Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 27 Julai 2011

APA SELEPAS 9 JULAI...?..WACANA TERBUKA UNTUK RAKYAT


salam kepada semua..:-

PENULIS SMART GENERATION MELIHAT WACANA SEPERTI INI ADALAH SALAH SATU LANGKAH BIJAK YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MEMATANGKAN RAKYAT MEMAHAMI PERJALANAN DEMOKRASI DI NEGARA INI..
SEHARUSNYA,SEBELUM RAKYAT TURUN KE JALAN RAYA ,WACANA SEPERTI INI MERUPAKAN SALAH SATU JALAN PENYELESAIAN UNTUK MEMBETULKAN APA YANG SALAH DAN MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT...


RAKYAT MAHU MELIHAT SPR SEBAGAI BADAN YANG BEBAS DAN BADAN YANG BERINTEGRITI YANG MANA TIDAK PERLU ADA SEBARANG PERTIKAIAN DAN BANTAHAN YANG PERLU RAKYAT BUAT KE ATAS BADAN BEBAS INI..NAMUN,HAKIKAT YANG BERLAKU MASIH RAMAI PENGUNDI HANTU DI KESAN DAN MASIH BANYAK KETIRISAN YANG BERLAKU DALAM PELAKSANAAN PILIHAN RAYA INI...




SURUHANJAYA PILIHAN RAYA HARUS BEBAS DARI MANA-MANA KONGKONGAN POLITIK DAN BERTINDAK ATAS KUASA RAKYAT UNTUK MEMILIH KERAJAAN MEREKA....


Berikut adalah laporan mengenai wacana tersebut..:-


Wacana bagi membincangkan tuntutan BERSIH 2.0 serta perhimpunan 9 Julai kecoh apabila penonton mengambil peluang membuat bising ketika Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberikan penjelasan.

Namun, ada di antara 600 orang hadirin yang bertempik kegembiraan serta bertepuk tangan apabila pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap dalam majlis berkenaan.

NONELebih-lebih lagi apabila S Ambiga (kiri) mencabar Wan Ahmad secara terbuka untuk menyatakan cadangan pindaan yang telah dikemukakannya kepada pejabat peguam negara bagi memperbaiki undang-undang pilihan raya.

"Dedahkan pindaan itu, kita akan sokong SPR, apakah pindaan itu?" soal Ambiga yang disambut tepukan gamat daripada hadirin.

Wan Ahmad kemudiannya menjelaskan, situasi demokrasi di negara ini tidak boleh dilihat sama seperti demokrasi di negara Barat.

"Kita ada peraturan, kita ada rahsia rasmi. Ada perkara yang tak boleh SPR dedahkan.

"Bila kita kata tak boleh, kena fahamlah," katanya lagi yang turut menggesa BERSIH supaya bekerjasama dengan kerajaan bagi membolehkan undang-undang tersebut dipinda.

"Bukannya kita berpihak dengan pihak mana-mana," katanya lagi yang disambut dengan laungan "boo".

SPR: Dasar ikut kehendak kerajaan
Wan Ahmad yang tidak gembira dengan layanan yang diberikan oleh hadirin ke atasnya turut mengambil peluang untuk 'menyekolahkan' hadirin tentang adab dalam menghadiri program ilmu seperti itu.

NONE"Sebab itulah saya kata, anda hanya mahu percaya apa dalam fikiran anda," katanya lagi.

Wan Ahmad (kanan) turut menjelaskan bahawa dasar yang hendak ditetapkan itu masih perlu mengikut kehendak sesuatu kerajaan pada masa itu.

"Jika kerajaan rasa umur layak mengundi ialah 21 tahun dan bukan 18 tahun, tidak kiralah sebanyak mana cadangan dibuat, ia tidak akan (diterima," katanya lagi.

Jawapannya itu mengundang soalan daripada moderator, Wan Saiful Wan Jan yang bertanya sekiranya masalahnya bukan pada SPR tetapi di peringkat kerajaan.

Wan Ahmad bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan berkenaan dan berkata reformasi pilihan raya perlu dijalankan secara bersama.

"Anda tidak boleh lihat SPR sebagai musuh jika mahu reformasi," katanya lagi.

Jawatankuasa cadang pindaan
Dalam pada itu, Ambiga turut menjelaskan bahawa BERSIH telah menjemput kerajaan untuk menyertai gagasan itu bagi mencapai tujuannya.

NONE"Kerajaan memilih untuk tidak sertai tapi pembangkang sertai dan kita hargai," katanya lagi ketika menjawab satu soalan berhubung dakwaan BERSIH didukung Pakatan Rakyat.

Bercakap dalam majlis yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf itu, Ambiga berkata BERSIH turut disokong oleh rakyat biasa, "tetapi mengapa mereka melayan BERSIH seolah-olah mereka bukan rakyat Malaysia?"

Ambiga seterusnya mencabar Wan Ahmad supaya menubuhkan satu jawatankuasa untuk mencadangkan pindaan berkenaan.

NONEAmbiga berkata, SPR berhak berbuat demikian mengikut kuasa yang diperuntuk ke atasnya.

Suasana turut gamat sehingga beberapa minit lamanya apabila seorang lelaki bertanya sekiranya Ambiga akan meneruskan "perhimpunan haram."

Soalan itu juga disahut dengan pekikan "boo" oleh sebahagian besar para hadirin berkenaan.

Ambiga bagaimanapun tetap menjawab soalan berkenaan dengan menyatakan bahawa hak untuk berhimpun itu dinyatakan dalam perlembagaan.

Penganjur nafi tekanan politik
Namun wujud juga undang-undang lain yang digubal di parlimen bagi mengehadkan hak berkenaan.

"Masalahnya, polis tidak mengehadkannya tapi menariknya terus. Anda tidak boleh mengehadkan sesuatu hak itu hingga ia menjadi ilusi," katanya lagi.

NONETambahnya, BERSIH juga telah bekerjasama dengan polis dengan meminta pasukan itu menamakan jalan yang boleh dilalui oleh peserta demonstrasi.

Wacana berkenaan yang berlarutan sehingga lebih dua jam kemudiannya dihentikan apabila hadirin terus bertindak memperlekehkan Wan Ahmad ketika timbalan pengerusi SPR itu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ke atasnya.

Ini termasuk soalan yang diadakan seorang lelaki berhubung "bukti" bahawa seorang anggota tentera didapati mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan awam dan tentera.

"Saya suruhanjaya, kami bincang tentang dasar tapi tuan bawa kerani punya isu," katanya lagi yang disambut dengan lebih banyak lagi laungan.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Datuk Husamuddin Yaacob berkata program berkenaan terpaksa ditamatkan bagi menghormati waktu solat Asar.

"Kalau tengok di Karangkraf, kita memang kalau setiap waktu azan, seluruh bangunan ini akan dengar azan.

"Walaupun kita bisnes biasa, tapi kita patuhi budaya Islam," katanya yang menafikan wujud tekanan politik sehingga program berkenaan terpaksa ditamatkan.

"Malah, polis beri kerjasama dan timbalan menteri pun datang jadi saya fikir tak ada tekanan daripada mana-mana pihak," katanya lagi.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse