Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 18 September 2011

MANSUHKAN AUKU SETELAH ISA:MALAYSIA PASTI JADI NEGARA DEMOKRASI TERBAIK DUNIA

Salam kepada semua...






PENULIS SMART GENERATION MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK KERANA TELAH MEMANSUHKAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)...
APA YANG DILAKUKAN OLEH DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK ADALAH SATU TINDAKAN BERANI YANG MANA MEMBERIKAN KEJUTAN TERUTAMA KEPADA PARTI POLITIK PEMBANGKANG...

APA YAN PASTI,SIKAP DATUK SERI NAJIB YANG SENTIASA MENDENGAR SUARA RAKYAT DAN MERASAI DENYUT NADI RAKYAT ADALAH SESUATU YANG AKAN MEMASTIKAN DATUK SERI NAJIB TERUS KEKAL UNTUK MEMENANGI PILIHAN RAYA UMUM NANTI...

PENULIS SMART GENERATION MEMOHON JASA BAIK KEPADA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK UNTUK TURUT MEMANSUHKAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) YANG MANA MENYEKAT KEBEBASAN BERSUARA MAHASISWA....


APA YANG PASTI,JIKA AUKU TURUT DIMANSUHKAN,TIDAK MUSTAHIL MALAYSIA AKAN MENJADI NEGARA DEMOKRASI TERBAIK DUNIA...





Pemansuhan ISA Jadikan Malaysia Negara Demokrasi Terbaik Dunia 
 
PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.

Najib berkata, langkah tersebut dilihat dapat dilaksanakan kerana kejayaan pembangunan negara, sikap rakyat yang semakin matang serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap hak asasi manusia.
"Ini bukan desakan mana-mana pihak tetapi jasa dan budi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah diperjuangkan selama ini," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini, Ahad.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kira-kira 50,000 orang hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Najib berkata, cadangan berkenaan adalah sebagai satu transformasi politik negara dalam perihal menjaga hak asasi manusia.

"Sudah sampai masa kita melangkah satu lagi ke hadapan membawa negara (ke tahap) begitu tinggi bukan sahaja dari segi ekonomi serta pendidikan tetapi pegangan prinsip demokrasi kita nak letak antara terbaik di dunia," katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN akan meneruskan pembelaan dalam semua aspek bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Kita negara moden dan progresif, kita tak lupa mereka yang menyokong kita, di luar bandar dan bandar yang perlu diberi perhatian apa yang dikehendaki rakyat, tekanan dan masalah kehidupan kita akan teruskan (pembelaan)," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata keunikan negara Malaysia perlulah dijaga dan dipupuk dengan rasa muhibah selaras dengan pembangunan negara.

Katanya, dengan itu rakyat dapat menyambut pelbagai perayaan dalam suasana harmoni tanpa rasa bimbang dan takut. - BERNAMA

1 ulasan:

pengembara berkata...

mansuhkan supaya KALAU BN KALAH JADI PEMBANGKANG, NNT KERAJAAN PAKATAN RAKYAT XBOLEH LA NAK SUMBAT ORG2 UMNO KE DLM KEM KEMUNTING KALO ORG2 UMNO PULAK BUAT BERSIH 3.0 KE REFORMASI KE RUSUHAN KE DEMONTRASI KE

*xley bayangkan najib gi demo, agak2nye rosmah ikut x skali ber-demo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut