salam kepada semua...
KEPUTUSAN DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENGUNDURKAN DIRI SEBAGAI MENTERI KWKM ADALAH MENGEJUTKAN..TETAPI ADALAH KEPUTUSAN YANG TEPAT BAGI MEMASTIKAN PARTI BARISAN NASIONAL TERUS MENDAPAT MANDAT PADA PRU 13 NANTI...
MUNGKIN JAWATAN MENTERI YANG DI PEGANG OLEH SHAHRIZAT AKAN MENAMBAH LIABILITI KEPADA PARTI BARISAN NASIONAL APABILA BELIAU DAN KELUARGA TERPALIT DALAM ISU NFC YANG HEBOH DIPERKATAKAN SEKARANG INI..
NAMUN..TINDAKAN INI ADALAH SATU KEPUTUSAN YANG BAIK BAGI MEMASTIKAN ISU NFC INI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN TELUS DAN ADIL...SEMOGA KEBENARAN AKAN TERUS TERTEGAK...
Perdana Menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.
"Walaupun setakat ini tiada bukti beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, hari ini.
Shahrizat dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.
Bagaimanapun, Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN). - Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.
Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.
"Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Peletakan jawatan itu akan berkuat-kuasa pada 8 April ini," katanya di sini, sebentar tadi. Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media selepas merasmikan "Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih" di Taman Tema Desa Waterpark, di sini.
Pengunduran beliau dalam barisan Kabinet itu dipercayai ada kaitan dengan isu Pusat Fidlot Nasional. (NFC) yang menjalankan ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan yang didakwa wujud penyelewengan serta membabitkan ahli keluarganya.
Isu itu tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai pengurusan NFC kerana berdepan masalah apabila sasaran pengeluarannya dikurangkan daripada 60,000 ekor lembu kepada 8,000 lembu.
Pada 13 Januari, Shahrizat mula bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan