Negeri Selangor terus mencatatkan prestasi membanggakan apabila
berjaya merekodkan pelaburan tertinggi dalam tempoh enam bulan pertama
tahun ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM5.2 bilion.
Dalam tempoh ini, Selangor menerima pelaburan asing sebanyak RM3.1 bilion dan pelaburan tempatan sebanyak RM2.1 bilion.
Sebanyak 135 projek telah diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini dan membuka 9,847 peluang pekerjaan. Jumlah projek ini yang diluluskan ini jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.
Daripada 135 projek ini, 89 adalah pelaburan baharu manakala 46 adalah mengembangkan pelaburan sedia ada.
Mengulas perkembangan positif ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jumlah ini menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi pelabur asing dan tempatan terhadap kerajaan negeri.
“Kerajaan Selangor bekerja keras untuk menyakinkan pelabur dan kita amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan ini.
“Selangor mencatatkan pelaburan tempatan dan asing yang seimbang dengan mencatatkan 135 projek berbanding negeri-negeri lain yang merekodkan antara 2 hingga 93 projek sahaja,” kata Menteri Besar.
Mengikut pecahan sektor, industri pembuatan elekronik mencatatkan pelaburan tertinggi dengan RM1.3 bilion daripada 18 projek yang diluluskan membabitkan RM110 juta pelaburan tempatan dan RM1,149 bilion pelaburan asing.
Jepun menjadi pelabur terbesar di Selangor dengan 13 projek membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM1.136 bilion, diikuti Korea Selatan sebanyak RM652 juta ( tiga projek) dan Singapura dengan RM510 juta (8 projek).
Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan:
Catat Ulasan