Salam kepada semua...
MANUSIA...MANUSIA....MANUSIA....
KERANA SUAMI MANDUL...UPAH LAH JIRAN UNTUK HAMILKAN ISTERI...
SEBAB JIRAN ADA 2 ORANG ANAK.....RUPANYA..JIRAN YANG DI UPAH TU PUN MANDUL JUGA.....
RUPANYA..2 ORANG ANAK JIRAN TERSEBUT ADALAH ANAK ORANG LAIN....
PELIK TAPI BENAR....LAWAK PUN ADA....MACAM MANALAH PEMIKIRAN MANUSIA MACAM NI...:-)
STUTTGART: Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan 'benar-benar berniat jujur' apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.
Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.
Soupolos memberi upah 2,500 euros (RM) dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan.
Laporan media Jerman menyatakan, Maus ‘berusaha bersungguh-sungguh’ dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos.
Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah.
Dia kemudian memberitahu Soupolos: “Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu. Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami.”
Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan.
Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul. Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka.
Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan.
Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk ‘berusahabersungguh-sungguh.’ – Agensi
1 ulasan:
mcm2 sekarang ni kan..
singgah pg sini
http://akutetapaku85.blogspot.com/
Catat Ulasan