salam kepada semua..
PILU DAN SEDIH HATI INI APABILA KANAK-KANAK TIDAK BERDOSA INI MENJADI MANGSA KERANA HILANGNYA PERTIMBANGAN AKAL MANUSIA DURJANA..
SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN ADIK NURUL NADIAH DI KALANGAN HAMBA-HAMBANYA YANG TERPELIHARA DI SYURGA...
SEMOGA PENJENAYAH YANG TELAH MEMBUNUH ADIK NURUL NADIRAH AKAN DIHADAPKAN KE MUKA PENGADILAN DAN DIBERIKAN BALASAN SELAYAKNYA DENGAN APA YANG TELAH DI LAKUKAN...
MANUSIA DURJANA DAN BERSIFAT KEBINANTANGAN INI TIDAK LAYAK UNTUK HIDUP DI ATAS MUKA BUMI INI...!!!!
AL-FATIHAH....
Hanya doa diiringi Al-Fatihah buat adik Nurul Nadirah yang mampu dipanjatkan..semoga roh adik Nurul Nadirah dicucuri rahmat. Kepada Keluarga Arwah diharap banyakkan bersabar atas segala ujian dariNYA.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Arwah.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.
Beliau berkata, hasil ujian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia hari ini mengesahkan perkara itu berdasarkan hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit.
"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan