Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 7 Februari 2012

TASHA MANSHAHAR GADIS TERBARU POPULAR DI YOUTUBE



KUALA LUMPUR – Sekarang ini sudah seperti menjadi ikutan apabila ramai di kalangan individu yang muncul di laman You Tube menyiarkan bakat mereka sebelum diangkat menjadi artis yang membolehkan mereka berkarya di pentas seni negara.
Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, ramai yang gembira mencuba bakat dengan mencipta lagu dan lirik, dirakam sendiri seterusnya di muat naik ke laman You Tube untuk menjadi tontonan umum.
Dari kemunculan Yuna, seterusnya Diandra Al-Junaidi dan Najwa Latif, semuanya dilihat sebagai artis perempuan yang mampu dan berpotensi untuk pergi jauh dalam mengembangkan bakat nyanyian mereka.
Terbaru, Tasha Manshahar, seorang gadis biasa menjadi fenomena apabila nama dan kumpulannya, Clora Studio menjadi bualan hangat di kalangan penulis-penulis blog yang amat meminati seni muzik.
Selain itu, lagu nyanyian Tasha, ‘Be Mine’ bergandingan bersama dengan ahli-ahli Clora Studio mencipta rekod apabila mendapat jumlah tontonan lebih dari 40,000 penonton dalam masa hanya empat hari!
Suatu rekod yang sukar dipercayai, namun kelunakan dan kelembutan suara Tasha dalam menyanyikan lagu tersebut berjaya memikat hati pendengar-pendengar setia gadis manis itu.
Di laman sosial Facebook milik Tasha dan Clora Studio, mereka adalah gabungan tiga elemen yang bergabung dari tiga kumpulan berasingan iaitu vokalis terdiri daripada Syed Shamim dan Tasha Manshahar, bahagian muzik diketuai oleh Aizat serta video oleh Ximited Production.
Mungkin masih belum lagi terbuka untuk berada bersama-sama artis lain yang sudah terkenal, Clora Studio menyatakan mereka lahir ke dalam industri seni kerana minat dan ingin berkongsi dengan semua pihak melalui kebolehan bakat yang mereka ada.
Penyanyi ayu bagi lagu ‘Be Mine’, ‘Hati Ini’, ‘Put The Blame On Me’, Tasha kini sedang menjalani pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan bakal bergelar seorang guru.
Selain itu, mereka juga mempunyai laman sosial mereka sendiri di Facebook iaitu Clora Studia dan Tasha Manshahar (Clora Studio).
Bukan itu sahaja, Tasha juga mempunyai blog hasil penulisannya sendiri iaitu, ‘Little Letters To Myself’ yang banyak memberikan kata-kata semangat kepada dirinya serta para pembaca.
Bagi yang tidak percaya dengan kebolehan dan bakat yang ada dalam diri Tasha serta Clora Studio, anda bolehlah mendengar lagu-lagu mereka yang banyak terdapat di laman You Tube kini.
Semoga bakat dan kebolehan dalam mengembangkan minat mereka itu mendapat sokongan oleh peminat-peminat di luar sana dan menutup persepsi negatif masyarakat bahawa gadis You Tube itu hanyalah ingin meraih populariti semata-mata serta mengejar cita-cita sebagai penyanyi melalui jalan yang singkat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ak mintak tlg sangat2 jgn post psl die dlm blog ko, thanks.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse