Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 7 Februari 2012

GUNAKAN KHIDMAT JIN UNTUK LULUS CEMERLANG:HILANGNYA MENTALITI MAHASISWA


salam kepada semua..

TERKEJUT JUGA PENULIS MEMBACA AKHBAR HARIAN METRO HARI INI YANG MENDEDAHKAN PELAJAR MENGGUNAKAN KHIDMAT BOMOH UNTUK LULUS DALAM PEPERIKSAAN...

APAKAH PARA PELAJAR INI MAHU MENGGUNAKAN JALAN SINGKAT UNTUK BERJAYA..TETAPI AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI MEREKA JUGA....
KEJAYAAN YANG BAKAL DI KECAPI BUKANLAH KEJAYAAN MUTLAK..TETAPI HANYA KEJAYAAN SEMENTARA....

BAGI MEMASTIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA TERUS MAJU DAN CEMERLANG..TINDAKAN PARA PELAJAR YANG MENGGUNAKAN CARA YANG SALAH UNTUK LULUS CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN HARUS DI BANTERAS SEGERA...


TINDAKAN PELAJAR INI YANG MENGHEBAHKAN KEJAYAAN MEREKA KERANA MENGGUNAKAN KHIDMAT BOMOH INI BAKAL MENGUNDANG LEBIH RAMAI PARA PELAJAR UNTUK MENCUBA.....


HARAP PIHAK YANG BERWAJIB BERSAMA-SAMA MEMASTIKAN GEJALA INI DIJAUHI OLEH MASYARAKAT TERUTAMA PARA PELAJAR...

NAMUN..AMAT MEMALUKAN APABILA MAHASISWA YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT BOMOH ATAU JIN UNTUK LULUS CEMERLANG..!!!!!!!
KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’

Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.

Perantara jin dengan pemakai

KUALA LUMPUR: “Sirih itu perantara yang digunakan untuk menghubungkan jin dengan pemakai dan ini tidak dibenarkan dalam Islam,” kata Pengasas Pusat Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari.

Abdul Malek berkata, jin boleh bertindak dalam apa juga bentuk serta bahasa, namun perbuatan bergantung kepada perkara lain selain Allah adalah amalan syirik yang dosanya amat besar. “Saya juga ingin mengingatkan bahawa kenyataan bomoh itu bahawa sirih disediakannya tiada kesan sampingan kepada si pemakai tidak benar.

“Ini kerana banyak kes yang berlaku si pemakai berdepan pelbagai masalah dan gangguan sama ada kepada kesihatan ataupun pemikiran,” katanya.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse