Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 29 Julai 2011

TRANSFORMASI BARISAN NASIONAL PERLU SEGERA DILAKUKAN DEMI KEMENANGAN PILIHAN RAYA UMUM 13



salam kepada semua..


Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai Parti Barisan Nasional akan berhadapan dengan satu tekanan yang hebat  dalam sejarah negara ini,bukan sahaja daripada parti pembangkang,malahan rakyat Malaysia yang semakin sedar dan insaf mengenai hak dan kebajikan mereka yang sepatutnya kerajaan laksanakan.

Rakyat Malaysia kini walaupun tidak boleh dikatakan 100% berubah mentaliti mereka,tetapi rakyat kini sedar setelah melalui zaman yang sukar sejak kita mencapai kemerdekaan.Dalam tempoh 53 tahun kita mengecapi kemerdekaan ini,kita tidak lagi berada dalam kedudukan yang begitu selesa.Taraf ekonomi yang semakin meningkat,Pendidikan yang semakin mencabar,peluang pekerjaan yang semakin menyempit dan juga pertambahan kapasiti setiap isi rumah memerlukan kerajaan sedia ada untuk memastikan rakyat tidak terus hanyut dan enggelam dalam era teknologi dan globalisasi yang semakin mencabar.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu sedar dan faham mengenai situasi yang sedang menimpa rakyat Malaysia.Walaupun peranan media massa yang sentiasa melaporkan ekonomi negara yang bertambah baik dan semakin meningkat untuk memastikan rakyat tidak terlalu panik dan gabra untuk berhadapan dengan krisis ekonomi menyebabkan rakyat sentiasa merasa selesa sedangkan hakikat sebenarnya yang berlaku adalah sebaliknya.

Walaupun negara ini pernah berhadapan dengan situasi krisis ekonomi yang teruk pada tahun 1998 ,Namun kesannya masih di rasai pada hari ini.Apabila berlakunya krisis ekonomi ini ,peluang pekerjaan semakin meruncing dan banyak syarikat-syarikat dalam negara terpaksa di tutup dan muflis.Sehingga sekarang ini ,krisis ekonomi tahun 1998 tidak dapa dipulihkan sepenuhnya malahan masih di rasai sehingga kini.

Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak harus mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada kerajaan.Kepimpinan dalam Barisan Nasional harus membersihkan kembali parti ini yang di cemari dengan pengkhianat dan durjana yang merosakkan kepercayaan rakyat kepada mereka.Krisis Rasuah yang berlaku secara keseluruhan mencecah ratusan bilion ringgit bukanlah sesuatu yang kecil,Malahan jumlah ini boleh digunakan untuk membentuk sebuah negara baru.Apa yang pasti selagi jerung dan syaitan yang bertopengkan manusia ini masih lagi dilindungi di bawah naungan Parti Barisan Nasional dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu parti ini semakin dekat dengan gerbang kehancuran.

Transformasi segera perlu dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membersihkan Nama parti Barisan Nasional yang sudah di calit dengan tahi yang kotor oleh ahli parti yang mempunyai kepentingan kuasa dan harta.Menggunakan hak dan harta rakyat sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah.Apa yang pasti,pembersihan dan pemutihan segera perlu dilakukan bagi memastikan Kerajaan Barisan Nasional akan terus kekal selepas Pilihan Raya Umum ke -13.

Kempimpinan Barisan Nasional jangan memandang remeh dengan setiap perkara dan hal yang cuba disuarakan oleh rakyat,kerana rakyat Malaysia sekarang ini tidak lagi seperti berpuluh tahun yang lampau yang hanya menjadi pak turut kepada pemerintah dan pak angguk dengan setiap perkara yang dilakukan oleh pemerintah.Mentaliti rakyat kini sudah berubah dengan ruang globalisasi yang semakin membesar.Setiap perkara yang dilakukan oleh kerajaan sama ada terang atau sembunyi sudah tentu akan diketahui oleh rakyat.
Seharusnya Kerajaan Barisan Nasional tidak terlalu yakin dengan kepercayaan rakyat kepada mereka sekarang ini,kecuali melakukan transformasi besar-besaran di dalam Parti ini sendiri bagi memastikan rakyat yakin dengan perubahan yang akan dilakukan oleh kerajaan.Barisan Nasional merupakan sebuah parti yang mendapat mandat dan keyakinan rakyat sejak daripada kemerdekaan kerana jasa dan sumbangan mereka selama ini dalam usaha membangunkan negara ini setaraf dengan negara-negara maju yang lain.Walaupun begitu,kita masih bersyukur kerana dalam tempoh 50 tahun kita merdeka,tetapi negara ini telah diiktiraf semakin negara yang membangun sedangkan masih ada negara yang mencapai kemerdekaan lebih 100 tahun tetapi masih berada dalam krisis kemiskinan yang melampau.

Penulis pasti bahawa Barisan Nasional masih lagi mendapat tempat di hati rakyat,Namun Barisan Nasional harus lebih terbuka menerima kritikan daripada rakyat untuk kebaikan parti ini di masa-masa mendatang.Apa yang pasti,Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir.Rakyat yang akan menghakimi kerajaan mereka dalam negara demokrasi ini.Kerajaan Barisan Nasional tidak boleh lagi menarik undi dengan habuan pembangunan semata-mata,tetapi haruslah memberikan keyakinan perubahan secara besar-besaran.Masih ada sinar dan peluang untuk parti keramat ini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia .Namun seperti kata pepatah,``Kerana nila setitik rosak susu sebelanga`` itulah membuatkan Parti ini semakin jauh daripada jiwa rakyat kerana pelbagai skandal dan kontroversi yang melanda pemimpin mereka.Barisan Nasional harus melakukan transformasi secara menyeluruh demi  rakyat.

penulis:Mohd Asri Bin Zulkifli

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Τhese are truly enoгmouѕ iԁeаѕ іn гegarding blοgging.
Yоu havе tοuched somе nice pоіnts
heгe. Any way keер up wrіnting.


My ωeblоg; garden centers for sale

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse