BAJET 2012 PERLU DEKAT KEPADA RAKYAT....
BAJET 2012 PERLU DIBERIKAN LEBIH PERHATIAN KEPADA RAKYAT...
TARAF HIDUP YANG SEMAKIN MENINGKAT SABAN HARI,DITAMBAH DENGAN KOS SARA HIDUP DAN HARGA BARANGAN YANG MAKIN TINGGI....
KERAJAAN PERLU MENGAMBIL KIRA SEMUA HAK DAN KEPENTINGAN RAKYAT JIKA MAHU TERUS KEKAL MEMERINTAH DAN MENJADI PILIHAN RAKYAT...
PENULIS SMART GENERATION YAKIN DAN PERCAYA BAHAWA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK TIDAK SESEKALI AKAN MENGECEWAKAN RAKYAT DALAM BAJET 2012 NANTI...
KAEDAH DAN PENDEKATAN NAJIB UNTUK LEBIH RAPAT DENGAN RAKYAT ADALAH SESUATU YANG HARUS DI PUJI.....RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...
Penasihat EKonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan
Belanjawan Negara yang bakal dibentang bulan depan perlu mencakupi
perihal yang memberi kesan besar kepada rakyat seperti perumahan awam
dan harga barang.
Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga
Menteri Kewangan seharusnya memberi perhatian terhadap rakyat dan bukan
hanya menumpukan kantung kroni.
Menurut beliau, kegagalan mengawal ekonomi negara sejak lebih sedekat
lamanya sehingga mengakibatkan berbilion ringgit wang negara dibazirkan
menyebabkan negara kurang daya kompetetif di peringkat antarabangsa.
“Kita dah masuk tahun ke 14 defisit, kawalan kewangan tidak
bertanggungjawab. Tiada perubahan besar dalam menentang korupsi. Yang
kaya mendapat faedah besar menerusi IPP dan penswastaan. Mereka mesti
ambil perhatian isu inflasi, isu gaji golongan berpendapatan rendah dan
perumahan awam di golongan menengah dan rendah,” kata beliau kepada para
wartawan di rumah terbuka aidilfitri Parti Keadilan Rakyat di sini hari
ini.
Sebelum ini, laporan Ketua Audit Negara tahun 2008 menyatakan
ketirisan sebanyak RM28 billion setahun mendatangkan kejutan kepada
rakyat dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Pemimpin Pakatan Rakyat menganggap ketirisan sebanyak RM 28 billion
setahun adalah bencana yang tidak mungkin dapat diatasi kerana ketirisan
itu berlaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utama negara yang
sudah menjadi budaya tegar mereka.
Hasil pemerhatian tersebut, Pakatan memperkenalkan Buku Jingga yang
menggariskan keutamaan dalam perbelanjaan negara dan menutup segala
ketirisan dalam sistem kewangan negara.
Teori yang sama dipraktikkan di Selangor dan Pulau Pinang dan buktinya kedua-dua negeri itu mempunyai lebihan pendapatan.
Malah menurut Anwar, beliau tidak yakin janji Najib bahawa belanjawan
yang akan dibentangkan pada 7 Oktober depan adalah inklusif, menumpukan
rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.
Ujarnya, Najib sudah melaungkan perkara sama demi mendapatkan
populariti sejak memegang kementerian itu tiga tahun lalu namun masih
tiada apa yang berubah. Beliau memberi contoh pemansuhan ISA sebagai
bukti kenyataan beliau.
“Seperti ISA, tiada apa yang berlaku? Apa idea di sebalik pengumuman
pemansuhan itu? untuk membebaskan masyarakat dan menghormati demokrasi.
Ini masih tak berubah,”katanya.