Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 23 Julai 2011

HARIMAU MALAYA PASTI AKAN MENGENTARKAN PASUKAN SINGA DI BUKIT JALIL 28 JULAI INI

salam kepada semua....


HARIMAU MALAYA PASTI AKAN MEMBALAS DENDAM KEMBALI KEPADA SINGA (SINGAPURA) DI STADIUM BUKIT JALIL 28 JULAI NANTI...

WALAUPUN TEWAS 5-3 TETAPI HARIMAU MALAYA PASTI AKAN MENGEGARKAN BUKIT JALIL DENGAN GOL-GOL KEMENANGAN BAGI MEMBOLEHKAN MALAYSIA LAYAK KE PUSINGAN YANG SETERUSNYA...


JURULATIH NEGARA PERLU MELIHAT KEMBALI KEMAMPUAN PASUKAN PERTAHANAN MALAYSIA YANG KELIHATAN GOYAH KERANA MEMBENARKAN BANYAK JARINGAN YANG BERLAKU DARIPADA PASUKAN SINGAPURA...

APA YANG PENTING HARIMAU MALAYA PASTI TIDAK AKAN MENGECEWAKAN PENYOKONG-PENYOKONG SETIA TANAH AIR YANG MAHUKAN KEMENANGAN PADA 28 JULAI INI....



Berikut adalah berita penuh mengenai perlawanan ini :-


SINGAPURA – Malaysia terpaksa bekerja keras pada perlawanan timbal balik nanti setelah tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini malam ini.

Pasukan Harimau Malaya seakan-akan melangkah dengan gahnya apabila penyerang Mohd Safee Mohd Sali berjaya menjaringkan gol hanya dalam tempoh 24 saat selepas perlawanan bermula.

Namun pemain Singa Singapura, Aleksandar Duric menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti Malaysia pada minit ke-7 untuk Singapura menyamakan kedudukan 1-1.

Pasukan Malaysia cuba menyerang namun pertahanan Singapura dapat menangkis serangan demi serangan yang dilakukan oleh Harimau Malaya.

Bayangan penyerang Shi Jiayi sering mengucar-kacirkan pertahanan Harimau Malaya.

Singapura memperolehi satu lagi sepakan percuma pada minit ke-21 apabila ketua pasukannya Sharil Ishak dijatuhkan di luar kotak penalti Malaysia yang sepakannya disempurnakan oleh Qiu Li.

Mustafic Fahrudin menjaringkan gol ketiga Singapura pada minit ke-43, manakala Shi Jiayi menjaringkan gol keempat pada minit ke-45.

Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila ketua pasukan Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengasari Qiu Li pada minit ke-50.

Namun ia tidak menyekat semangat pemain Malaysia untuk terus menghasilkan gol apabila Abdul Hadi Yahaya dan Safee Sali masing-masing menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit ke-68 dan ke-69 bagi merapatkan jurang gol.

Namun Duric menghasilkan gol kelima Singapura pada minit ke-80 bagi memberikan kemenangan Singapura 5-3 ke atas Malaysia. – Bernama



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Evеryοne loves what уou guys аre usually
up too. Such clеver wοrk and exρosure!
Kеep uр thе good wοгks
guуs ӏ've added you guys to my blogroll.

my weblog - houston garden centers spring tx

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse