Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 5 Julai 2011

YDP AGONG BERJIWA RAKYAT:HAK RAKYAT UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN TIDAK DINAFIKAN



salam kepada semua...


Penulis Smart Generation merasakan bahawa rakyat Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai Yang dipertuan Agong yang berjiwa rakyat.Kini persengketaan politik antara rakyat dan parti Politik mengenai perhimpunan pada 9 Julai nanti memperlihatkan jalan penyelesaian selepas Wakil daripada pihak Bersih 2.0 mengadap YDP AGONG sejurus titah rasmi YDP AGONG mengenai perhimpunan 9 Julai lalu  dikeluarkan.Wakil Bersih 2.0 bersetuju untuk mengadakan Perhimpunan Bersih 2.0 itu di dalam Stadium pada 9 julai lalu.Apa yang pasti campur tangan YDP AGONG dalam isu ini memperlihatkan kebijakan Pemimpin Tertinggi dalam negara ini menyelesaikan isu politik di kalangan rakyat.Sememangnya rakyat Malaysia menjunjung kasih kepada YDP AGONG kerana tidak menafikan hak rakyat di Negara ini...Semoga Negara ini terus aman dan makmur daripada sebarang bentuk provokasi dan ancaman.....



Berikut adalah berita mengenai perkara ini :-

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

NONEBagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga (kanan), Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.

NONEMenurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Sekarang, kami akan bekerjasama dengan kerajaan berhubung perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini," katanya sambil menambah pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai stadium untuk berkumpul.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk kompromi, Ambiga menjawab:

"Ya. Dalam keadaan ini, kami berpendapat, (cara) ini jalan terbaik untuk meneruskan (perhimpunan ini). Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan (perhimpunan) di stadium".

Pertemuan cukup baik
Menurut Ambiga pertemuan Tuanku Mizan berlangsung dengan suasana yang cukup baik dan pihaknya bersyukur dengan pertemuan tersebut.

NONESebelum itu, ketiga-tiga pemimpin itu dibenarkan mengadap Yang di-Pertuan Agong jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

so bersih buat kt stadium, yg lain (patriot; pekida; dan sbgainye) xyah lah nk turun depan stadium.. kang ptempuran blaku..

so settle; ini care terbaik;
-peniaga bley bniaga
-org yg nk turun kl bole g kl
-polis bole cuti
-FRU xperlu nk tangkap blasah org lg..

cukuplah bersih 1.0 dah beri pgajaran.. (ade org yg tcedera, ramai tertangkap, effect ekonomi)

Setuju dgn YDP agong, agong xbias.. dia bg bersih demo tapi kt stadium.. Daulat Tuanku!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut