Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 15 Februari 2012

SELAMATKAN SYRIA:MOHON DOA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM


salam kepada semua...

PENULIS SMART GENERATION MENYERU SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA YANG BERAGAMA ISLAM MENGUTUK KEKEJAMAN REJIM BASYAR ASSAD DAN SEKUTUNYA DI SYRIA...MOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA UMAT ISLAM DI SYRIA UNTUK MENJATUHKAN PEMERINTAHAN ZALIM DAN KEJAM...


Aku tidak tahu apa yang kalian cari,
tetapi di sini tiada jiwa untuk dijual beli,
sesungguhnya kami adalah bangsa yang berdiri dengan Ilahi,
boleh kau ambil kebebasan kami,
tetapi engkau tidak akan mampu membeli jiwa-jiwa ini.

Biarlah hujan kami berdarah hari-hari,
dan peluru menjadi makanan kami,
tetapi tiada Jiwa untuk dijual beli di sini,
yang ada hanya kami,
yang akan terus-terusan berjuang lagi.

Kamu boleh bunuh jika mahu,
tetapi tidak sekali kami akan jual jiwa ini,
Kami tetap akan terus 'hidup',
di sisi Tuhan kami,
dan perjuangan ini akan terus berjalan,
dalam diri pewaris-pewaris kami.

Hinggalah kalian ditumbangkan,
hinggalah kalian hancur,
di tangan perjuangan ini,
tidak akan sekali kami jual jiwa ini.
Tiada. Tiada.
Tiada jiwa untuk engkau beli,
kami tidak menjualnya di sini,
walau harganya adalah seluruh dunia ini.

Kerana jiwa-jiwa kami sudah berada di tangan Ilahi,
dan apakah yang lebih mulia daripadaNya,
apatah lagi jika dibanding tangan busuk para diktator.
Kami akan terus 'hidup',
jiwa kami akan terus segar,
kamu tidak boleh mengambil jiwa kami,
walau berterbangan nyawa,
kamu tidak boleh mengambil jiwa kami,
walau kamu hancurkan seluruh dunia.

~ HilalAsyraf ~
2329
130212
Irbid,
Jordan.

Dedikasi buat warga Syria, dan mereka yang berjuang seperti mereka di mana-mana.

Ditujukan kepada Basyar Assad dan seluruh sekutunya, juga yang sekepala dengannya di negara-negara lain.

1 ulasan:

Surau Wahbah Al-Zuhaily berkata...

Salam..Akhi, ana gunakan gambar dari post ini untuk dimasukkan ke dalam blog surau ana. Mohon kebenaran. Syukran.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse