Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 2 Julai 2011

BERSIH 2.0 ADALAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA..BUKAN UNTUK PAKATAN RAKYAT ATAUPUN KERAJAAN BARISAN NASIONAL..!!







salam kepada semua....


9 JULAI 2011 BAKAL MENCATATKAN SEKALI LAGI SEJARAH BARU BUAT RAKYAT MALAYSIA YANG MANA GELOMBANG KUNING AKAN MEMENUHI IBU NEGARA PADA TARIKH KERAMAT INI...APA YANG PASTI..MENDAPAT PERMIT ATAU TIDAK..RAKYAT TETAP AKAN TURUN KE JALAN RAYA UNTUK BERDEMONTRASI...
SEBAGAI GOLONGAN MUDA,PENULIS SMART GENERATION MELIHAT BAHAWA PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 INI MEMPUNYAI MATLAMAT DAN TUJUAN YANG BAIK IAITU UNTUK MENUNTUT PILIHAN RAYA BERSIH DAN ADIL....SEMEMANGNYA PERJALANAN PILIHAN RAYA DI NEGARA INI TIDAK SERATUS PERATUS BAIK DAN BERSIH NAMUN.SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) MASIH TIDAK DAPAT MEMBUKTIKAN KEPADA RAKYAT MENGENDALIKAN PILIHAN RAYA DI NEGARA INI DENGAN BERSIH DAN ADIL...MASIH TERDAPAT PERTALIAN DAN TERIKAT DENGAN KERAJAAN PEMERINTAH...BILAKAH SPR (SURUHAN JAYA PILIHAN RAYA) INI AKAN DITERIMA SEBAGAI SATU BADAN YANG BERINTEGRITI DAN BERKECUALI DALAM URUSAN PILIHAN RAYA DI NEGARA INI..?

BAGI PENULIS SMART GENERATION TIDAK KIRA KERAJAAN BARISAN NASIONAL ATAUPUN PAKATAN RAKYAT..APABILA MEMEGANG TAMPUK KERAJAAN SUDAH PASTI RUANG DAN PELUANG UNTUK PARTI LAWAN AKAN DISEMPITKAN DAN DIHALANG...APAKAH DENGAN CARA MENJALANKAN DEMONTRASI JALANAN MENUNTUT PILIHAN RAYA BERSIH DAN ADIL INI BENAR-BENAR DAPAT MENJAMIN KETELUSAN SPR SELEPAS ITU ATAUPUN ADA AGENDA BESAR YANG TERSEMBUNYI DALAM MENUNTUT PILIHAN RAYA  BERSIH DAN ADIL INI..?


PARTI PEMBANGKANG DILIHAT BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMASTIKAN DEMONTRASI BERSIH PADA 9 JULAI INI AKAN BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA DENGAN PENYERTAAN PULUHAN RIBU RAKYAT MALAYSIA MENYERTAI MEREKA DALAM PERHIMPUNAN INI MANAKALA KERAJAAN DI LIHAT MAHU MEMASTIKAN PERHIMPUNAN PADA 9 JULAI INI TIDAK AKAN TERJADI DAN DI BATALKAN DENGAN MENANGKAP SIAPA SAHAJA YANG MENGANJURKAN DAN MEMPROMOSIKAN PERHIMPUNAN BERSIH PADA 9 JULAI INI....
BERSIH 2.0 INI SEHARUSNYA BERJALAN DENGAN AMAN DAN TENTERAM SEBAGAI TANDA PERMINTAAN RAKYAT MAHUKAN PILIHAN RAYA BERSIH DAN ADIL..NAMUN,DISEBABKAN AGENDA TERSEMBUNYI PARTI POLITIK TIDAK KIRA KERAJAAN ATAUPUN PEMBANGKAN..RAKYAT YANG MENGIKUTI PERHIMPUNAN BERSIH INI AKAN MENJADI MANGSA..KERANA PERGOLAKAN POLITIK ANTARA KERAJAAN DAN PEMBANGKANG..RAKYAT YANG AKAN MENJADI PERISAINYA...RAKYAT YANG AKAN DISERANG DAN DITANGKAP OLEH POLIS....


DEMONTRASI INI MUNGKIN PADA AWALNYA AKAN BERJALAN DENGAN AMAN..NAMUN DALAM JUMLAH YANG BEGITU BESAR DAN RAMAI..BERMACAM PERKARA LAGI BOLEH BERLAKU....PERLU DINGAT BAHAWA YANG AKAN MENYERTAI PERHIMPUNAN INI NIATNYA BERBEZA....MUNGKIN ADA SESETENGAH PIHAK AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENCETUSKAN DAN MENIMBULKAN HURU HARA...PIHAK POLIS JUGA SUDAH TENTU MEMPUNYAI TUGAS YANG BERAT..UNTUK MEMASTIKAN PERHIMPUNAN INI DALAM KEADAAN TERKAWAL DAN KESELAMATAN RAKYAT TERJAMIN....

APA AKAN BERLAKU JIKA RAKYAT BERGADUH SESAMA SENDIRI DALAM PERHIMPUNAN INI..?..BERGADUH KERANA APA?...KERANA BERLAINAN IDEOLOGI POLITIK...INILAH PERKARA YANG MUNGKIN TERJADI APABILA PELBAGAI PIHAK YANG BERLAINAN IDEOLOGI MAHU TURUN PADA 9 JULAI I INI DI BANDARAYA...APAKAH JAMINAN KESELAMATAN UNTUK RAKYAT..JIKA POLIS SENDIRI TIDAK MAMPU MENGAWAL KEADAAN KETIKA DEMONTRASI INI BERLAKU...?...


MEMANG RAKYAT ADA HAK UNTUK MENUNTUT KEBEBASAN DALAM NEGARA DEMOKRASI..TETAPI ,MALANGNYA PARTI POLITIK MENGGUNAKAN RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA...MEMANG RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN DAN RAKYAT MAHUKAN KERAJAAN YANG BERSIH DAN ADIL..BIAR SELURUH RAKYAT YANG TENTUKAN SIAPA KERAJAAN YANG HARUS MEMERINTAH...BIAR RAKYAT YANG MENUNTUT PILIHAN RAYA DIJALANKAN SECARA BERSIH DAN TELUS...!


KERAJAAN BARISAN NASIONAL MAHUPUN PAKATAN RAKYAT...DITENTUKAN PILIHANNYA DI TANGAN RAKYAT...BUKAN DITANGAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH..RAKYAT ADA HAK UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN DAN MENUNTUT KEADILAN DI NEGARA INI...TETAPI JANGAN JADIKAN RAKYAT SEBAGAI PERISAI ATAUPUN MANGSA DALAM PERHIMPUANA BERSIH 2.0 INI YANG HANYA AKAN MEMBERI KEUNTUNGAN PADA PIHAK TERTENTU DAN PARTI POLITIK TERTENTU...


SUDAH TENTU BERITA YANG AKAN MUNCUL SELEPAS PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 INI..SAMA ADA PARTI KERAJAAN ATAUPUN PEMBANGKANG KEDUA-DUANYA AKAN MENERIMA KESAN SELEPAS PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 INI...




BIARKAN RAKYAT YANG MENENTUKAN KERAJAAN YANG MEREKA MAHUKAN..!!!

TIDAK KIRA BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT..NASIB ANDA DITENTUKAN OLEH RAKYAT..!!!!
SEBAB ITU..SURUHANJAYA PILIHAN RAYA PERLU BERSIH,ADIL,TELUS DAN BERINTEGRITI KERANA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA INI MEMBAWA AMANAH PULUHAN JUTA RAKYAT MALAYSIA DI NEGARA INI UNTUK MENENTUKAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH....!!!!!!!!




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju!
tak rasanya tak perlu smpai buat perhimpunan!

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan berpihak kerajaan or pembangkang. Ni salah satu agenda dan tektik orang tertentu dgn kepentingan peribadi n politik. ta perlu saya panjang lebarkan. Perhimpunan nanti mesti kecoh dan mcm2 benda buruk akan belaku. Benda mcm ni yang org luar nak tgk. menunjukkn kelemahan dlm negara kita. Orang luar akan ambik kesempatan n maslah ekonomi akn timbul. Berpk la dgn rasional.. org cakap perhimpunan ni ntuk rakyat, alasan je tu. Ini beragendakan politik.. akan menyusahkan rakyat sendiri.. Yang paling sedih kita rakyat malaysia/melayu terlalu taksub dgn politik.. dengan alasan perjuangan islam atau melayu, boleh jadi separuh gila sebabkan politik. wallahualam

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse