salam kepada semua...
WAH...SAFEE SALI BAKAL MENERIMA GAJI BULANAN SEBANYAK RM 118,000 SEBULAN JIKA TERUS BERSAMA PELITA JAYA....
PENYERANG BOLA SEPAK SENSASI MALAYSIA INI TELAH MENGUKIR NAMA DI INDONESIA BERMAIN DENGAN KELAB PELITA JAYA DAN MENJADI AYAM TAMBATAN UTAMA PELITA JAYA....
APAKAH KEPUTUSAN YANG BAKAL DI BUAT OLEH SAFEE SALI...?
MUNGKINKAH AKAN TERUS BERSAMA PELITA JAYA ATAUPUN MENCARI ANGIN BARU DI MANA-MANA KELAB BOLA SEPAK....
ADAKAH MALAYSIA TIDAK MAHU MENGAMBIL KEMBALI SAFEE SALI UNTUK TERUS BERMAIN DALAM ARENA BOLA SEPAK TANAH AIR..?...
JIKA MALAYSIA MAHU MENGAMBIL KEMBALI SUDAH TENTU MALAYSIA PERLU MENAWARKAN JUMLAH DAN PENDAPATAN YANG JAUH LEBIH LUMAYAN DARIPADA TAWARAN PELITA JAYA INI...
SEMOGA SAFEE SALI TERUS MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DALAM ARENA BOLA SEPAK ...
NAMUN KATA PEPATAH MELAYU ADA MENYEBUT...``HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG,LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI``
Tawaran gaji lumayan itu merangkumi faedah-faedah lain seperti kenderaan, pemandu peribadi serta penginapan yang diterima Safee.
Spekulasi mengenai mengenai ganjaran berkenaan serta persetujuan pemain berusia 27 tahun itu untuk terus bersama Pelita Jaya bagi tempoh dua tahun akan datang dilaporkan oleh akhbar tempatan, Warta Kota.
Atas kertas, kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).
Menjawab spekulasi itu, pengurus Safee, Zakaria Rahim berkata, segala tanda tanya mengenai kedudukan penyerang sensasi negara akan diumumkan kepada media hari ini.
Menurut Zakaria, persoalan mengenai sama ada Safee berminat menyambung kontrak dengan Pelita Jaya serta tawaran lumayan itu akan dijelaskan pada sidang media itu.
Beliau bagaimanapun, tidak menafikan atau mengiakan bahawa jumlah gaji lumayan itu telah ditawarkan oleh Pelita Jaya buat Safee.
"Saya serahkan kepada media untuk membuat spekulasi Safee bakal dibayar Rupiah 350 juta jika bersama Pelita Jaya.
"Kalau sekalipun dibayar dengan gaji sedemikian, saya fikir itu merupakan satu penghormatan buat Safee kerana ia seiring dengan kualiti beliau sebagai pemain bola sepak asing di Indonesia," kata Zakaria kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, semalam.
Selain Pelita Jaya yang mahu mengekalkan khidmat Safee, pemain itu juga dipancing empat pasukan Liga Malaysia iaitu dua dari selatan tanah air, satu dari pantai Timur dan satu lagi di Lembah Klang.
Tidak ketinggalan, Safee turut diintai kelab dari Thailand, Muangthong United FC.
Pelita Jaya difahamkan sangat berminat untuk mengekalkan Safee berikutan potensi penyerang itu boleh membantu memperkukuhkan kedudukan kelab berkenaan dalam Liga Super Indonesia.
Menurut Zakaria lagi, bukan mudah untuk Safee membuat keputusan mengenai masa depannya itu kerana banyak pertimbangan yang harus dilakukan terlebih dahulu.
Safee bagaimanapun, jelas Zakaria, sudah begitu selesa dengan kedudukannya di Pelita Jaya selain semakin gembira dengan kehidupan di Jakarta.
Kata Zakaria, Safee juga sudah memiliki hubungan yang baik dengan pemain-pemain sepasukan serta sangat disenangi di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta.
Sementara itu, Safee ketika dihubungi pula berkata, beliau akan menjawab semua tanda tanya itu hari ini.
"Jemput datang ke sidang media hari ini. Saya akan jawab semua soalan yang selama ini menjadi tanya tanya ramai," jelas pemain kebangsaan itu lagi. - Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan