Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 9 September 2011

NAJIB RAZAK PERLU PASTIKAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI NEGARA INI TIDAK TERUS MEMBEBANKAN RAKYAT..!


salam kepada semua...

PENULIS SMART GENERATION SANGAT TIDAK BERSETUJU DENGAN TINDAKAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI  UNTUK MENGENAKAN CUKAI PERKHIDMATAN SEBANYAK 6.0 % KEPADA RAKYAT...TINDAKAN INI BENAR-BENAR MENAMBAH BEBAN RAKYAT DENGAN KOS HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI DAN MENINGKAT..!!!!
PENULIS SMART GENERATION MEMOHON DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK UNTUK BERSIKAP TEGAS MENGENAI PERKARA INI UNTUK MEMASTIKAN SUPAYA SYARIKAT TELEKOMUNIKASI DI NEGARA INI UNTUK MENGENAKAN KOS CUKAI PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT SEBANYAK 6 %...


APA YANG PASTI KERAJAAN HARUS BERSIKAP TEGAS KEPADA SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG SEMEMANGNYA AKAN MENGAUT KEUNTUNGAN BERLIPAT KALI GANDA SETIAP TAHUN...PERKARA INI BENAR-BENAR MENIMBULKAN PERASAAN MARAH RAKYAT DAN MEMBERIKAN SATU BEBANAN YANG BERAT KEPADA RAKYAT...


PENULIS SMART GENERATION YAKIN,JIKA KERAJAAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA SYARIKAT TELEKOMONIKASI INI,CAS PERKHIDMATAN TIDAK AKAN DIKENAKAN KEPADA RAKYAT....


SEMOGA KERAJAAN MALAYSIA DI BAWAH KEPIMPINAN DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK AKAN MEMBERIKAN BERITA GEMBIRA KEPADA RAKYAT UNTUK TIDAK MEMBENARKAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI NEGARA INI DARIPADA MENGENAKAN SEBARANG BENTUK CAS PERKHIDMATAN...




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan 6.0 peratus ke atas produk tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di ibunegara ari ini.

Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

Perdana Menteri, yang juga menteri kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sementara itu, Maybank melancarkan logo baru yang menampilkan ikon Harimau Malaya dengan lebih jelas selari dengan matlamat Maybank yang mahu berkembang sebagai syarikat perbankan bertaraf global.

- Bernama

3 ulasan:

sYafIk-wAy berkata...

hurmm....

ima berkata...

tak setuju jugak. apa rasional nya nak naikkan cukai sedangkan semua orang pun pakai hp skrg. bukan 1 tapi dua. ada yg mampu sampai pakai tiga. tak logik langsung kalau syarikat telekomunikasi kata tak untung banyak dan nak mempertingkatkan lagi perkhidmatan.
yang mampu tak jadi masalah, tp yg kurang mampu mcm mana?bukan kita semua nie orang kaya dan pakai hp canggih2.
tak pun mungkin syarikat telekomunikasi nk bg keuntungan kat TM pulak dan bg parents boleh control anak2 diorang menggunakan telefon rumah kembali?

sekadar pendapat luahan rasa. :) tq encik asri. hehe

sesegar berkata...

Lol.
macamana kalau semua ni sebenarnya kerajaan yang suruh?
aku kerja Telco ni,aku malas je nak banyak bunyi,cuma aku nak inform kau,kalau tak tahu secara mendalam jangan pandai2.PEACE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut