Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 13 September 2011

PAKATAN RAKYAT MAHU PILIHAN RAYA DITETAPKAN BERSAMA


salam kepada semua...

Pakatan Rakyat mahu terlibat sama menentukan tarikh pilihan raya umum bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas.

Ini antara lima prasyarat yang dibentangkan dan mereka mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan berhubung perkara itu sebelum mereka memutuskan menyertai PSC.

pakatan pc ge date salahuddin ayub nurul izzah anwar anthony locke 130911"Kerajaan memberi jaminan tentang pembubaran parlimen dengan kata sepakat BN dan Pakatan, seperti mana yang diamalkan di UK antara parti Konservatif dan parti Liberal Demokrat.

"Apa salah ia menjadi satu amalan, supaya nampak iltizam untuk reformasi pilihan raya," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (atas, berjaket).

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pakatan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini, bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Najib tidak perlu gopoh membubarkan parlimen sebelum membuat pembaharuan sistem pilihan raya.

Katanya, kerajaan juga masih mempunyai masa sehingga 8 Mac 2013 untuk membolehkan PSC mengkaji cadangan pembaharuan itu.

"Kalau (Datuk Seri) Najib ikhlas benar-benar mahukan reformasi pilihan raya, masih ada masa, tak perlu tergopoh gapah untuk bubar parlimen.

"Jawatankuasa khas parlimen diberi masa enam bulan, dengan menugaskan (mereka) memberi pandangan dan kerajaan (boleh) memenuhi cadangan mereka. Kita punyai masa," katanya.

Nurul Izzah mahu menteri berhubung terus
Salahuddin berkata, Pakatan akan "menimbangkan untuk memberikan sokongan" berhubung perkara itu sekiranya cadangan jawatankuasa itu melibatkan pindaan perlembagaan.

"Mesti ada jaminan serius daripada Najib sebelum 3 Oktober (tarikh parlimen bersidang)," katanya.

Jaminan yang yang dminta mereka juga mengenai lapan tuntutan BERSIH 2.0 supaya perkara dalam bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaksanakan segera.

Menurutnya jawatankuasa khas itu perlu diberi ruang waktu dengan selesa untuk membincangkan reformasi sistem pilihan raya.

"(Hendaklah) memasukkan agenda isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebagai satu terma rujukan jawatankuasa itu.

"Dan kelima, cadangan jawatankuasa itu hendaklah ditunaikan oleh kerajaan. Bukan satu jawatankuasa, memberi cadangan, kemudian tak tahu cadangan itu (pergi) ke mana," katanya.

"Kita tidak mahu, masuk atau sertai (jawatankuasa itu) dengan tidak ada satu pun jaminan yang melambangkan seriusnya kerajaan untuk mereformasikan khususnya pada pilihan raya akan datang," katanya.

Ditanya sama ada Pakatan akan memboikot sekiranya salah satu jaminan itu tidak ditunaikan, Salahuddin berkata beliau "tidak mahu bercakap tentang boikot".

"Kita bercakap tentang jiwa besar kita... Kita tunggu jawapan daripada perdana menteri.

"Jadi jangan rosakkan suasana harmoni dengan andaian tidak baik kepada PM. Kita bersangka baik dengan PM," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya akan menghantar surat kepada Najib dalam beberapa hari lagi supaya jaminan tersebut menjadi asas kepada jawatankuasa berkenaan.

Nurul Izzah pula berkata, mereka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berhubung terus dengan mereka bagi "melanjutkan kerjasama" berhubung perkara itu.

Ini kerana, tambahahnya, perkara itu sebelum ini hanya dapat diikuti melalui laporan media.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse