Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 6 Februari 2012

HINDRAF MAHU SAMBUT DATUK SERI NAJIB RAZAK SEMPENA THAIPUSAM DI BATU CAVES


HINDRAF SUDAH KEMBALI UNTUK MEMBERI AMARAN KEPADA KERAJAAN..
MEREKA MAHU MENGINGATKAN DATUK SERI NAJIB BERKENAAN TUNTUTAN HINDRAF MENGENAI 18 PERKARA YANG DI BUAT HINDAF BAGI KERAJAAN BARISAN NASIONAL..

HINDAR MAHU MEMASTIKAN PERMINTAAN MEREKA DITUNAIKAN OLEH KERAJAAN..?

APAKAH MEREKA BAKAL MEMULAKAN SATU LAGI PROVOKASI BARU MEMASTIKAN IMEJ KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERUS TERCEMAR..?

APAKAH MASYARAKAT INDIA DI NEGARA INI MASIH LAGI TIDAK MENDAPAT PEMBELAAN SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN..?

DI HARAPKAN HINDRAF TIDAK LAGI MELEBARKAN JURANG PERKAUMAN DI NEGARA INI...MARILAH KITA TERUS HIDUP AMAN DAN MAKMUR DENGAN MEMASTIKAN PERPADUAN RAKYAT TERUS TERBELA DI NEGARA INI....


Kumpulan pendesak India, Hindraf merancang untuk mendapatkan 100,000 tandatangan bagi kempen mereka ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur Selasa ini, sebagai  membantah kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan tuntutan badan itu.

najib thaipusam 2011Kempen itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi pada hari pertama masyarakat Hindu menyembah Dewa Murugan yang kebetulan bersamaan dengan hari Najib dijadual melawat kawasan kompleks kuil di Baru Caves itu.

Tujuan kempen berkenaan, kata ketua pergerakan itu, P Uthayakumar, adalah untuk mengingatkan Najib mengenai tuntutan 18 perkara yang dibuat Hindraf pada 2007 kepada kerajaan BN.

"Tuntutan 18 perkara Hindraf yang bertarikh 12 Ogos 2007 antaranya menuntut bagi kesaksamaan, peluang sama rata dan gesaan supaya semua dasar perkauman baik dari kerajaan mahupun sektor swasta dihentikan.

NONE“Ini termasuk mengasingkan khususnya golongan miskin masyarkat India daripada arus perdana pembangunan negara... semua ini belum lagi dilaksanakan  oleh Umno yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sejak lima tahun lalu sehingga hari ini," kata Uthayakumar dalam satu kenyataan.
Kempen mengumpul tandatangan oleh Hindraf yang akan diadakan di pintu masuk kuil berkenaan. Ia juga bertujuan untuk menekankan semula keperluan untuk “menamatkan perkauman” dan menyeru kepada perdana menteri menunaikan permintaan Hindraf.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse