Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 23 September 2011

BARISAN NASIONAL TERUSKAN PERUBAHAN,PAKATAN RAKYAT TABUR JANJI KOSONG


Salam kepada semua...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin hanya BN yang mampu menjalankan perubahan, manakala Pakatan Rakyat hanya boleh menabur janji untuk berbuat demikian.

Katanya, BN telah berada di "kelok hadapan" dalam menjalankan reformasi - seperti yang boleh dilihat dalam pengumumannya sebelum ini.

NONEBeliau menyifatkan pengumumannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga Ordinan Darurat sebagai bukti bahawa BN mampu membawa perubahan tersebut.

"Tapi reformasi mereka nampaknya tak sampai ke mana. Banyak janji yang tak ditunaikan dan tak kurang juga pembohongan (yang dibuat).

"Kita ingat juga 16 September 2008, siapa buat pembohongan paling besar, (kononnya) akan tubuh kerajaan dan kuasai Putrajaya," kata Najib lagi ketika berucap di satu majlis di Kuala Selangor malam tadi.

Beliau turut menempelak PKR dengan mengaitkan reformasi yang diuar-uarkan parti itu dengan kekecohan "baling kerusi" yang berlaku ketika pemilihan langsung dijalankan dalam parti berkenaan.

"Parti apakah ini? Belum dapat kuasa dah banyak konflik dalaman secara berterusan?" tegasnya di majlis makan malam anjuran Kelab ADUN BN Malaysia malam tadi.
PAS pula tidak konsisten dan terpaksa menurut kemahuan DAP hingga "sekejap-sekejap kata negara Islam, sekejap pula negara kebajikan, sekejap lagi mahu hudud," katanya yang menyeru rakyat supaya tidak memperjudikan nasib mereka.

BN sebaliknya, kata Najib, akan dapat meraih sokongan yang lebih bulat daripada rakyat sekiranya wakil rakyatnya dapat mengubah sikap untuk mendampingi masyarakat.

Katanya, pendekatan yang digunakan dalam permukiman wakil rakyat BN di Kuala Selangor - dengan menginap di rumah penduduk setempat - akan memberi persepsi baru ke atas parti tersebut.

"(Ini menunjukkan) kita pemimpin yang berjiwa rakyat, sanggup merendah diri, bukan letakkan kita lebih tinggi tapi setaraf rakyat.

bn kuala selangor retreat 220911 najib on stage"Sebab rakyat ingin lihat perlakuan kita sebagai pemimpin mereka, ingin nilai akal budi kita, sama ada kita berhemah dan sanggup merendah diri dengan perasaan tawadduk," katanya.

Tambahnya, wakil rakyat BN - seramai 170 orang yang mendaftar untuk program kawasan anak angkat itu - perlu mengambil peluang untuk meninjau masalah di kawasan dikuasai PAS itu.

Najib mengambil contoh, kawasan ladang swasta di kawasan berkenaan yang tidak mempunyai bekalan air bersih.

"Saya tak fikir perkara ini wajar dikekalkan. Kalau ada orang yang tak ada air bersih, BN mesti bantu.

"Bila orang tengok macam itu, kot-kot negeri yang telah kita pinjamkan kepada Pakatan Rakyat ini kita akan dapat ambil balik," kata Najib.

Beliau yang juga pengerusi BN Selangor berkata, wakil rakyat berkenaan perlu bekerja keras "seperti orang yang hendak menang" di negeri itu.

Namun, beliau tidak mahu memberi nasihat yang lebih panjang kerana "tuan-tuan (wakil rakyat) dah banyak pengalaman".

Tambahnya, rakyat akan meluat sekiranya pemimpin berkenaan tidak memenuhi janji yang ditaburkan.

"Ada banyak wakil rakyat yang banyak buat janji, tak lama riwayatnya sebagai wakil rakyat.

"Kalau ada di rumah, jangan sorok kereta di belakang rumah (supaya kelihatan seperti tiada di rumah," tambahnya.

Tegasnya lagi, pemimpin berkenaan perlu insaf bahawa BN merupakan pembangkang di Selangor.

Malah BN terpaksa menjalankan program makan malam anjuran Kelab ADUN BN Malaysia itu di perkarangan sebuah pasaraya besar di Kuala Selangor.

"Nasib pembangkang begitulah. Bila dah rasa pahit getir jadi pembangkang, sepatutnya kita tingkatkan usaha.

"Kena ingat bahawa kita pembangkang di Selangor dan di empat negeri lain. Tapi kita masih ada masa buat perubahan," katanya di program yang dihadiri sekurang-kurangnya 5,000 orang itu.

Turut hadir di program berkenaan ialah menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Zambry Kadir serta ketua pembangkang Selangor Datuk Satim Diman.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse