Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 6 Februari 2011

TERMINAL GAS DARI MESIR KE ISRAEL DILETUPKAN....!!!!!!..ISRAEL SEMAKIN TAKUT...!!!!!!!!



salam kepada semua....


AMARAN BUAT ISRAEL OLEH RAKYAT MESIR......!!!!!!!!
TERMINAL GAS YANG MENYALURKAN GAS KE ISRAEL DARI MESIR TELAH DILETUPKAN BERDEKATAN SEMENANJUNG GAZA.....



LETUPAN INI MENJEJASKAN BEKALAN GAS DI ISRAEL DAN MESIR.....
ISRAEL SEMEMANGNYA RISAU DAN BIMBANG DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT MESIR.....!!!!!!



RAKYAT MESIR BUKAN SAJA BENCI KEPADA HOSNI MUBARAK..TETAPI JUGA BENCI KEPADA ISRAEL......!!!!!!!!



ISRAEL MEMANG TAKUT APABILA SELURUH UMAT ISLAM BERSATU MENENTANGNYA..KERANA ISRAEL TAHU BAHAWA KEKUATAN ORANG ISLAM APABILA BERSATU MAMPU MENEWASKAN MEREKA....!!!!!




Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-


enyerang yang tidak dikenali meletupkan terminal yang menyalurkan gas dari Mesir ke Israel berdekatan Semenanjung Gaza, semalam berikutan bantahan terhadap rejim Presiden Hosni Mubarak berterusan.

Penyerang meletupkan terminal dan saluran paip di Sheikh Zuwayed, kawasan Sinai, 10 kilometer dari Semenanjung Gaza, kata pegawai.

Letupan kuat di terminal gas utara Semenanjung Senai di Mesir menyebabkan kebakaran yang apinya boleh dilihat sejauh puluhan kilometer, kata pegawai dan saksi.

Bekalan gas dilaporkan terjejas di Israel serta Mesir selepas serangan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran dapat dikawal selepas gas ditutup serta berlaku ketika protes anti Mubarak masuk hari ke-12 .

Gabenor wilayah itu, Abdel Wahab Mabrouk, berkata pihaknya mengesyaki ia disabotaj tetapi tiada maklumat lanjut.

Semenanjung Sinai yang menjadi kediaman bagi puak Badwi sudah lama menjadi kawasan pertelingkahan antara penduduk dan pasukan keselamatan. Ia terletak di sempadan Semenanjung Gaza dan Israel di bawah kuasa pemerintahan Hamas.

Letupan itu berlaku awal semalam di kawasan yang hanya terletak beberapa meter dari lapangan terbang tempatan.

Mabrouk memberitahu stesen televisyen berita Nile bahawa kebakaran itu berjaya dikawal pagi semalam selepas beberapa injap gas ditutup. Saluran paip gas itu menyalurkan gas dari Pelabuhan Said Mesir ke Laut Mediteranian ke Israel, Syria dan Jordan.

Tiada laporan rasmi mengesahkan punca letupan. Radio Israel yang memetik pegawai terminal sebagai berkata kejadian berpunca daripada letupan kecil daripada alat yang ditanam dan diletupkan.

Kebakaran itu dapat dilihat dari bumbung rumah di sempadan Gaza-Mesir, kira-kira 70 kilometer jauh. Api menjulang ke udara tetapi tiada asap dan ia padam pada pertengahan pagi, kata penduduk.

Saluran paip gas itu pernah diserang puak Badwi sebagai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Mesir yang didakwa mengabai dan mengamalkan diskriminasi terhadap puak itu.

Israel bergantung kepada saluran paip itu untuk menyalurkan gas bagi kegunaan tenaga dan sudah membelanjakan bilion dolar untuk menyalurkan gas ke negara itu.

“Buat masa ini, bekalan gas ke Israel dihentikan mengikut senario kecemasan,” kata jurucakap Kementerian Prasarana Israel, Chen Ben Lulu.

Mesir mempunyai simpanan gas asli sebanyak 1.7 trilion meter padu dan yang ke 18 terbesar di dunia.

Mesir mula membekalkan gas asli kepada Israel pada Februari 2008 menerusi perjanjian yang mana negara itu menjual gas asli kepada jirannya sebanyak 1.7 bilion meter padu setahun selama 15 tahun.

Perjanjian itu mendapat bantahan banyak pihak di Mesir dan ia dikatakan dijual dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran selain membantah bekalan tenaga ke Israel.

“Perjanjian (menjual gas) adalah untuk merendahkan maruah rakyat Mesir dan perbuatan khianat,” kata bekas diplomat Ibrahim Yousri.

Yousri mengetuai cabaran menentang perjanjian itu di Mahkamah Tinggi bagi menghentikan penjualan gas Mesir ke Israel. Walaupun Mahkamah Tinggi memihak kepadanya pada Februari 2010, tetapi keputusan itu tidak diendahkan kerajaan. – AP/AFP






















1 ulasan:

suaramajlis berkata...

kekuatan itu tuhan beri bila umat bersatu. tahniah. sudah lama dilink http://http://suaramajlis.blogspot.com

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse