Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 27 Julai 2011

PILIHAN RAYA UMUM 13:PARTI POLITIK ATAU RAKYAT YANG HARUS BERSEDIA..?




Salam kepada semua..


Paluan gendang Pilihan Raya Umum ke-13 bakal berkumandang dalam masa yang terdekat.Namun,tarikh dan masa yang masih menjadi tanda tanya kepada rakyat.Bagi pihak Parti pemerintah sudah pasti mahu mengumumkan Pilihan Raya Umum apabila mereka benar-benar yakin dan bersedia untuk menghadapi Parti pembangkang.Apa yang pasti sekarang ini,tekanan dan situasi politik dalam negara masih lagi menjadi isu hangat dalam negara ini.Sembang-sembang dan berita mengenai politik di negara ini tidak pernah sunyi sejak Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu di mana Pakatan Rakyat iaitu gabungan parti-parti pembangkang berjaya menafikan 2/3 penguasaan Barisan Nasional di Parlimen dan juga kejayaan mereka merampas beberapa buah negeri  yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional.

Perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan baru-baru ini oleh Badan bukan Kerajaan (NGO) yang mendapat sokongan penuh daripada parti-parti pembangkang merupakan persiapan awal menandakan bahawa Pilihan Raya Umum semakin hampir.Walaupun pelbagai laporan dan berita yang dilaporkan mengenai apa yang telah berlaku dalam perhimpunan ini sama ada pro atau kontra,apa yang pasti Perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah signal yang jelas daripada rakyat Malaysia bahawa Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) harus segera bertindak menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku serta segala ketidakpuashatian rakyat Malaysia.

Barisan Nasional sudah tentu tidak mahu penguasaan mereka dalam Kerajaan Malaysia selama berpuluh tahun sejak Merdeka akan dirampas oleh Pakatan Rakyat.Rakyat Malaysia sudah tentu mempunyai pelbagai pandangan dan andaian jika Kerajaan Barisan Nasional tidak dapat mengekalkan penguasaan mereka dalam Parti Kerajaan.Bagi golongan yang anti-kerajaan sejak sekian lama pasti melihat bahawa kejatuhan kerajaan Barisan Nasional adalah kejayaan besar mereka untuk memastikan Kerajaan Barisan Nasional tumbang dalam Pilihan Raya umum nanti.Berbeza juga dengan rakyat yang melihat dan beranggapan bahawa hanya Barisan Nasional satu-satunya Parti yang mampu mengekalkan keamanan dan memerintah di Negara ini.Kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional adalah pertanda buruk bagi masa depan Negara.Perkara ini menunjukkan kepada kita bahawa rakyat mempunyai pelbagai pandangan dan andaian mengenai perkara ini.

Pakatan Rakyat juga akan menggunakan segala kekuatan jentera mereka untuk memastikan harapan mereka untuk menguasai Putrayajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti akan menjadi kenyataan.Segala isu-isu berkenaan ketirisan dan rasuah dalam kerajaan Barisan Nasional juga digunakan sebagai senjata utama mereka untuk meraih sokongan rakyat.Pelbagai isu terutama mengenai skandal-skandal besar dalam kerajaan akan diolah dan diadun dengan sebaik mungkin bagi memastikan kebencian rakyat kepada kerajaan yang memerintah.Segala isu yang di bawa dan berlaku dalam negara ini akan sentiasa di Politikkan.Strategi yang digunakan oleh Pakatan rakyat untuk  menyerang kerajaan daripada pelbagai sudut merupakan senjata utama mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pelbagai spekulasi dan andaian yang di buat oleh setiap penganalisa Politik dan juga ahli akademik mengenai situasi dan gambaran politik di negara ini.Sama ada menyokong kerajaan atau pembangkang apa yang pasti rakyat adalah penentu yang terakhir.Rakyat sendiri akan menilai segala yang berlaku mengenai situasi politik yang berlaku.Semuanya terserah pada rakyat,Sama ada maklumat yang sampai kepada rakyat itu benar atau tidak..terserah kepada rakyat untuk menilai semuanya.

Persoalannya..ADAKAH RAKYAT MALAYSIA SUDAH MATANG UNTUK MEMILIH KERAJAAN MEREKA SENDIRI..???????


Penulis adalah Mohd Asri Bin Zulkifli
Bekas Mahasiswa Universiti Malaya

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi there would you mind sharing ωhich blog platform yоu're using? I'm looking to ѕtart my
οwn blog soon but ӏ'm having a difficult time choosing between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your layout seems different then most blogs and I'm looking for something unique.
Р.S Sorry for being off-topіc but I had to asκ!


my webpage garden centers

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse