Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 18 September 2011

ADAKAH SINGAPURA AKAN MEMANSUHKAN AKTA ISA ?


salam kepada semua...

ADAKAH SINGAPURA AKAN MENGIKUT LANGKAH MALAYSIA UNTUK MEMANSUHKAN AKTA ISA..?
ADAKAH SINGAPURA MENERIMA TEKANAN DARIPADA RAKYATNYA UNTUK MENGHAPUSKAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI..?

SINGAPURA MERUPAKAN JIRAN PALING DEKAT MALAYSIA YANG MUNGKIN AKAN TURUT SERTA UNTUK MEMANSUHKAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI...



Singapura kini dalam keadaan tertekan untuk melonggarkan kekangan politik selepas rakan terdekatnya mengumumkan langkah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan melonggarkan undang-undang lain.

Kumpulan hak asasi dan pembangkang Singapura berkata repuplik itu perlu mengikut peredaran masa dengan memansuhkan akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan dikritik sebagai alat menyekat perbezaan pendapat, lapor AFP.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan langkah mengejutkan minggu lalu mengumumkan kerajaan akan memansuhkan ISA dan melonggarkan undang-undang yang dirasakan mengekang kebebasan awam, termasuk berkaitan hak berhimpun dan lesen tahunan akhbar.

Tetapi Singapura menegaskan bahawa ISA - yang digunakan terhadap golongan kiri dan pelampau Islam beberapa tahun terakhir - kekal relevan dan undang-undang media sedia ada perlu untuk mengekalkan perpaduan masyarakat.

Bekas anggota parlimen Parti Sosialis Chia Thye Poh menempa rekod sebagai tahanan ISA terlama di republik itu.

Beliau ditahan selama 23 tahun daripada 1966 hingga 1989, diikuti sembilan tahun tahanan rumah.

Sehingga sekarang, sebarang protes di luar kawasan yang ditetapkan masih perlu mendaftar dengan pihak berkuasa dan memerlukan permit polis.

Najib berkata selepas pemansuhan ISA, Malaysia akan memperkenal undang-undang baru yang mengekalkan kuasa penahanan pencegahan tetapi untuk tempoh lebih pendek dan tertakluk kepada lebih pengawasan mahkamah.

"Sekiranya Malaysia membukanya (kebebasan), saya rasa mereka bergerak ke depan.

"Ini juga masanya untuk Singapuran bergerak ke arah itu," kata Sinapan Samydorai, pengarah Hal Ehwal Asia Tenggara di Think Centre - NGO hak-hak sivil.-MK

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse