salam kepada semua...
PENULIS SMART GENERATION TERPANGGIL UNTUK MEMBINCANGKAN ISU TERBARU BERHUBUNG GAJI MINIMUM PEMBANTU RUMAH INDONESIA ATAUPUN LEBIH DIKENAILI SEBAGAI AMAH DENGAN SKOP KHUSUS PEKERJAAN...
APAKAH PERKARA INI DI LIHAT SEBGAI SATU PERTIKAIAN ATAU SATU PERKARA SEPATUTNYA YANG DI BAYAR..
MUNGKIN KITA RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PERKARA INI KERANA KITA MENGANGGAP BAHAWA TIDAK PERLU KELEBIHAN DIBERIKAN KEPADA AMAH INDONESIA INI...NAMUN APA YANG PASTI..KITA PASTI MENYOKONG JIKA GAJI SEDEMIKIAN DI BAYAR KEPADA WARGA TEMPATAN YANG MENJADI PEMBANTU RUMAH...
KALAU GAJINYA BEGINI...BERILAH PELUANG KEPADA RAKYAT TEMPATAN UNTUK MENJADI PEMBANTU RUMAH DI MALAYSIA BAGI MENGURANGKAN KEDAR PENGANGGURAN DAN KEMISKINAN DI NEGARA INI..DARIPADA KITA MEMBAYAR GAJI SEBESAR INI KEPADA RAKYAT LUAR..
Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.
Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata ia adalah antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia.
Renungilah seketika iklan contoh ini.
JAWATAN KOSONG Pembantu Rumah Syarat memohon: Wanita warga Indonesia Kelayakan: Sihat, rajin, tabah & sabar Gaji pokok: RM450-RM600 Elaun: – Tiada – OT (bayaran kerja lebih masa): – Tiada – Bonus/insentif/caruman tabung pekerja: – Tiada – Insuran kesihatan: – Tiada – Makan minum: Disediakan Penginapan: Disediakan Waktu kerja: 6 pagi-8 malam Jangka kerja: 30 hari sebulan Kerja asas: Membersih & mengemas rumah, membasuh kain, memasak dan membuat kerja-kerja dapur, menjaga kanak-kanak Kerja sampingan (ikut situasi): Menjaga orang uzur, berkebun, mencuci kereta, dll Cuti awam: – Tiada – Cuti tahunan: – Tiada – Faedah lain: – Tiada – Jika berminat, sila hubungi 'Pembaca Akhbar The Star '. |
Gaji RM450-RM600 ditawarkan agak tidak setimpal dengan kerja membanting tulang yang dikerah kepada Minah Indon. Memandangkan demikian, saya terpanggil untuk mengkaji semula apakah gaji berpatutan yang secara realistiknya mencerminkan nilai usaha seorang pembantu rumah itu. Mengikut kiraan kasar saya, RM5,925 lebih bertepatan. [Sila lihat Appendix I di bawah]
Sudah beruntung seorang majikan mendapat pekerja patuh yang tidak mengenal penat lelah serta tidak memerlukan istirehat. Sebenarnya pembantu rumah bersifat serba boleh (multi-tasking) serta ada pelbagai kemahiran (versatile). Namun kelebihan-kelebihan ini masih belum mencukupi bagi sesetengah majikan yang inginkan pembantu rumah ala robot – maka ditegah mereka si Minah Indon berpacaran atau bergaul/beriadah bersama rakan-rakan, atau berborak di telefon sekalipun.
Ikuti luahan hati para pembaca suratkhabar The Star baru-baru ini (yang saya petik di bawah).
The Star telah menjalankan tinjauan pendapat sms/perkhidmatan pesanan r ingkas yang mengemukakan soalan berbentuk, haruskah pembantu rumah Indon diberi cuti sehari?
Pungutan suara Star pada Jun 18 lepas menunjukkan 76.1% peratus daripada 769 sms yang diterima menyatakan tidak perlu ada hari rehat wajib. Atau sekiranya ditanya empat orang, tiga menjawab, 'Pembantu rumah tak payah bagi dia cuti sehari'.
Maklumbalas kepada akhbar tersebut sedikit sebanyak mengarcakan corak pemikiran di kalangan pembaca Star dan wartawannya .
Keratan-keratan akhbar Star
PETIKAN A
Sepucuk surat kepada pengarang (The Star, Jun 23): “ The maids are capable of bringing in their boyfriends when employers are not around. They may steal from their employers or even murder them.??? Penulis surat yang menggelarkan dirinya 'Irritated' ialah seorang ibu berkerjaya, beralamat di Shah Alam. Beliau mencadangkan: “I believe I have a better idea. Build longhouses for them so that they can work for us from 6am to 8pm and then they can even build their families here.???
PETIKAN B
Surat kepada pengarang: (The Star, Jun 19) “ I feel that by giving a weekly day-off to the maid will expose them to unwanted activities such as dating boyfriends and bringing guys back when the bosses are at work.???Penulis surat, Noora Mat Rifin dari Kuala Lumpur juga berkata: “Simple things like do not let the child pick up food from the floor and eat it has to be repeatedly told before they understand. They are not properly trained to manage a child.???
PETIKAN C
Seorang suri rumah Puan Azizah ditemubual oleh Star pada Jun 18. Puan Azizah memberitahu khalayak bahawa pembantu rumah yang digajinya sudah bersama keluarga beliau selama 13 tahun dan tidak pernah pun meminta cuti malah kelihatan cukup gembira untuk bekerja sepanjang masa.“Where will they go on their own if they get an off day???? tanya Puan Azizah.
PETIKAN D
Seorang 'Good employer' menghantar sms berikut kepada The Star (Jun 18): “ Will d govt give d employer a surety that d maids won’t mk friends on their day-off n opt 2 run away. Coz mine did.???
(Terjemahan: Adakah kerajaan sanggup memberi jaminan bahawa pembantu-pembantu rumah ini tidak akan bergaul dengan rakan-rakan pada hari cuti mereka, lantas terus menghilang. Pembantu rumah saya udah melarikan diri.)
Tambah Good Employer lagi: “If ministry wants 2 give compulsory day-off 4 maids, then also mk it compulsory for them 2 pay 4 their food and lodging. Dont burden d employer.??? (Sekiranya Kementerian [Sumber Manusia] mengkehendaki pembantu rumah diberikan hari rehat, maka sarankan juga supaya para pembantu rumah ini membayar sendiri kos makan minum serta sewa bilik mereka. Jangan bebankan majikan.)
PETIKAN E
Pada Jun 21, Sunday Star menyiarkan rencana bertajuk 'Indon maids better off than local blue collar workers' dalam ruangan 'Fokus' akhbar itu.
Wartawan Star tersebut menulis: “ For a local working in a factory, a room could cost RM200 (and that’s in cheaper lodgings), a month’s food bill could easily cost RM300 or more, soap, toothpaste, toiletries and clothes could come up to another RM100 or so. If an employer provides a maid all of that plus a RM500 salary, her wage would actually come up to about RM1,100. That’s more than some SPM-qualified Malaysians earn.???
PETIKAN F
Ketua pengarang kumpulan Star Datuk Seri Wong Chun Wai menulis: “It is easy for some self-appointed do-gooders to be critical of Malaysian employers, portraying them as having little respect for human rights. But what about the rights of long-suffering employers???? (Jun 21)
Wong turut menggesa supaya kita menimbang isu ini tanpa berat sebelah: “From sexually transmitted diseases to eloping with Indonesian construction workers to sex romps in the employers’ rooms, there is no end to such stories if the Indonesian press cares to do balanced reporting.???
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Nampaknya tidak terlintas fikiran sesetengah orang Malaysia bahawa Minah Indon pun ada hati dan perasaan. Pihak majikanlah yang sering merungut tentang 'janji temu', 'pacar', 'penyakit kelamin' dan 'sex romps' … siapa yang obses sangat ni?!
Saya sedikit hairan juga kenapa Wong Chun Wai mahu mengungkit perkara memelihara hak-hak majikan – pihak yang digambarkannya sebagai tertekan dan menderita (long-suffering employers). Walhal tak pernah pun saya dengar cerita pembantu rumah di Malaysia diheret ke mahkamah kerana dituduh mendera puan rumah.
Saya lebih hairan apabila majikan seolah-olahnya mudah percaya bahawa Minah Indon memiliki sahsiah yang begitu buruk, dan dengan itu perlu dikawal rapi setiap saat. Namun begitu, majikan nampaknya masih lagi mengharapkan si pembantu rumah itu mengasuh anak-anak mereka ... peliknya.
APPENDIX I
NILAI SUMBANGAN PEMBANTU RUMAH
(Anggaran kasar)
(Anggaran kasar)
Wartawan Star tadi [rujuk Petikan E] menyimpulkan bahawa seorang pembantu rumah sudah cukup bernasib baik sebab mampu berjimat. Tanpa perlu menampung perbelanjaan seharian ataupun membiayai kos hidup, Minah Indon boleh menabung sampai RM500 sebulan, wartawan tersebut menghujah.
Tapi cuba kita bandingkan gaji kerja khusus dalam sesuatu bidang.
- Mengikut harga pasaran, gaji seorang tukang masak (junior chef) lebih kurang RM2,000
- Pembantu dapur punya kerja lain, pencuci pingggan lain, pelayan lain pula – masing-masing tertakluk kepada skala gaji berbeza serta dapat kongsi kutipan 'tip'. Akan tetapi seorang pembantu rumah merangkumi kesemuanya sekali.
- Caj servis membersih rumah (agensi 'Rent-a-maid') adalah lebih kurang RM50-RM60 satu sesi 2-4 jam. Sebulan: RM50 x 30 hari = RM1,500
- Gaji pekerja di kedai dobi RM800- RM1,200
- Gaji pangasuh (babysitter) RM500-RM1,000
- Yuran taska (nursery) RM150-RM500. Kalau tabika ternama, ada yang mencecah RM1,000.
- Bayaran bagi pusat penjagaan orang berusia/uzur (nursing home) RM1,000-RM1,500
- Kos cuci kereta paling kurang RM10. Ianya lagi mahal kalau kereta bersaiz besar/MPV/SUV, dan minta divakum serta dibuat 'wax & polish' sekali; x 30 hari
- Kos kerja-kerja lain seperti berkebun, mencuci longkang, mengurut dan kerja luar rumah (misalnya membantu di kedai atau di gerai) sukar dianggarkan.
Lantaran, seorang pembantu rumah patut dibayar gaji sebulan sekurang-kurangnya RM1,500 (kemas rumah) + RM1,400 (masak/kerja dapur & basuh baju/seterika-lipat kain) + RM800 (jaga kanak-kanak dua orang) + RM350 (cuci kereta) = RM4,050
Maka gajinya sehari ialah RM135 dan gaji sejam RM15.88 (atas andaian satu 'working day' = 8.5 jam) Kalau pembantu rumah bekerja 12 jam sehari (8 pagi-8 ptg), maka ini bermaksud kerja lebih waktunya ialah 3.5 jam sehari. Jadi jumlah 'overtime' bulanannya RM1,445 (itupun kadar biasa, bukan kadar OT; x 26 hari).
Kerja Ahad dapat triple pay +RM1,080
Dijumlahkan semua = RM6,575. Andaikan majikan tolak kos sewa bilik RM250, makan minum RM300, barang keperluan harian (sabun, ubat gigi dan sebagainya) RM100, maka gaji bersih pembantu rumah seelok-eloknya RM5,925
Maklumlah sekarang ini ekonomi gawat, jadi kita beri sahaja rebat. Diskaun 15% = RM888, hatta gaji seorang pembantu rumah sewajar-wajarnya RM5,037
Tiada ulasan:
Catat Ulasan