syria kini cuba tutup isu ni. dilaporkan beribu2 org mati angkara diktator pemerintah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut