Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 15 Februari 2012

DATUK LEE CHONG WEI TAJA PIALA THOMAS:CHONG WEI BINA JAYA


KUALA LUMPUR - Apakah yang anda dapat bayangkan mengenai masa depan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei apabila dia bersara kelak?

Jurulatih? Besar kemungkinan kerana ia sememangnya profesion yang paling sesuai untuknya berdasarkan statusnya selaku legenda badminton negara.

Namun, bagaimana pula kalau Chong Wei menjadi 'tauke' syarikat pemaju yang disegani? Jangan terkejut.
Pemain No. 1 dunia itu sebenarnya telah menceburi bidang tersebut dengan menubuhkan syarikat yang bernama Chong Wei BinaJaya.

Tiada siapa yang menyedari perkembangan itu sehinggalah papan iklan yang mempamerkan nama syarikat Chong Wei itu terpapar di setiap satu daripada empat gelanggang di Forum Macam, iaitu venue berlangsungnya pusingan kelayakan Piala Thomas zon Asia minggu ini.

Tanpa berselindung, Chong Wei telah membuat pengakuan kepada sebuah blog sukan tempatan, www.ssdhaliwal.blogspot.com bahawa syarikat Chong Wei Binajaya adalah miliknya.

"Ia adalah sesuatu untuk masa depan dan satu permulaan kecil bagi diri saya. Kami mempunyai satu projek pembangunan sedang berjalan di Ampang dan diharapkan ia berjalan lancar," jelas Chong Wei kepada blog yang dikendalikan bekas wartawan sukan Malay Mail, Satwant Singh.

"Saya agak rapat dengan presiden Persatuan Badminton Macau, dan mereka datang kepada saya untuk mendapatkan sedikit tajaan.

"Saya tidak keberatan (mengiklankan nama syarikat) kerana merasakan sudah tiba masanya untuk mendedahkan status kecil syarikat pemaju saya."-UTUSAN

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse