salam kepada semua..
Sejarah merupakan satu bentuk nostalgia yang mungkin akan dikenang atau tidak,tetapi mempunyai pelbagai erti dalam kehidupan manusia pada hari ini.Sejarah banyak mengajar manusia tentang perjalanan hidup di atas muka bumi ini yang pasti akan ada kesudahannya.Tetapi apa yang pasti ,Sejarah itu akan tetap menjadi sejarah.Hanya manusia yang tidak belajar daripada sejarah itu pasti akan mengulangi sejarah lampau.
Malaysia yang dulu di kenali sebagai Tanah Melayu (Malaya) merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak tinggalan sejarah.Penulis tidak menulis pena ini untuk menceritakan mengenai tinggalan sejarah seperti tugu A-Famosa dan peralatan artifak yang digunakan pada zaman dahulu,tetapi apa yang mahu di kongsi di sini bagaimana sikap manusia pada ketika itu yang terus menjadi sejarah pada kehidupan hari ini.
Pasti kita masih ingat bagaimana jatuhnya empayar Kerajaan Melaka di Tanah Melayu pada ketika itu adalah kerana sikap manusia pada ketika itu.Perasaan hasad dengki dan juga cemburu adalah punca utama permusuhan.Kerana begitu dendam dan marah,maka bukan sahaja mengorbankan keluarga sendiri ,tetapi mengadaikan negara ini kepada penjajah pada ketika itu.Sebab utama kejatuhan empayar melaka dan kejatuhan tanah melayu ketika itu adalah kerana belotnya rakyat Tanah Melayu sendiri.Begitu juga,pada zaman penjajahan jepun,yang mana Orang Melayu yang mementingkan diri sendiri menjadi tali barut kepada penjajah jepun.
Walaupun sudah lebih 50 tahun Negara ini merdeka,tetapi sikap rakyat di Negara ini masih tidak berubah sepenuhnya.Sebab itu,menjadi tugas berat kepada Kerajaan untuk mengubah minda masyarakat terutama masyarakat Melayu.Sikap dan pemikiran masyarakat yang masih berada di takuk lama adalah sebab kenapa nilai-nilai murni harus di tanamkan sedalam-dalamnya dalam diri seluruh masyarakat Malaysia.Pemimpin Negara ini sentiasa mengingatkan kita bahawa pentingnya masyarakat yang bertamadun dan ber minda kelas pertama.Pemimpin sentiasa mengingatkan rakyat untuk terus maju dan befikiran jauh,serta banyak lagi kata-kata yang keluar daripada bibir pimpinan Negara untuk membentuk sebuah negara yang mempunyai rakyat yang hebat.
Persoalannya sekarang adalah,bagaimana kejayaan Pemimpin Negara ini untuk membentuk sebuah rakyat yang hebat dan bertamadun tinggi sehingga disegani diseluruh dunia.?Pemimpin negara ini juga sudah barang tentu terpalit dengan pelbagai skandal politik dan kutukan daripada rakyat sendiri.Bagaimana pemimpin-pemimpin ini dapat menjadi contoh kepada rakyat jika rakyat sendiri membenci dan menghina pemimpin ini.Tidak kira daripada parti kerajaan ataupun parti pembangkang yang mana kedua-duanya mempunyai sokongan mereka sendiri.Kedua-dua pemimpin parti ini juga mempunyai musuh.Jatuh atau bangunnya kerajaan,Pasti kita tidak ada lagi seorang ikon yang disegani oleh kawan dan lawan.
Rakyat kita masih ternanti-nanti ikon seorang pemimpin untuk semua,yang mana mampu membawa negara ini terus maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.Adakah kita masih mengharapkan pemimpin itu datangnya dari kuasa politik atau kuasa rakyat.?.Pemimpin yang lahir menggunakan kuasa politik adalah pemimpin yang sentiasa mengharapkan kuasa dan keajaiban politik yang berlaku untuk terus mendapatkan kuasa memerintah di negara ini.Tetapi pemimpin yang lahir dengan harapan untuk mengubah nasib rakyat dan mengangkat martabat rakyat di negara ini akan terus menjadi pemimpin yang hebat di hati dan jiwa rakyat.
Penulis :Mohd Asri Zulkifli
1 ulasan:
It is perfеct time to mаke some plans for the future
anԁ it's time to be happy. I've read this post and if I could ӏ want to suggest
you fеω іntеresting thіngs ог adviсe.
Μaybe you сoulԁ writе nеxt aгtіcles refеггing to this articlе.
I wаnt tο reaԁ evеn more things abοut it!
my weblog garden centers south jersey
Catat Ulasan