Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 26 Februari 2012

PENJELASAN RASMI USTAZ DR BADRUL AMIN BAHARON MENGENAI TANGKAPAN KHALWAT BERSAMA ISTERI ORANG




 salam kepada semua...

NEGARA HARI INI DIKEJUTKAN LAGI DENGAN SATU ISU SENSASI IAITU SEORANG USTAZ YANG JUGA MERUPAKAN AHLI POLITIK PEMBAGKANG DI TANGKAP KHALWAT DENGAN ISTERI ORANG....

SEMEMANGNYA PERKARA INI SUKAR UNTUK KITA TAHU APAKAH PERKARA YANG SEBENARNYA BERLAKU...MUNGKIN NIAT USTAZ BADRUL AMIN INI UNTUK MEMBANTU ISTERI ORANG YANG DIKATAKAN SENTIASA MENJADI MANGSA KAKI PUKUL SUAMINYA BERTUKAR MENJADI SESUATU YANG PAHIT DALAM HIDUPNYA,,


NAMUN..MASYARAKAT HARUS BIJAK MENILAI BERITA INI..DI AKHIR ZAMAN INI FITNAH BERLELUASA..SESIAPA SAHAJA BOLEH MENJADI MANGSA FITNAH...APA PUN..SEMOGA KEBENARAN AKAN TERTEGAK....


Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya

dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat
oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri

Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat
pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.
Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012,

wanita tersebut telah menghubungi saya
 dengan nada cemas dan menyatakan
hasrat beliau untuk melarikan diri
daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

Saya dengan tegas menasihatkan beliau
untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi
25 Februari 2012,
beliau telah menghubungi saya
memaklumkan bahawa beliau
sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini

sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama
keluarganya mengikuti rombongan umrah saya.

Pasangan suami isteri ini sering
berhubung dengan saya bagi
mendapatkan nasihat mengenai
masalah keluarga yang mereka hadapi
termasuk kes keganasan rumah tangga.

Di dalam usaha membantu pasangan ini,
saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita

tersebut bersama anaknya di awal pagi,
saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan.

Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut
bersama lebih kurang 20 orang
yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.

Suami wanita tersebut kemudiannya
telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini

berhenti memukul saya apabila
pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

Namun mereka masih tidak
membenarkan saya keluar dari bilik.

Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut,
pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP

bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP
ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

Saya beranggapan bahawa kejadian
ini merupakan satu tindakan terancang
untuk memerangkap dan mengaibkan saya.

Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan
JAIP pada 27 Februari 2012.

Saya akan hadir bersama peguam
untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini,

saya berharap semua pihak menghentikan
tohmahan dan fitnah terhadap saya.

Saya tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan undang-undang
terhadap mana-mana pihak
yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse