salam kepada semua...
BERSIH...BERSIH....BERSIH.....BERSIH.....
MENJELANG 9 JULAI 2011....SEMAKIN BANYAK ADEGAN YANG BERLAKU..SEMAKIN BANYAK SANDIWARA DAN PERMAINAN..OLEH PELBAGAI PIHAK...PELBAGAI SPEKULASI DIKELUARKAN.....
TINDAKAN KERAJAAN YANG TERLALU MENYEKAT KEPADA PERGERAKAN BERSIH 2.0 AKAN MEMBERIKAN AKIBAT BURUK PADA KERAJAAN SENDIRI....
POLIS SUDAH MENYIAPKAN SELURUH ANGGOTANYA UNTUK BERSIAP SEDIA MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN DALAM PERHIMPUNAN 9 JULAI NANTI...
POLIS JUGA SUDAH MEMBERIKAN PELBAGAI AMARAN KEPADA ORANG AWAM UNTUK MENJAUHI PERHIMPUNAN INI...SENARAI 91 NAMA INDIVIDU YANG DILARANG BERADA DI KUALA LUMPUR JUGA TELAH DIKELUARKAN OLEH PIHAK POLIS...
APA YANG PASTI..PIHAK BERKUASA SUDAH MENGELUARKAN PELBAGAI ANCAMAN KEPADA RAKYAT YANG MAHU MENGIKUTI PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 INI...ADAKAH DEMI KESELAMATAN RAKYAT..ATAU KESELAMATAN PIMPINAN NEGARA...????
TANDA-TANDA AWAL MENUNJUKKAN BAHAWA PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 INI MUNGKIN AKAN DIHUJANI DENGAN PELBAGAI LAGI ANCAMAN DAN UGUTAN....
PIHAK POLIS....MAHU PASTIKAN KESELAMATAN RAKYAT....PASTIKAN RAKYAT DAPAT BERHIMPUN SECARA AMAN....JANGAN LAKUKAN SEBARANG PROVOKASI ...DEMI MEMASTIKAN KEAMANAN NEGARA INI TERUS TERPELIHARA..DEMI ANAK CUCU DI MASA DEPAN....
JANGAN MUSNAHKAN HARAPAN PULUHAN JUTA RAKYAT MALAYSIA YANG MAHUKAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN DI NEGARA INI ...!!!!!
Berikut adalah rentetan berita mengenai Bersih 2.0 :-
"Saya juga mengesyor agak perhimpunan di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. (Ia) boleh menggangu lalu-lintas, peniaga dan orang ramai awam yang tidak teribat (dengan perhimpunan itu).
"Saya mengesyorkan Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor telah buat tawaran,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.
Namun katanya, Ambiga adalah “degil” dan menolak tawarannya itu.
"Malaysia luas, mengapa pilih tempat di tengah bandar dan menggangu orang lain?
"Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalkan mesej anda dapat disampaikan.
"Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.
"Kamu nak sampaikan mesej, katakan (wak) duduk di stadium di Pahang, tidak boleh sampai mesej ke?" katanya.
Menurut Ismail, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.
Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.
Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.
Perkara itu disampaikan oleh Ambiga kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan mereka di ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini.
Hadir bersama pada mesyuarat selama sejam itu adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0
Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan itu, Ambiga berkata usaha BERSIH 2.0 itu membuktikan gabungan 62 NGO itu sanggup bekerjasama dengan polis bagi memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar dan aman.Sebelum pertemuan itu, Wong, berkata mereka membuat permohonan rasmi kepada pihak polis untuk mengadakan pertemuan tersebut.
Katanya, mereka akan memaklumkan kepada pihak secara polis rasmi mengenai perhimpunan BERSIH yang diadakan Sabtu ini.
Polis sebentar tadi menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini menjelang perhimpunan Sabtu ini.
Sesiapa yang menyebarkan khabar angin itu akan ditangkap dan didakwa, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
"Jangan buat andaian sendiri. Siapa yang sebarkan khabar angin ini? Ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khbar angin untuk memburukkan pihak berkuasa dan polis.
"Kami akan bertindak ke atas mereka dan membawa mereka ke mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini.
Ditanya sama ada polis ada mengehadkan pergerakan lalulintas ke ibu negara pada Sabtu ini, Ismail berkata polis akan mengawal trafik.
"Kawalan lalu lintas adalah tanggungjawab polis. Kami mesti mengelakkan kejadian yang tak diingini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan