Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 24 Julai 2011

SULTAN KUTIP SAMPAH SEBAGAI CONTOH KEPADA RAKYAT



salam kepada semua....


Penulis Smart Generation mengkagumi sikap dan sifat yang ditunjukkan oleh Sultan Kelantan dalam mendidik rakyatnya....

Pemimpin yang menunjukkan contoh dan teladan yang baik bersama rakyat..bukan sahaja bertitah untuk rakyat sentiasa menjaga kebersihan..tetapi juga turut serta bersama-sama rakyat untuk memastikan kebersihan terus terpelihara...

Inilah raja berjiwa rakyat yang sentiasa dekat di hati rakyat...Semoga semua pimpinan negara turut sama menunjukkan contoh teladan yang baik seperti ini ...


``DAULAT TUANKU``

TUMPAT - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran. Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini.

Majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi diadakan di situ kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong. "Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir. Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse